RSS

Astro Menawarkan Pelbagai Aplikasi Menarik

21 Jul

Bagi peminat bola sepak, FIFA World Cup 2014 semestinya menjadi salah satu fokus utama penonton dan pihak Astro menawarkan beberapa kandungan menarik melalui platform mereka. Bagi pelanggan Astro dan juga NJOI, anda boleh menyaksikan kesemua 64 perlawanan bola sepak secara langsung dengan membeli “Pas Bola Sepak” pada harga RM100, ataupun menonton hanya perlawanan tertentu melalui bayaran bagi setiap tontonan pada harga RM6 bagi setiap perlawanan. Selain tawaran kandungan melalui televisyen, Astro juga menawarkan beberapa aplikasi menarik untuk pengguna mengikuti berkaitan 2014 FIFA World Cup. Aplikasi utama yang ditawarkan adalah Astro Go 2014 FIFA World Cup yang membolehkan pengguna menonton perlawanan bola sepak secara langsung menggunakan peranti iOS dan juga Android. Selain itu, Astro turut menyediakan sebuah aplikasi interaktif, dinamakan “Ola Bola Football Predictor” yang membolehkan anda meramal skor yang akan dijaringkan pada sesuatu perlawanan, dan mendapat mata untuk ramalan yang betul. Bagi peminat bola sepak fantasi, Astro menyediakan Stadium Astro Fantasy Olabola, yang membolehkan anda mengurus pasukan bola sepak sendiri, dan bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan skor markah tertinggi. Untuk mereka yang gemar membaca, dan ingin mengikuti perkembangan semasa piala dunia, Astro Go Read disediakan, yang menawarkan pelbagai kandungan digital. Astro Go Listen turut disediakan untuk mereka yang lebih selesa untuk mendengar perkembangan berkaitan 2014 FIFA World Cup. Dan akhir sekali, pihak Astro menyediakan halaman setempat, dinamakan StadiumAstro yang menyediakan pelbagai kemaskini semasa berkaitan piala dunia akan datang.

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2014 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s