RSS

AMAS : Sistem Konvoi Tentera Tanpa Pemandu

15 Jun

Penglibatan tentera Amerika Syarikat di dalam perang di Iraq dan Afghanistan pasca serangan 911 memerlukan sokongan logistik yang besar. Majoriti bahan mentah dan perkakasan tentera harus dipandu menggunakan trak biasa yang mudah diserang tentera musuh. Ini dilakukan dengan melakukan serangan hendap biasa menggunakan askar infantri ataupun meletupkan bom IED di tepi laluan konvoi. Di Afghanistan jumlah korban yang tinggi akibat serangan IED tentera Mujahideen memaksa tentera berikat yang diketuai Amerika Syarikat untuk menghantar bekalan penting ke kem -kem mereka menggunakan helikopter dan payung terjun dari pesawat kargo. Pada awalnya lori digunakan dengan pemandu dari Amerika Syarikat dibawa masuk dengan gaji yang lumayan. Selepas jumlah kematian meningkat pemandu tempatan pula diambil tetapi mereka juga menerima nasib yang sama. Ada yang dikelar leher kerana bersekongkol dengan musuh dan ada juga yang ahli keluarga mereka dibunuh secara pukal atas sebab yang sama. Masalah kekurangan pemandu untuk mengangkut keperluan logistik semakin kronik. Oleh sebab itu seawal 2004 lagi pihak Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) sudah merangka keperluan menggunakan kenderaan tanpa pemandu untuk keperluan ketenteraan. Menjelang 2015,  sepertiga kenderaan logistik tentera Amerika Syarikat akan mempunyai kemampuan bergerak di dalam konvoi tanpa memerlukan pemandu. Selama 10 tahun golongan cerdik pandai dari Universiti Stanford, Carnegie Mellon, Massachussets Institue of Technology, Cornell dan  Virginia Tech bersaing menghasilkan kenderaan tentera tanpa pemandu. Awal bulan ini ujian melibatkan konvoi 7 kenderaan berjaya dilakukan dengan kelajuan mencecah  65 kilometer sejam. Ujian ini akan diteruskan selama 6 minggu bagi melihat kemampuan sebenar kenderaan tanpa pemandu berfungsi di dunia sebenar. Pada Januari lalu sebuah konvoi 2 kenderaan diuji di kawasan awam dan ianya mampu mematuhi lampu isyarat, had kelajuan jalan raya dan mengesan orang ramai melintas jalan secara automatik. Ujian 7 kenderaan yang dijalankan dilakukan bagi melihat had kemampuan sistem yang diberi nama AMAS ( Autonomous Mobility Appliqué System) ini. AMAS menggunakan gabungan sistem RADAR dan LIDAR (LIght Detection And Ranging) bagi tujuan navigasi tanpa pemandu. Syarikat Lockheed Martin yang terkenal dengan penghasilan 2 pesawat Stealth sebelum ini diberikan kontrak bernilai 11 Juta Dollar bagi menjadikan sistem ini mampu digunakan seawal 2020 untuk pasukan Tentera Darat dan Marin. Nampaknya dunia dengan kenderaan tanpa pemandu semakin hampir menjadi realiti dan bukannya fiksyen sains. Kami rasakan sistem tanpa pemandu ini sangat bagus digunapakai di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Ia dapat mengurangkan kemalangan dan kenderaan bergerak perlahan jika berlaku kemalangan kerana pemandu berhenti untuk melihat kerosakan kenderaan orang lain. Ianya juga dapat mengurangkan masalah pemanduan seperti zombie tiada otak yang dialami  sebilangan kecil pemandu di ibu negara. Kami meminta Proton bekerjasama dengan Google bagi menggunakan teknologi ini pada kenderaan tempatan. Namakan kenderaan tersebut Proton Pandai kerana ianya memang lebih pandai dari pemandunya. Sumber Defence Update

 
Leave a comment

Posted by on June 15, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s