RSS

Samsung Galaxy Tab Active

21 Sep

Samsung sedia mempunyai beberapa penawaran tablet menarik dibawah mereka. Kebanyakkannya boleh dikatakan memfokuskan kepada para pengguna umum, dan terkini mereka turut dilihat mempunyai sebuah khusus memfokuskan kepada perusahaan yang mana hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik – termasuk kalis air dan juga tahan lasak. Samsung Galaxy Tab Active ini membawakan rekaan lebih kurang menyerupai beberapa peranti tahan lasak daripada Samsung yang lain, dimana ia membawakan rekaan butang fizikal pada bahagian hadapan untuk kawalan utama, disamping bahagian kerangka belakang yang boleh dibuka dan bateri yang boleh ditanggalkan. Pada kerangka belakang, pada bahagian dalamnya ia turut disaluti dengan lapisan untuk kedap udara dan kalis ais, mengelakkan air daripada memasukinya sekiranya terjatuh dalam air dan sebagainya. Menurut Samsung, peranti ini boleh jatuh dan bertahan pada ketinggian sehingga 1.2-meter tanpa sebarang salutan. Samsung sendiri menyediakan sebuah lapisan perlindungan tambahan yang dijual secara berasingan khusus untuk tablet ini. Lapisan ini hadir dengan ruangan khusus untuk sebuah stylus, dinamakan sebagai C-Pen. Memandangkan tablet ini memfokuskan kepada perusahaan, mungkin adakalanya pengguna ingin membuat input diluar dan menggunakan stylus. Untuk tujuan tersebut C-Pen ini hadir, sekaligus memudahkan input pada tablet ini. Pada bahagian belakang pula, tablet ini turut hadir dengan sebuah kamera khusus 3.1-megapixel. Kamera ini bukannya memfokuskan kepada rakaman gambar, tetapi menurut Samsung lebih ditujukan untuk mengimbas kod bar – yang mana biasa digunakan dalam perusahaan untuk input produk dan sebagainya. Dari segi perisian, pihak Samsung mengekalkan antaramuka TouchWiz, dan ia juga turut dilengkapi dengan sokongan KNOX untuk memudahkan ia digunakan bagi tujuan perusahaan dengan sekuriti tambahan. Daripada penggunaan kami, tiada sebarang lengah-masa yang dialami ketika penggunaan ringkas kami. Memandangkan terdapat beberapa aplikasi sedia ada untuk tujuan perusahaan pada platform Android, maka ia mungkin lagi memudahkan dan membuatkan perniagaan memilih tablet ini. Buat masa ini, harga jualan untuk tablet ini masih tidak diketahui lagi. Pihak Samsung Malaysia telah mengatakan mereka akan membawa masuknya, namun tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s