RSS

Telefon Android Lama Digunakan Untuk Menentang Pembalakan Haram Di Indonesia

19 Nov

Ogos lalu kami ada paparkan artikel tentang 9 perkara yang boleh anda lakukan dengan peranti Android lama yang tidak lagi anda gunakan. Di Indonesia kami menemui Rainforest Connection yang  menentang masalah pembalakan haram di Indonesia dengan mengitar semula peranti Android lama. Peranti Android lama ini diubah menjadi mikrofon berkuasa solar yang mengesan bunyi gergaji bermotor di dalam kawasan yang diharamkan pembalakan. Apabila bunyi dikesan ia akan menghantar amaran kepada ibu pejabat Rainforest Connection dan aktiviti pembalakan diharapkan sempat dihentikan sebelum lebih banyak pokok ditebang. Setakat ini projek ini sudah meletakkan 30 sistem pengawasan berkuasa solar yang mengawal kawasan seluas 7000 kilometer persegi di Indonesia. Projek ini dimulakan oleh Topher White seorang warga Amerika Syarikat. Beliau mendapat idea mengitar semula telefon lama menjadi alat pengesan audio selepas melawat sebuah pusat pemuliharaan haiwan liar di Indonesia. Beliau menyedari telefon bimbit yang dibawa beliau masih mempunyai isyarat selular walaupun berada di tengah-tengah hutan. Topher menghasilkan prototaip sistem pemantauan hutan beliau menggunakan telefon berkuasa Android lama yang disambung kepada panel solar. Setiap peranti yang diubah suai diprogram untuk mengesan bunyi deruman gergaji bermotor yang digunakan pembalak. Sistem ini kemudian dipasang di atas pokok dan bagi menyukarkan ianya dicabut dan memudahkan kebarangkalian ia mengesan bunyi deruman gergaji bermotor. Sebuah idea yang bukan sahaja mesra alam dengan mengitar semula telefon pintar lama tetapi menyelamatkan hutan yang diancam oleh pembalak haram. Di Malaysia mungkin sistem ini juga boleh digunapakai. Masalah pembalakan haram juga berlaku di Malaysia. Mohon Jabatan Perhutanan Malaysia bekerjasama dengan Rainforest Connection untuk menggunakan sistem pemantauan pintar ini segera.

 
Leave a comment

Posted by on November 19, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s