RSS

JPJ Ingin Membantu Uber

19 Nov

Sejak pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan akan mengambil tindakan terhadap Uber, pelbagai tuduhan telah dilemparkan, dan kini menjawabnya, pihak JPJ melalui kenyataan yang dikeluarkan mereka mengatakan ingin membantu pihak Uber, tetapi tiada permohonan yang diterima daripada Uber sehingga kini. JPJ telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan mula mengambil tindakan terhadap kenderaan Uber bermula 1 Oktober ini. Perkara ini adalah kerana keselamatan penumpang menggunakan Uber tidak terjamin berbanding penggunaan kenderaan awam yang lain. Mungkin perlu pihak JPJ memaklumkan sekali lagi secara umum bahawa di pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), permit pengangkutan awam diperlukan bagi mengenal pasti latar belakang pengendali pengangkutan awam. Manakala di pihak JPJ, lesen vokasional (lesen perkhidmatan awam) diperlukan bagi memastikan pemandu pengangkutan awam ini kompeten semasa memandu. Selain itu juga, kenderaan yang digunakan mestilah memiliki lesen kenderaan motor (cukai jalan). Bagi memiliki cukai jalan tersebut, kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insurans yang sah. Memandangkan kenderaan tersebut telah didaftarkan di bawah kenderaan perkhidmatan awam, insurans perlindungan juga akan melindungi para penumpang semasa perkhidmatan dijalankan. Pihak JPJ turut memberikan alamat emel melalui kenyataan rasmi mereka, meminta pihak Uber menghubungi mereka – sekaligus memastikan keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa terjamin. Mengikut apa yang diketahui, perkhidmatan UberX sahaja yang terjejas disebabkan tidak mematuhi peraturan buat masa ini, sementara UberBlack tiada sebarang masalah untuk terus beroperasi.

 
Leave a comment

Posted by on November 19, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s