RSS

Spritz : Aplikasi Membolehkan Anda Membaca 1000 Perkataan Seminit

14 Jul

Internet membolehkan jutaan laman sesawang diakses oleh kita dengan mudah. Masalah yang dihadapi oleh spesis homosapiens sekarang ialah mencari masa untuk membaca. Sebagai seorang penulis kami menghabiskan ratusan jam setiap minggu untuk mencari bahan untuk ditulis dan melakukan kajian sebelum menulis artikel. Ribuan laman sesawang perlu digodek dan kemampuan menulis bergantung kepada jumlah data yang telah dibaca, di proses dan di gubah menjadi maklumat. Secara ikhlas saya katakan kelajuan membaca saya adalah lebih perlahan dari yang lain kerana saya membaca sambil bermain Games, hahaha. Alhamdulillah selepas berpuluh tahun melatih mata dan otak masalah membaca ini dapat diatasi. Alangkah baiknya jika ada cara yang lebih mudah serta pantas untuk membaca teks menggunakan peranti pintar milik kita semua ? Spritz ialah aplikasi yang dibangunkan bagi mempercepatkan kelajuan membaca. Aplikasi ini didalam proses pembangunan untuk Android, IOS dan juga komputer peribadi. Spritz mendakwa, kelajuan membaca anda boleh meningkat sehingga 1000 patah perkataan seminit apabila menggunakan app ini.  Sebuah novel bersaiz sederhana boleh dibaca oleh anda secara lengkap dalam masa 90 minit. Aplikasi ini menggunakan teknologi yang dipanggil Readicle yang mengoptimasikan kelajuan anda mengenali perkataan yang dipaparkan. Kepantasan membaca ini dapat dilakukan kerana perkataan yang bergerak dan bukannya mata anda. Teknologi Spritz memudahkan pembacaan teks seperti khidmat pesanan ringkas dan emel pada jam pintar. Skrin jam pintar yang kecil adalah antara halangan mengapa jam pintar masih belum mencapai potensi sepenuhnya sebagai peranti yang harus dimiliki pengguna. Teknologi ini difahamkan telahpun terbina di dalam kesemua Samsung Galaxy S5 dan Galaxy Gear 2. Anda boleh mencuba demo fungsi Spritz di laman mereka sekarang. Terdapat pilihan kelajuan yang bermula dari 250 patah perkataan seminit.

 
Leave a comment

Posted by on July 14, 2014 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s