RSS

Wi-Power : Tenaga Elektrik Tanpa Wayar

21 Jul

Nikola Tesla ialah antara pencipta yang paling bijak dalam sejarah peradaban dunia. Antara ciptaan beliau yang paling menakjubkan ialah sistem penghantaran bekalan elektrik tanpa wayar. Menggunakan teknologi aruhan gegelung (coil induction) dari jarak jauh, Tesla berjaya membuktikan teori beliau pada 1891 dan pada tahun 1896 beberapa biji mentol berjaya dinyalakan dengan menggunakan aruhan gegelung dari jarak 48 kilometer dari sumber elektrik. Beliau kemudian membina Menara Wardenclyffe bagi membuktikan tenaga elektrik boleh diagihkan ke rumah-rumah pada skala besar tanpa menggunakan wayar seperti yang kita gunakan sekarang. Malang sekali projek ini dihentikan sebelum eksperimen boleh dilakukan. Sehingga kini terdapat teori konspirasi mengatakan teknologi ini disabotaj kerana tidak menguntungkan pemilik teknologi pengedaran elektrik berwayar yang dimonopoli Thomas Edison. Teori ini semakin mendapat tempat kerana selepas kematian Tesla kesemua kertas kerja kajian beliau disita oleh kerajaan Amerika Syarikat dan diisytihar sebagai rahsia negara. Ujikaji bagi menjadikan impian Tesla menjadi realiti tidak pernah dihentikan. Terkini di Korea Selatan sebuah eksperimen berjaya dilakukan oleh Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) yang menunjukkan teknologi aruhan gegelung Tesla akan semakin hampir menjadi realiti. Dengan menggunakan teknologi yang diberi nama  Dipole Coil Resonant System (DCRS) , KAIST berjaya mengecas 40 telefon pintar sekaligus tanpa menggunakan sebarang wayar. Sebuah televisyen LED juga mampu dihidupkan tanpa kabel bersambung kepada palam kuasa. Sistem DCRS terdiri daripada dua gegelung yang dipasang secara selari di antara satu sama lain. Peranti ataupun alatan elektrik yang ingin menerima bekalan elektrik tanpa wayar diletakkan di antara dua gegelung ini. Professor Chun T. Rim berkata apabila teknologi DCRS berjaya diperhalusi, kawasan hotspot Wi-Power akan menjadi kebiasaan seperti kawasan hostpot WiFi percuma sekarang. Buat masa ini ouput bekalan kuasa maksimum yang mampu dihasilkan oleh DCRS ialah 207 watt pada jarak 5 meter. Persoalan, Apakah kegunaan teknologi ini di masa hadapan ? Pertama sekali anda tidak perlu lagi membawa pengecas peranti kemana-mana. Hanya perlu berjalan ke dalam zon Wi-Power dan peranti akan dicas tanpa wayar. Masalah yang ada sekarang ialah kesan kesihatan jangka panjang DCRS terhadap tubuh manusia. Ianya juga masih belum cukup efisien dan mesra alam. Adakah anda bersedia untuk kehidupan tanpa wayar secara total ? Sumber Eureka Alert

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s