RSS

Xiaomi Redmi Note

20 Nov

Xiaomi nampaknya terus agresif mengembangkan pasaran peranti pintar mereka. Awal bulan yang lalu telah dilaporkan Xiaomi berjaya menjual lebih 23 Juta peranti pada pertengahan pertama 2014. Ini adalah pertambahan jualan sebanyak 217% dari tahun sebelumnya. Angka jualan Xiaomi yang semakin meningkat pastinya membuatkan pengeluar lain tidak senang duduk. Xiaomi MI3 yang telahpun terjual di pasaran tempatan sejak beberapa minggu yang lalu dijual pada harga yang terlalu munasabah bagi peranti berspesifikasi agak tinggi. Xiaomi Redmi Note mula dijual selasa lalu dan cuba mengusai pasaran phablet pula. Dengan harga jualan RM509, peranti ini sekali lagi adalah lebih murah dari majoriti phablet yang ada di pasaran sekarang. Ia diperkasakan pemproses 1.7 GHz lapan teras Mediatek MT6592, RAM sebesar2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Kamera utama adalah sebesar 13 Megapixel dengan flash manakala kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Kedua-dua kamera mampu mengambil video pada resolusi HD Penuh 30 frame setiap saat. Skrin 5.5″ adalah dari keluarga IPS LCD dengan resolusi 720P.  Paparan kelihatan cantik sungguhpun bukan pada resolusi HD Penuh.Pada sekeliling skrin terdapat kemasan logam berwarna hitam. Pada bahagian hadapan juag terdapat tiga butang kapasitif. Butang home dihimpit butang menu pada bahagian kiri dan butang back pada bahagian kanan. Untuk melancarkan skrin multi tasking anda perlu menekan butang menu untuk beberapa saat. Google Now pula dilancarkan dengan menekan butang home juga untuk selama beberapa saat. Dari segi binaan pula tubuh badan Redmi Note diperbuat daripada polikarbonat. Ini mengingatkan kami kepada peranti keluarga Lumia. Keseluruhan panel belakang yang licin ini boleh dibuka bagi memberikan akses kepada ruang bateri, 2 slot SIM Mini dan slot kad MikroSD.

Bercakap tentang bateri peranti ini dikuasai oleh bateri sebesar 3200 mAh. Pada bahagian belakang juga terdapat sebuah pembesar suara mono. Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa dan suara. Kedua-dua butang ini diperbuat daripada bahan plastik tetapi selesa ditekan. Ianya tidak longgar dan memberikan timbal balas yang baik apabila ditekan. Bahan binaan peranti ini mungkin tidak premium tetapi sekurang-kurangnya  ianya tidak terasa murah. Ini mengingatkan kami kepada phablet HP Slate 6 Voice Tab yang kami ulas sebelum ini. Butang peranti tersebut diperbuat daripada plastik juga tetapi kualiti binaanya sangat menyedihkan kerana butang yang longgar dan berbunyi apabila ditekan. Fon jack telinga terletak pada bahagian atas manakala port pengecas terletak pada bahagian bawah. Sungguhpun ianya sebuah phablet, Redmi Note tidak didatangi dengan stylus terbina. Secara estetik Redmi Note bukan antara peranti dengan rekaan yang cantik. Tiada gimik bahan buatan eksotik ataupun stylus terbina. Ianya juga agak berat berbanding phablet yang pernah kami ulas di makmal Amanz. Panel belakangnya yang licin membuatkan ianya mungkin mudah tergelincir dari genggaman. Sungguhpun rekaannya tidak menarik, rekaan tubuh belakang yang melengkung dan lokasi butang peranti ini adalah baik. Panel belakang yang melengkung membuatkannya selesa untuk digenggam. Redmi Note masih menggunakan sistem operasi Android 4.2.2.  Antaramuka MIUI pula digunakan dan harus kami akui kami jatuh cinta dengan antaramuka ini. Jika dibandingkan dengan antaramuka yang digunanakan pada peranti Oppo dan Huawei, jelas antaramuka Xiaomi Redmi Note adalah yang paling cantik dam kemas. Animasi apabila tatalan dilakukan dan ketika menukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain mengingatkan kami kepada IOS 6.0. Ini tidak mengejutkan kerana pengerusi Xiaomi, Lei Jun mengaku mengagumi mendiang Steve Jobs. Apa yang kami gemarkan tentang antaramuka MIUI ialah ianya kemas dan mudah digunakan. Sepanjang tempoh ulasan kami tidak menemui sebarang masalah menggunakan peranti ini.

Tatalan adalah sangat lancar dan aplikasi dapat dilancarkan dengan pantas. Seperti antaramuka peranti buatan China yang ada di pasaran, MIUI juga membenarkan pengguna melakukan kustomasi rupa dan tema. Ini dapat dilakukan dengan mudah melalui aplikasi Themes yang disertakan. Terdapat puluhan tema boleh dimuat turun dan digunakan dengan mudah oleh pengguna sekiranya mereka mahu. Sungguhpun secara keseluruhan antaramuka MIUI adalah menarik, kami kecewa kerana tiada fungsi khas phablet disertakan. Fungsi menggunakan peranti menggunakan sebelah tangan ataupun multi screen  yang membolehkan lebih dari satu aplikasi dipaparkan secara serentak pada skrin yang biasa kami gunakan pada phablet tiada pada Redmi Note. Pada pendapat kami fungsi khas untuk phablet sepatutnya sudah menjadi kebiasaan kerana skrin peranti yang lebih besar. Dalam hal ini  Samsung Galaxy Note 3 masih lagi unggul dalam memberikan pelbagai fungsi khas kepada pengguna. Buat masa ini Redmi Note hanyalah sebuah MI3 yang diberikan skrin lebih besar kerana ketiadaan fungsi khas yang kami sebuatkan tadi. Kami berharap pada kemasan – kemasan akan datang pihak Xiaomi akan memasukkan fungsi – fungsi khas ini untuk Redmi Note. Pengguna – pengguna phablet memerlukan fungsi khas ini dan skrin yang besar sahaja tidak cukup memandai untuk sebuah phablet. Seperkara lagi yang mengecewakan kami tentang MIUI ialah sebahagian tema yang dimuat turun melalui aplikasi Themes tidak dialih bahasa dengan sepenuhnya. Tema IOS 6 yang kami muat turun masih memaparkan sebahagian elemen antaramuka dalam bahasa cina yang tidak kami fahami. Security ialah aplikasi terbina di dalam Redmi Note. Dari namanya anda pasti boleh mengagak aplikasi ini menjadi benteng pertahanan peranti anda dari  virus dan pelbagai masalah lain. Terdapat 6 pilihan di dalam aplikasi ini iaitu Cleaner, Data Usage, Blocklist, Power, Virus Scan dan Permission. Cleaner membersihkan cache peranti anda bagi mengelakkan pembaziran penggunaan ruang. Blocklist menghalang panggilan telefon ataupun mesej dari nombor yang anda tetapkan.

Permission membolehkan anda menghadkan akses aplikasi kepada maklumat peribadi anda. Virus Scan mengesan malware dan Power menetapkan tahap penggunaan bateri mengikut keperluan anda. Kesemua fungsi – fungsi ini biasanya memerlukan beberapa aplikasi berbeza. Dengan adanya aplikasi Security anda tidak perlu memuat turun lagi pelbagai aplikasi dan kesemua keperluan keselamatan peranti anda dapat diakses dengan mudah hanya dari satu tempat. Lite mode ialah mod minimalistik MIUI yang mengurangkan penggunaan bateri. Fungsinya sama seperti Ultra Saving Mode Samsung dan Batery Saver Alcatel One Touch Hero. Tidak seperti dua pada peranti Samsung dan Alcatel, fungsi lite mode tidak berubah secara automatik apabila dipiliaj dari skrin tetapan. Sebaliknya peranti harus dihidupkan dan dimatikan terlebih dahulu sebelum Lite Mode diaktifkan. Ini sedikit memakan masa dan tidak mesra pengguna. Biasanya peranti yang dijula pada harga kurang dari RM600 dilengkapi dengan kamera bermegapixel rendah. Ia juga dikenali sebagai kamera kentang kerana tidak mampu mengambil gambar yang baik. Xiaomi Redmi Note didatangi dengan kamera sebesar 13 Megapixel dengan flash pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Dari segi kemampuan pula kedua-duanya mampu mengambil video pada resolusi HD Penuh 30 frame sesaat. Antaramuka aplikasi kamera adalah mudah digunakan tetapi tiada fungsi tambahan disertakan. Sekali lagi Ascend P7 mengambil gambar yang terbaik. Penghasilan warnanya juga tepat. Kekurangan pada Find 7 adalah ianya sekali lagi sedikit gelap tetapi waran hijau rimbunan buluh yang diambil nampak hidup. Gambar yang diambil Redmi Note sedikit kusam dari segi penghasilan warna. Markah penanda aras Redmi Note adalah aneh kerana ianya tidak konsisten.  Markah yang dicatatkan pada Quadrant ialah 15671 markah manakala pada Antutu pula 26224 markah. Pada penanda arah Futuremark pula ia mencatatkan 6009 markah. Kenapa kami katakan tidak konsisten? Phablet yang memegang rekod penanda aras tertinggi di Amanz setakat ini ialah Galaxy Note 3 dengan markah di bawah.

Jelas markah yang dicatatkan Redmi Note ada yang lebih tinggi dan ada yang lebih rendah dari Note 3. Kami kurang yakin dengan markah yang dicatatkan peranti ini. Dalam ujian dunia sebenar kami sedari peranti ini dapat beroperasi dengan baik. Kami sedari ada sela masa apabila membuka folder berisi aplikasi. Dari segi tatalan skrin sela masa ini tidak wujud. Ketika menjalankan beberapa aplikasi permainan pula kami sedari draw distance dihadkan dan masalah pop up jelas kelihatan. Ini tidak kami sedari pada  Galaxy Note 3. Jadi kami merasakan markah yang dicatatkan menggunakan Futuremark adalah yang paling baik untuk digunakan bagi membezakan kemampuan grafik. Ketahanan bateri Xiaomi Redmi Note adalah sederhana sahaja. Bateri yang berkapasiti 3200 mAh ini mampu bertahan selama 8 Jam 10 minit pada penggunaan berat,  13. 5 jam pada penggunaan sederhana dan melebihi 2 hari pada penggunaan paling rendah. Ini adalah sedikit lebih rendah dari ketahanan median 9 jam pada penggunaan berat dan 16 jam pada penggunaan sederhana beberapa peranti kelas tinggi yang pernah kami ulas. Ini adalah sedikit mengecewakan bagi kami kerana Redmi Note hanya menggunakan skrin 720P dengan pemproses kelas pertengahan. Secara logiknya pada hemat kami bateri peranti ini sepatutnya lebih panjang. Sebuah fungsi yang kami gemari pada Redmi Note boleh dilihat pada skrin paparan bateri. Apabila peranti di cas, terdapat penunjuk yang memberitahu berapakah masa yang akan diambil untuk mengecas bateri sehingga 100%. Ini memudahkan anda untuk mengagak berapa lama masa yang perlu diambil untuk mengecas. Ini adalah fungsi kecil tetapi kami cukup gemari pada antaramuka MIUI Redmi Note.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s