RSS

Lelaki Di India Buang Ibu Sebenar Demi Ibu Facebook

21 Sep

Media sosial banyak membawa kebaikan dan tidak kurang juga membawa keburukan. Cerita yang boleh membuatkan kita menapak tangan muka banyak kali dipaparkan di akhbar. Di Malaysia seorang kanak-kanak mati selepas diculik dalam perjalanan ke kedai runcit. Si ibu tidak mahu membelikan makanan untuk anak kerana sedang sibuk melayari Facebook. Kisah rumahtangga musnah juga pernah kami dengar angkara bermain cinta di laman milik Mark Zuckerberg. Di India berlaku kes yang menyedihkan dan menyayat hati yang juga melibatkan Facebook. Vijay Maurya (20) nekad membuang ibu dan keluarga sebenar setelah menemui “ibu baru” di Facebook. Dalam laporan Times of India Vijay menemui Sukanya di laman Facebook. Sukanya dikatakan memberikan wang sebanyak 22 000 Rupee (RM 1625) kepada Vijay secara beransur-ansur dan ini membuatkan Vijay menganggap Sukanya ialah ibu yang paling baik untuknya. Pemuda ini kemudian menghilangkan diri selama 28 hari sebelum muncul semula dan mengisytiharkan Sukanya sebagai ibu baru. Semasa hilang Vijay pergi ke Bahrain untuk menemui Sukanya yang bekerja disana. Situasi ini menjadi semakin tegang apabila Sukanya kembali ke India untuk membawa Vijay ke Bahrain. Pihak polis terpaksa masuk campur dan Vijay dinasihatkan supaya tinggal bersama keluarga sebenar selama 20 hari untuk berfikir tentang masa depan dia. Selepas tempoh tersebut, Vijay bebas mahu terus tinggal ataupun pergi bersama ibu baru yang ditemui melalui Facebook itu. Isu ini kini menjadi hangat di India selepas parti politik BJP masuk campur untuk pihak ibu bapa Vijay. Parti berhaluan agama Hindu ini mendakwa Vijay ialah mangsa jarum halus Kristian yang cuba memurtadkan Vijay dari agama Hindu menggunakan Facebook. Ini sememangnya antara berita paling aneh yang kami baca melibatkan Facebook. Kami berharap di Malaysia tidak akan berlaku tali persaudaraan terputus akibat menemui “ibu baru” di Facebook. Tanggang moden seperti Vijay Maurya mungkin layak disumpah menjadi telefon pintar sekiranya berkeras mahu meninggalkan keluarga demi ibu baru yang ditemui di Faceb

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s