RSS

Una Hakika : Sistem Penghalang SMS

14 Jul

Penyebaran khabar angin adalah sesuatu yang sukar dihentikan sekarang. Ratusan khabar angin dengan mudah tersebar di laman-laman sosial tanpa ada pihak yang mahu memastikan apa yang dikongsi itu adalah benar ataupun sahih. Contoh terbaik adalah penyebaran khabar angin kononnya MH370 mendarat di Yunnan China pada pagi 8 Mac yang lalu. Khabar angin ini tersebar sehingga pihak TV3 sendiri melaporkannya sebagai fakta sebelum memadam “berita terkini” ini dari laman Twitter mereka. Sepuluh tahun sebelum itu khidmat pesanan ringkas tersebar di Kuala Lumpur kononnya berlaku sebuah lagi rusuhan kaum. Jiran-jiran berbangsa Tionghua berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli makanan untuk disimpan sekiranya rusuhan ini benar-benar terjadi. Apa yang pasti gabungan khabar angin sensasi, laman sosial yang mudah diakses serta perangai orang kita yang kurang mengkaji kebenaran maklumat menyebabkan berlakunya panik tanpa sebab. Sungguhpun begitu kita bernasib baik kerana penyebaran khabar angin di negara kita setakat ini belum membawa kepada pertumpahan darah. Di Kenya tahun lalu penyebaran khabar angin mengakibatkan kematian 166 individu akibat pergeseran diantara dua kaum etnik. Terdapat khabar angin tanah milik kaum Orma dirampas kaum Pokomo. Tanah ini penting untuk perladangan dan penternakan lembu. Beberapa tahun sebelum ini kaum etnik minoriti India menjadi mangsa keganasan kerana mereka memegang ekonomi Kenya. Una Hakika yang bermaksud “Adakah Anda Pasti” dalam bahasa Swahili adalah sistem khidmat pesanan ringkas yang dibangunkan bagi menghalang penyebaran khabar angin yang membawa kepada ketegangan antara kaum. Khidmat pesanan ringkas dipilih kerana ianya sistem terpantas dan mempunyai akses terbesar bagi menyebarkan berita kepada kawasan pedalaman. Harus diingatkan di negara dunia ketiga lebih ramai orang mempunyai akses kepada telefon mudah alih dari sumber air bersih dan tandas yang sempurna! Seorang wakil dipilih di setiap kampung untuk menyebarkan berita dan maklumat terkini dari pihak pemerintah. Sekiranya mereka mendengar khabar angin mereka boleh menghubungi ibu pejabat Una Hakika untuk mendapatkan penjelasan. Agak menarik juga melihat di Kenya berita rasmi dari kerajaan melalui SMS lebih mudah diterima oleh rakyat sebagai fakta. Ini berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia di mana majoriti pengumuman dari pihak berkuasa dianggap tidak benar sekirannya menggunakan SMS.

 
Leave a comment

Posted by on July 14, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s