RSS

Xiaomi Redmi Note

20 Nov

Xiaomi Mi3 dan power bank Xiaomi mendatangkan kejutan di pasaran Malaysia sejak 3 minggu kebelakangan ini. Kesemua unit telefon pintar dan bateri tambahan yang dijual pada harga mampu milik Xiomi terjual dalam masa hanya beberapa minit. Kegilaan orang ramai yang cuba mendapatkan barangan Xiaomi menunjukkan mungkin akhirnya label “jenama dari China tak boleh dipercayai” akhirnya bakal pupus. Bagi memberikan lagi pilihan kepada pengguna, Xiami Redmi Note pula memasuki pasaran Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi. Apakah Xiaomi Redmi Note? Ianya peranti dengan skrin 5.5 “LCD IPS yang diperkasakan pemproses lapan teras 1.7 Ghz Mediatek MT6592. RAM sebesar 2 Gigabyte dengan muatan dalaman sebanyak 8 Gigabyte dengan sokongan penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte. Redmi Note ialah sebuah peranti dwi-sim dan yang menarik ialah ia menggunakan 2 kad SIM bersaiz normal. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel untuk kamera utama dan 5 Megapixel untuk kamera hadapan. Skrin pula ialah dari keluarga IPS LCD dengan resolusi 720P. Bateri sebesar 3200 mAh melengkapi spesifikasi Redmi Note. Walaupun mempunyai saiz skrin dan diberikan nama Note, Redmi Note tidak didatangi dengan sebuah stylus seperti Galaxy Note 3 ataupun Asus Fonepad Note FHD 6. Keseluruhan tubuh peranti ini diperbuat daripada bahan plastik keras. Panel belakang plastik ini boleh dibuka bagi memberikan akses kepada bateri, 2 slot SIM dan slot MikroSD. Ianya harus dikupil dan agak sukar untuk ditanggalkan. Redmi Note juga adalah agak berisi dengan tebal mencecah 9.5 milimeter. Kebanyakan peranti terkni sekarang mempunyai ketebalan kurang dari 7 milimeter. Sungguhpun begitu rekaan panel belakangnya melengkung bagi memastikan genggaman yang selesa. Walau bagaimanapun panel belakang ini agak licin dan tidak bertekstur. Adalah lebih menarik sekiranya ianya sedikit bergetah seperti Fonepad Note FHD 6. Butang kuasa dan kawalan suara yang diperbuat daripada plastik terletak pada bahagian kanan peranti. Ianya selesa ditekan dan dibina dengan kukuh. Tiada masalah butang yang longgar. Pada bahagian bawah terdapat port mini USB untuk mengecas dan jack fon telinga diletakkan pada bahagian asas. Sebuah pembesar suara mono terletak pada bahagian belakang. Tiada ada apa-apa yang menakjubkan dari segi rekaan Redmi Note. Tiada panel tepi diperbuat daripada besi ataupun panel dari bahan binaan eksotik seperti kulit. JIka anda sukakan peranti yang mempunyai rekaan minimalistik anda pasti tertarik dengan estetik Redmi Note. Sistem operasi Android Jelly bean dengan antaramuka MIUI ROM digunakan pada peranti ini. MIUI ROM ialah antara ROM yang popular di kalangan pengguna Android dengan kemampuan kustomasi tema yang agak besar. Rekaan ikon adalah rata dan cantik untuk dilihat.  Redmi Note menggunakan butang kapasitif untuk mengawal peranti. Butang home ditengah-tengah dihimpit butang back pada bahagian kanan dan butang menu pada sebelah kiri. Untuk melancarkan skrin multi tasking anda perlu menekan butang menu untuk beberapa saat. Google Now pula boleh dilancarkan dengan menekan butang home selama beberapa saat. Tidak perlu menekan butang home dan kemudian mentatal ke atas seperti antaramuka yang digunakan Sony. Seperti majoriti peranti dari tanah besar China, MIUI ROM tidak mempunyai talam aplikasi. Kesemua aplikasi yang dimuat turun akan diletakkan pada muka depan seperti iOS. Secara peribadi kami kurang gemar antaramuka tanpa talam aplikasi ini. Dalam penggunaan selama sehari kami tidak lagi mengesan sebarang masalah ataupun sela masa. Masalah bahagian belakang yang panas juga tidak berlaku setakat ini sungguhpun selepas digunakan untuk beberapa ketika. Kerana saiz skrin yang besar, agak sukar untuk menggunakan peranti dengan sebelah tangan. Kami tidak menjumpai sebarang fungsi khas sebelah tangan pada menu MIUI ROM. Ini boleh dianggap sebuah kekurangan kerana pesaing Redmi Note meletakkan fungsi penggunaan sebelah tangan seperti papan kekunci dan paparan skrin yang boleh dikecilkan yang terdapat pada Samsung Galaxy Note 3

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s