RSS

Asus Padfone Mini

20 Nov

Satu lagi peranti yang turut hadir semasa pelancaran Asus Zenfone semalam untuk rantau pasaran Asia Tenggara ialah Asus Padfone Mini. Peranti hibrid yang mengabungkan telefon pintar dan tablet ini bakal ditawarkan di pasaran tempatan sekitar bulan Mei ini, dan dijangka dijual pada harga RM999. Asus Padfone Mini adalah peranti hibrid yang menggabungkan telefon pintar dan juga tablet. Bahagian telefon pintar menyertakan pelbagai komponen utama, dan menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci. Bagi sesetengah pengguna, mungkin saiz skrin 4.3-inci sesuai untuk digunakan sebagai telefon pintar ketika diluar, tetapi inginkan sesuatu yang besar untuk menikmati multimedia dan bahan bacaan. Untuknya, pihak Asus menyediakan sebuah dock yang turut dikenali dengan nama Padfone Station bersaiz 7-inci. Dock ini selain menawarkan paparan bersaiz besar, ia turut dilengkapi dengan sokongan bateri tambahan, sesuai untuk digunakan untuk mengecas telefon Padfone ketika di satukan. Dari apa yang telah kami uji, paparan ZenUI pada Padfone Mini tidak jauh berbeza malahan boleh dikatakan dioptimasikan untuk paparan skrin yang besar. Sokongan bahasa Malaysia dalam ZenUI juga turut disertakan, bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna tempatan – walaupun terdapat beberapa perkataan yang agak janggal ketika pertama kali digunakan. Ketika pengujian kami di acara pelancaran ini, kami tidak mampu menanggalkan komponen telefon Padfone Mini untuk membuat ujian penetapan apabila dockingdan untuk menguji ZenUI kerana ia telah terpasang dengan penggera untuk tujuan sekuriti. Berikut adalah gambar peranti tersebut apabila diasingkan – seperti mana telah dirakamkan ketika acara MWC lepas. Oleh kerana komponen telefon pintar Padfone Mini bersaiz 4.3-inci, ia sedikit besar dari Zenfone 4 namun membawakan kelajuan serta kuasa pemprosesan setanding Zenfone 5. Padfone Mini turut membawakan kamera PixelMaster 8-megapixel yang menyertakan kesemua fungsi menarik seperti rakaman pada keadaan gelap dan lain-lain. Sekiranya anda suka dengan saiz Zenfone 4, tetapi memerlukan spesifikasi lebih tinggi, maka Padfone Mini mungkin memenuhi citarasa anda.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s