RSS

Motorola Moto E

20 Nov

Motorola sebelum ini telah menerima pelbagai reaksi dan maklumbalas positif melalui pengenalan Motorola Moto G mereka. Salah satu sebabnya adalah kerana penggunaan antaramuka asli Android, disamping turut menawarkan prestasi pemprosesan yang amat baik berbanding kebanyakkan peranti lain dengan spesifikasi lebih tinggi. Apa pun, untuk beberapa negara mahupun pengguna, harga Moto G boleh dikatakan masih agak tinggi, dan pihak Motorola hadir dengan sebuah lagi peranti alternatif pada harga yang lebih rendah, dinamakan sebagai Moto E. Motorola Moto E hanya ditawarkan di beberapa buah negara membangun sahaja buat masa ini, dan untuk pasaran tempatan ia dijangka akan ditawarkan bermula bulan ini. Pihak Lazada akan menawarkannya, dan mereka menjadualkan tarikh 13 Ogos ini untuk pelancarannya. Motorola Moto E hadir menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 200 1.2Ghz dan memori sebanyak 1GB RAM. Dari segi skrin pula, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 540×960 pixel. Telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, membolehkan anda menggunakan dua talian pada satu peranti. Selain sokongan dwi-SIM, Moto E turut hadir dengan sokongan mikro-SD untuk pengguna memperluaskan ruangan storan 4GB yang terdapat pada peranti ini. Set kami hadir dengan Android 4.4.3, tetapi sebaik sahaja membuka kotak dan memulakan peranti, notifikasi untuk kemaskini Android 4.4.4 diperlihatkan, dan anda boleh menaik-taraf serta-merta ke versi Android terkini. Daripada penggunaan ringkas kami, peranti ini beroperasi tanpa sebarang masalah, dan turut tiada sebarang lengah-masa. Perkara ini mungkin kerana pihak Motorola menggunakan antaramuka asli Android, tanpa sebarang penambahan yang berlebihan daripada mereka.

Motorola dilihat hanya menyertakan beberapa aplikasi tambahan daripada mereka bersama-sama dengan peranti ini, iaitu Motorola Assist, Motorola Alert, dan juga Motorola Migrate. Motorola Assist dilihat ingin memudahkan pengguna membuat beberapa tugasan seperti mengelakkan gangguan dan menetapkan telefon ke mod senyap secara automatik apabila anda mempunyai mesyuarat. Motorola Alert pula bertujuan untuk kecemasan, dimana pengguna perlu menetapkan mereka yang perlu dihubungi ketika kecemasan, dan boleh menghantarkan notifikasi kepada mereka ketika sesuatu kecemasan dengan pantas. Motorola Migrate pula, seperti pada namanya ingin memudahkan proses pemindahan data daripada peranti sedia ada kepada peranti Moto E ini dengan mudah dan tanpa perlu melalui proses yang sukar seperti beberapa peranti lain. Kami juga telah cuba memainkan beberapa permainan kasual seperti Clash of Clans, selain menggunakan aplikasi seperti Waze dan sebagainya, dan dilihat tiada sebarang masalah ketika menggunakannya. Dari jangka masa bertahan bateri juga, Moto E menawarkan masa penggunaan yang agak panjang berbanding kebanyakkan peranti lain. Salah satu perkara yang mungkin menyumbang kepada perkara ini adalah disebabkan penggunaan Snapdragon 200 yang mungkin memakan tenaga bateri yang agak kurang berbanding cip pemprosesan berkuasa yang lain. Pihak Motorola turut melengkapkan peranti ini dengan fungsi Battery Saver – dimana ia akan mematikan kebanyakkan fungsi yang memakan bateri tinggi apabila tenaga yang tinggal pada peranti dibawah 15%.

Apa pun, salah satu perkara yang agak mengecewakan kami untuk peranti ini adalah sokongan kamera yang hadir padanya. Moto E hadir dengan kamera 5-megapixel, dan turut dilengkapi dengan sokongan merakamkan gambar dalam bentuk Panorama, HDR dan sebagainya. Apa pun, salah satu kekurangannya adalah ketiadaan LED Flash pada kamera ini, menjadikan rakaman gambar menggunakannya agak kurang ketika dalam keadaan cahaya gelap. Satu lagi kekurangan adalah ketiadaan sokongan autofokus pada peranti ini, menjadikan rakaman objek pada keadaan dekat tidak begitu jelas. Rakaman pada jarak jauh dilihat tidak mempunyai sebarang masalah. Kekurangan pada bahagian kamera ini mungkin menjadikan ramai pengguna memilih alternatif lain ataupun memilih Moto G yang hadir dengan sokongan lebih baik. Apatah lagi dengan pada masa kini ramai yang gemar merakamkan pelbagai jenis gambar dan berkongsi melalui laman sosial dan Instagram. Bagi kami, sekiranya anda tidak kisah akan fungsi kamera, peranti ini menawarkan fungsi dan penggunaan yang amat baik berbanding kebanyakkan peranti pada harga mahal. Mungkin dalam beberapa hari lagi kami akan membawakan ulasan penuh untuk telefon pintar Motorola Moto E ini, yang mana dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sekitar 13 Ogos ini. Harga pelancarannya kelak akan memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi peranti pilihan ramai. Mengikut spekulasi awal, ia dijangka berharga dibawah RM400 dan ditawarkan eksklusif melalui Lazada. Apa pun, boleh dikatakan sekiranya pengguna inginkan peranti dengan fokus terhadap kamera, ia mungkin bukan sesuatu yang baik – dan mungkin anda perlu melihat kepada beberapa alternatif lain seperti Redmi 1S, dan sebagainya.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s