RSS

Laporan Baru Hadir Mengaitkan Buruh Paksaan Dalam Industri Elektronik Di Malaysia

21 Sep

Kita sering mendengar mengenai keadaan buruh dalam industri elektronik yang tidak begitu baik di beberapa buah negara. Terkini, sebuah laporan baru hadir daripada Verité, mengaitkan buruh paksaan dari luar negara yang terlibat dalam industri elektronik di Malaysia. Verité dikatakan telah menemu-ramah lebih daripada 500 pekerja di kilang-kilang memfokuskan produk elektronik dalam mendapatkan maklumbalas mengenai keadaan bekerja disana. Walaupun ia lebih memfokuskan kepada pekerja asing, Verité turut sama menemu-ramah beberapa pekerja dari Malaysia pada laporan yang telah dihimpunkan selama 2 tahun ini. Temuramah ini juga memperlihatkan yang mana ramai pekerja asing terpaksa membayar yuran yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan, disamping keadaan dan lokasi mereka tinggal yang tidak begitu selamat dan sering dibawah pemantauan. Secara purata, pekerja asing dilihat membayar sehingga RM2895 kepada agen untuk mendapatkan pekerjaan – dan angka yang besar ini membuatkan ramai yang terpaksa berhutang untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Gaji yang ditawarkan juga kurang daripada apa yang dijanjikan pada peringkat awal. Satu daripada lima pekerja asing juga dilihat bekerja lebih daripada 60 jam seminggu untuk overtime. Disamping itu, passport dan dokumen perjalanan turut disimpan oleh majikan atau agen, membuatkan pekerja asing sukar untuk mendapatkan ia kembali bila diperlukan. Di Malaysia, terdapat pelbagai syarikat multi-nasional yang mempunyai kilang mereka, termasuk Samsung, Sony, Intel, AMD, selain pengeluar-pengeluar komponen komputer dan telefon pintar. Apa pun, tiada nama kilang yang dikeluarkan pada laporan tersebut. Menurut Reuters, beberapa kilang di Malaysia sedia mempunyai polisi mereka tersendiri dalam mengelak perkara sebegini berlaku – termasuk Intel yang mengambil kebanyakkan rakyat Malaysia disamping tidak menggunakan sebarang kontraktor. Masalah utama ini mungkin hadir disebabkan oleh penggunaan agen ketiga dalam mendapatkan pekerja – dan mungkin kerajaan dan pihak syarikat sendiri perlu mengetatkan polisi dalam mengurangkan masalah ini. Bagi anda yang ingin membaca laporan penuh, boleh ke laman Verite dan memuat-turun laporan penuh yang disediakan oleh mereka. Baca : Laporan Penuh Verite Berkaitan Buruh Paksaan di Malaysia http://www.verite.org/research/electronicsmalaysia

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s