RSS

6 Tablet Baru Daripada Asus

18 Jun

Asus pada Computex yang lepas telah memperkenalkan beberapa peranti baru mereka, disamping turut hadir dengan kemaskini untuk peranti-peranti sedia ada. Lanjutan daripadanya, hari ini pihak Asus Malaysia berkongsi mengenai antara produk yang diumumkan tempoh hari yang bakal hadir ke pasaran tempatan. Bermula daripada bulan Julai ini, pihak Asus menyasarkan untuk memperkenalkan sekitar 6 tablet baru yang bakal diperkenalkan, terdiri daripada Asus Transformer Pad, Asus MeMo Pad Dan juga Asus Fonepad. Dimulakan dengan Asus Fonepad, pihak Asus telah memperkenalkan salah satu Fonepad 7 (FE170CG) sebelum ini yang mana ditawarkan pada harga RM499 untuk versi 4GB. Variasi lain pada saiz storan 8GB turut ditawarkan pada harga RM599, selain pihak Asus turut berkongsi variasi WiFi untuknya yang dikategorikan bawah MemoPad akan hadir sekitar Ogos kelak. Asus Fonepad 7 (FE375) turut akan hadir, yang mana membawakan cip Intel Atom Z3560, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, serta skrin bersaiz 7-inci. Secara kasarnya ia dilihat sebagai variasi berspesifikasi lebih tinggi berbanding Fonepad 7 (FE170CG) yang ditawarkan dipasaran hari ini – maka mungkin harganya sedikit tinggi. Asus Fonepad 8 (FE380) dengan skrin bersaiz 8-inci turut bakal hadir sekitar Oktober atau November tahun ini. Untuk keluarga MemoPad pula, pihak Asus akan membawa masuk Asus MemoPad ME181 dalam masa terdekat, dan ME581 pada bulan Oktober atau November kelak. Asus MemoPad ME181 merupakan tablet berasaskan Intel Atom BayTrail dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 8-inci. Asus ME581 pula hadir dengan sokongan 3G, dan turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 8-inci dan kamera belakang 5-megapixel. Melengkapkan pengenalan produk baru, Asus Malaysia turut memperlihatkan Asus Transformer Pad TF103 yang mana merupakan peranti dua-dalam-satu – boleh digunakan sebagai tablet atau komputer riba, dan dijana menggunakan Android. Ia turut dilengkapi cip Intel Atom BayTrail, memori sebanyak 1GB RAM, dan skrin bersaiz 10.1-inci. Peranti hibrid ini dijangka hadir sekitar bulan Ogos ini untuk pasaran tempatan. Selain daripada tablet-tablet yang diperkenalkan oleh Asus Malaysia ini, mereka juga mungkin akan hadir dengan beberapa peranti lain untuk pasaran tempatan dalam tempoh enam bulan akan datang ini.

 
Leave a comment

Posted by on June 18, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s