RSS

Blogr Kini Memudahkan Pengguna Mengikuti Artikel Dan Penulis Kegemaran Mereka

18 Sep

Blogr telah memulakan perkhidmatan beberapa tahun yang lepas, dimana ia membolehkan penulis blog atau pengguna berkongsi artikel menggunakannya. Terkini, pihak Blogr telah mengemaskini perkhidmatan mereka – dan dilihat lebih memfokuskan kepada memudahkan pengguna mengikuti topik kandungan kegemaran mereka. Melalui kemaskini terbaru ini, ia membawakan rekaan antaramuka yang lebih kemas dan cantik – serta memfokuskan kepada kandungannya. Sebaik sahaja melayari laman baru mereka, pengguna diperlihatkan dengan pilihan untuk log masuk menggunakan akaun Facebook, Google atau Twitter. Selepas log masuk, pengguna boleh melihat halaman utama perkhidmatan tersebut yang memperlihatkan kandungan daripada pelbagai topik dan membolehkan pengguna melihat apa yang dikongsikan oleh pengguna. Apa pun, buat masa ini, mungkin kerana pihak Blogr masih tidak mempunyai editor sepenuh masa, maka terdapat beberapa artikel berbentuk kurang sesuai yang dipaparkan pada halaman utama. Mungkin pihak Blogr boleh membuatkan ia menjadi destinasi utama web para pengguna tempatan dengan memantau artikel yang diterbitkan pada halaman utama dengan lebih tegas. BlogrDari segi beberapa fungsi baru yang kami lihat turut menjadi fokus utama dengan rekabentuk baru ini adalah sokongan untuk melanggan ke sesuatu topik kegemaran, dan juga melanggan kepada penulis kegemaran pengguna. Melalui fungsi ini, pengguna boleh klik pada pautan “Pilihan”, dan melihat pelbagai kandungan yang digemari dan ingin benar-benar dibaca oleh mereka. Ia juga didapati yang mana apabila pengguna klik pada pautan, tiada lagi bar pada bahagian atas diperlihatkan – sekaligus membuatkan pengguna terpaksa kembali ke halaman Blogr secara manual berbanding sebelumnya. Ia dikatakan Blogr baru ini masih pada versi beta, dan mungkin terdapat beberapa perkara lain yang akan dilakukan mereka sebelum melancarkan versi baru ini secara rasminya. Jadi, apa kata anda berkenaan perkhidmatan Blogr yang dikemaskini ini ? Layari : Blogr http://blogr.my/

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s