RSS

Huawei Ascend P7

20 Nov

Huawei, Xiaomi dan Oppo ialah tiga jenama dari tanah besar China yang semakin hari semakin agresif memasarkan peranti meraka di Malaysia. Hanya beberapa tahun yang lalu tiga syarikat pengeluar ini tidak wujud di Malaysia. Huawei hanya dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan moden sementara Xiaomi pula hanya syarikat yang beroperasi di China dengan CEO yang mendewakan Steve Jobs. Tahun 2014 menunjukkan betapa koperatifnya tiga syarikat ini dengan pengenalan peranti baru setiap suku tahunan. Oppo dengan Find 7 manakala Xiaomi dengan MI3 yang laku bagaikan tudung Fareeda. Huawei mempertaruhkan Ascend P7 untuk memikul panji-panji mereka memasuki medan peperangan kuasa besar pengeluar berdarah Xin Shih Huang Di. Huawei Ascend P7 dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu lalu. Kami baru sahaja menerima unit ulasan semalam dan sejak 24 jam yang lalu kami cuba melihat baik dan buruknya peranti ini sekilas pandang. Dari segi spesifikasi ianya mungkin tewas dengan Xiaomi MI3 kerana menggunakan pemproses 1.8 GHz empat teras HiSilicon Kirin 910T dan bukannya dari keluarga Snapdragon. RAM adalah sebesar 2 Gigabyte dengan muatan dalaman 16 Gigabyte dengan sokongan penambahan memori dalaman sehingga 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada kamera utama dan 8 Megapixel pada kamera hadapan. Skrin IPS LCD dengan resolusi penuh melengkapi spesifikasi peranti ini. Dari segi kepadatan pixel, skrin Ascend P7 adalah lebih baik berbanding Xperia Z2 dengan kepadatan pixel 442 PPI berbanding 424 PPI. Rekaan P7 menerima beberapa perubahan ketara pada panel belakang dan lokasi beberapa port. Panel belakang yang dahulunya diperbuat daripada aluminium digantikan dengan panel kaca 7 lapisan. Ini jelas mengambil ilham dari peranti keluarga XPeria Sony. Jack fon kepala diubah dari bahagian bawah kiri ke bahagian atas peranti. Port pengecas USB yang dahulunya di bahagian atas diubah ke bahagian bawah. Rekaan butang kuasa kini berbentuk butang bulan dan bukan lagi berbentuk oblong. Secara keseluruhan rekaan Ascend P7 tampak premium dan kemas. Ianya sangat selesa dipegang dan digunakan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini adalah peranti pertama Huawei yang menggunakan Android Kit Kat yang pernah kami ulas. Pelancar khas Huawei yang diberi nama Emotion UI digunakan. Versi 2.3 digunakan dengan rekaan semula beberapa ikon, fungsi baharu serta rekaan skrin kekunci yang sedikit berbeza. Kini terdapat pintasan pantas pada skrin kekunci yang boleh diakses dengan melakukan tatalan dari bawah skrin ke atas. Jika tatalan tidak dilakukan pintasan ini tidak kelihatan. Terdapat juga fungsi melancarkan kamera dengan pantas dari skrin yang dikunci. Dengan menekan butang suara sebanyak dua kali aplikasi kamera akan dilancarkan dengan segera dan gambar akan terus diambil tanpa input dari pengguna. Dari penggunaan awa kami dapati Ascend P7 ialah sebuah peranti yang mudah digunakan tanpa masalah sela masa yang ketara. Dalam masa beberapa hari yang mendatang kami akan cuba menguji sejauh manakah peranti ini dapat bertahan dengan beberapa ujian aplikasi berat. Setakat ini masalah yang kami sedari ialah peranti akan menjadi agak panas ketika dicas dan digunakan untuk beberapa ketika.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s