RSS

Perkara Baru Pada Android Yang Diumumkan Google Pada I/O

20 Nov

Pada awal pagi tadi, Google telah mengadakan acara tahunan mereka, Google I/O, dimana salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah beberapa perkara baru mengenai Android. Versi baru mereka akan hadir tidak lama lagi, dan untuk membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi mereka, Google mengumumkan Android “L” Developer Preview. Android “L” dilihat akan membawakan perubahan dari segi antaramuka. Google memanggilnya sebagai “Material Design”, dimana merupakan salah satu usaha untuk menyelarikan rekaan antaramuka pada pelbagai saiz peranti, dan juga untuk memberikan pengalaman pengguna yang selari pada aplikasi dan web. Untuk menjayakan perkara ini, Google turut membuat perubahan pada muka-taip yang digunakan pada Android “L”, disamping menawarkan beberapa kesan animasi untuk digunakan oleh para pembangun. Notifikasi pada Android boleh dikatakan agak baik jikalau dibandingkan dengan beberapa platform operasi yang lain. Pada Android “L”, pihak Google turut memberikan fokus dan menambah-baik sokongan notifikasi untuk menjadikannya lebih menarik. Salah satu pembaharuan adalah pengguna kini turut dipaparkan dengan notifikasi walaupun pada aplikasi dengan skrin penuh – seperti permainan, video dan sebagainya. Disamping itu, pihak Google dilihat turut membawa notifikasi ke lockscreen melalui Android “L”, dimana pengguna boleh melihatnya, ataupun swipe sesuatu notifikasi ke sebelah kanan untuk memadamkannya. Dengan Google yang turut membawa Android ke peranti boleh-pakai, salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah “Personal Unlocking”.

Melaluinya, ia memastikan telefon atau tablet anda berada di lokasi yang selamat, dan mengoptimasikan lockscreen bersesuaian dengannya. Sebagai contoh, sekiranya anda memakai jam tangan pintar yang dihubungkan ke peranti, dan ingin mengakses peranti, anda boleh mengaksesnya terus, dan sekiranya sebaliknya, anda akan dipaparkan dengan skrin untuk memasukkan kod akses anda. Selain menggunakan peranti boleh-pakai, Google turut mengatakan sokongan Personal Unlocking turut akan menyokong dan mengambil kira beberapa perkara lain, termasuk kedudukan anda melalui geolokasi (berdasarkan lokasi yang sering dilawati anda), rangkaian WiFi yang dihubungkan dan beberapa perkara lain. Untuk sekuriti pula, pihak Google membawakan beberapa pembaharuan melalui Android “L”, termasuk salah satunya adalah Factory Reset Protection yang memudahkan pengguna nyah-aktifkan peranti mereka yang hilang atau dicuri, dan juga sokongan Universal Data Protection yang membolehkan pengguna mengawal data-data yang dikongsikan mereka seperti geolokasi dan sebagainya. Rekaan untuk bahagian multi-tasking turut dikemaskini melalui Android “L”, dimana pihak Google didapati memanggil butang multi-tasking sebagai “Recents”. Daripada apa yang ditunjukkan, pengguna dipaparkan dalam bentuk rekaan Cards, dimana pengguna boleh swipe untuk melihat dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Disamping itu, pihak Google turut melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan yang mana setiap tab pada Chrome juga akan dipaparkan dalam bentuk Cards berbeza, sekaligus memudahkan proses multi-tasking anda.

Android “L” juga akan menyaksikan pihak Google beralih sepenuhnya daripada penggunaan Dalvik kepada ART, yang mana secara tidak langsung membawa kepada peningkatan penggunaan prestasi secara keseluruhan, termasuk membawakan sokongan grafik yang lebih baik. Bersama-sama pengenalan ART, pihak Google turut membawakan sokongan 64-bit ke platform Android secara rasminya. Untuk bahagian bateri pula, Google dilihat hadir dengan Project Volta, memberikan pembangun lebih kawalan untuk mengoptimasikan penggunaan bateri ketika aplikasi mereka digunakan. Untuk pengguna umum pula, pihak Google menyediakan sebuah fungsi baru yang sedia terdapat pada kebanyakkan peranti utama hari ini, iaitu Battery Saver Mode. Selain daripada pelbagai pengenalan ini, Google turut dilihat bukan berhenti dengan Android untuk peranti mudah-alih sahaja, tetapi sebaliknya membawa ia ke pelbagai platform lain – termasuk untuk kaca televisyen melalui Android TV, untuk kenderaan melalui Android Auto, dan untuk peranti boleh-pakai melalui Android Wear. Google juga turut dilihat mengintegrasikan Android ke Chromebook dengan lebih baik, termasuk mengatakan Chromebook akan menyokong aplikasi Android tidak lama lagi. Apa pun, ini boleh dikatakan hanya sebilangan kecil daripada fungsi-fungsi baru yang dibawakan oleh Android “L”. Google mengatakan lebih 5000 API baru tersedia melalui Android “L”, dan mungkin kita akan dapat melihat sebahagian daripadanya apabila mendapat akses untuk Android “L” Developer Preview esok.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s