RSS

Ulasan: Jabra Tag

18 Sep

Pada bulan Julai lalu Jabra Malaysia telah mengemaskini harga beberapa peranti mereka, dan menerima potongan harga sebanyak 30%. Kami telah menulis ulasan berkenaan Jabra Revo Wireless sebelum ini dan untuk peranti kedua ini adalah Jabra Tag, peranti fon audio jenis ‘in-ear’ yang sesuai untuk mereka yang aktif. Peranti Jabra Tag ini direka dan diberi nama seakan-akan tag askar yang tergantung pada leher namun sekiranya pengguna tidak suka menggantungnya pada leher, pengguna boleh menyangkutkan ia pada baju atau pada tempat yang disukai menggunakan klip yang disediakan. Ia terdapat dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan putih. Pada bahagian depan terdapat butang-butang kawalan utama yang membolehkan pengguna menghidupkan atau mematikan peranti ini, menjawab panggilan, memanggil semula nombor terakhir yang telah didail, mengawal tahap bunyi serta mendengar radio FM. Meskipun ia menggunakan fon audio in-ear, ia boleh dicabut dan pengguna boleh menukarnya dengan fon audio kesukaan pengguna yang sesuai dengan palam 3.5mm. Pada bahagian bawah terdapat lubang Mikro-USB untuk tujuan pengecasan. Fon audio ini memerlukan sambungan Bluetooth kepada telefon pintar pengguna. Sepanjang penggunaannya, ia mampu bertahan sehingga 6-7 jam untuk mendengar lagu dan boleh bertahan selama 7-8 jam untuk waktu berbual. Fungsi radio FM-nya boleh berfungsi secara terus, tanpa memerlukan telefon pintar namun kawalannya memerlukan pengguna menekan butang Previous dan Next tanpa mengetahui saluran apa yang dimainkan. Ini mungkin menimbulkan masalah buat pengguna yang ingin mencari saluran tertentu. Berkenaan prestasi fon ‘in-ear’-nya pula, seperti peranti Jabra yang lain, terdapat tambahan Eargels yang disediakan bagi kesesuaian pengguna. Melalui ujian audio ringkas, bunyi yang didengari dari ‘in-ear’ ini dirasakan jelas namun dirasakan kekurangan ‘Bass’ dan terlebih ‘Treble’. Mungkin ini ada kaitan dengan harga kerana ia didalam kelas asas. Apapun sekiranya pengguna tidak menyukai bunyi yang dikeluarkan oleh fon audio yang hadir dengan peranti ini, pengguna boleh menukarkannya dengan fon audio yang lain yang menggunakan palam 3.5mm kepada badan Jabra Tag. Bergantung kepada jenis fon audio yang dipunyai, sekiranya ia mempunyai satu kabel dan tidak boleh digantung pada leher, anda masih boleh menyangkutkan Jabra Tag kepada baju anda. Pada harga RM199, harganya boleh dikatakan sedikit mahal sekiranya diadili dari prestasi bunyi, namun memandangkan ia boleh ditukar ganti dengan fon audio pilihan anda, dan ia hadir dengan sambungan Bluetooth harganya dirasakan sedikit berbaloi. Salah satu kegunaan menarik adalah anda boleh menyambungkan Jabra Tag dengan palam input pemain audio dirumah atau didalam kereta sekaligus anda mempunyai pemain audio secara Bluetooth dengan telefon pintar anda, disamping memainkan radio FM.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s