RSS

Apple Memperkenalkan Dua iPhone Baru

18 Sep

Apple hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah keluarga iPhone, iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci. Kedua-dua model telefon pintar ini hadir dengan sokongan paparan Retina HD, dan dikatakan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Apple turut menekankan mengatakan mereka membawakan skrin paparan yang tercantik pada iPhone, dan ia dikuatkan dengan ketahanan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya. Dari segi resolusi skrin, iPhone 6 membawakan papran resolusi 1334×750 pixel, sementara iPhone 6 Plus pula membawakan paparan 1080p. Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat bebranding iPhone 5S sebelum ini. Memandangkan iPhone 6 Plus membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi, pihak Apple turut menawarkan paparan secara melintang untuk peranti tersebut. Kedua-dua peranti ini juga dijana menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 – menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas, dan grafik lebih 50% laju. Untuk melengkapkannya, pihak Apple turut mengumumkan Metal untuk pembangun – membolehkan mereka hadir dengan pelbagai permainan pada grafik tinggi untuk iPhone 6. Pihak Apple turut dilihat membawakan pengoptimasian dari segi penggunaan tenaga melalui iOS 8 untuk iPhone 6 ini. Mereka mengatakan iPhone 6 lebih efisyen dalam menggunakan tenaga bateri berbanding sebelumnya. Melengkapkan pemprosesan pada iPhone 6 ini adalah penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya. Kedua-dua ini dilihat akan membantu pengguna dalam memantau aktiviti kecergasan mereka dengan mudah menggunakan iPhone 6. iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus ini turut akan hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini. Pihak Apple turut melengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan. Bahagian kamera pada iPhone 6 turut dinaik-taraf, dimana kini ia menyertakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture – untuk rakaman gambar yang lebih cantik berbanding sebelumnya. Melengkapkannya, pihak Apple turut mengatakan ia hadir dengan Focus Pixel untuk iPhone 6 memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap. Kamera hadapan turut ditambah baik dengan sokongan pengecaman wajah, dan kini ia menyertakan sensor baru dengan ƒ/2.2 aperture – sekaligus membolehkan lebih 80% cahaya dirakamkan bersama-sama gambar selfie anda. Fungsi Burst Selfie turut disertakan untuk membolehkan lebih 10 gambar selfie dirakamkan menggunakan kamera hadapan dengan mudah – sekaligus membolehkan anda memilih gambar yang menarik untuk anda. Seperti dimaklumkan sebelum ini, iPhone 6 akan hadir dengan pelbagai fungsi baru melalui penggunaan iOS 8, termasuk sokongan notifikasi daripada pihak ketiga yang lebih baik, papan kekunci yang diberikan nafas baru dan sebagainya. iPhone 6 akan ditawarkan di beberapa negara terpilih bermula 19 September ini. Negara terdekat dengan Malaysia yang akan menerimanya adalah Singapura pada tarikh tersebut. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu putih, hitam, dan juga berwarna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s