RSS

Xperia C3 – Telefon Selfie Daripada Sony

20 Nov

Sony pada bulan ini telah menambah salah satu telefon pintar baru dibawah keluarga Xperia mereka, iaitu Xperia C3. Boleh dikatakan kebanyakkan peranti mempunyai fokus sesuatu fungsi khusus padanya, dan pada Xperia C3, pihak Sony memfokuskan kepada sokongan rakaman gambar menggunakan kamera hadapan – yang mana turut dilengkapi dengan sokongan LED Flash. Sony Xperia C3 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 720p. Jikalau dibandingkan, ia bersaiz sedikit besar jikalau dibandingkan dengan telefon pintar flagship daripada Sony, iaitu Xperia Z2. Skrin yang digunakan juga turut dilengkapi dengan teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine 2 dan juga paparan Triluminos. Untuk pemprosesan, ia menggunakan cip Snapdragon 400 1.2GHz, dan juga memori sebanyak 1GB RAM. Dari penggunaan ringkas kami, ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah – malah tiada sebarang lengah masa ketika merakamkan beberapa gambar. Mungkin juga ia merupakan kesan daripada penggunaan Android 4.4 KitKat pada peranti ini yang sedia dioptimasikan untuk peranti dengan berspesifikasi rendah. Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan unibody, dimana bahagian kerangka belakang tidak boleh ditanggalkan. Pada bahagian kanan peranti, ia membawakan ruangan kad SIM, butang kuasa ikonik daripada Sony, butang kawalan suara (volume), dan juga butang rakaman fizikal untuk kamera.

Pada set yang diuji kami (berkemungkinan adalah set awal), ia turut dilihat menyertakan butang reset fizikal pada bahagian kad-SIM untuk pengguna reset semula telefon pintar mereka dengan mudah. Pada bahagian kiri pula, ia membawakan ruangan pengecasan berasaskan mikro-USB dan juga bahagian mikro-SD untuk pengguna memperluaskan penggunaan ruangan storan – memandangkan ruangan 8GB yang didatangkan terbina mungkin tidak mencukupi. Pada bahagian belakang pula ia menyertakan kamera 8-megapixel dengan LED Flash, dan juga ruangan NFC pada bahagian bawahnya. Dibahagian hadapan pula ia turut menyertakan kamera 5-megapixel yang turut dilengkapi dengan LED Flash. Ruangan audiojack diposisikan pada bahagian atas, dan tiada sebarang ruangan khusus dibahagian bawah peranti. Peranti ini walaupun bersaiz 5.5-inci, pihak Sony masih mengintegrasikan beberapa sokongan untuk memudahkannya digunakan pada sebelah tangan – melalui pengoptimasian perisian. Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah kamera hadapan. Xperia C3 hadir dengan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan dan turut disertakan dengan LED Flash – membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas walaupun pada keadaan persekitaran gelap. Disamping itu, ia hadir dengan lensa wide-angle untuk membolehkan lebih banyak perkara dirakamkan pada bahagian latar – sama ada daripada bilangan orang ataupun lokasi untuk dijadikan kenangan. Melengkapkan kamera ini adalah pengoptimasian dari segi perisian. Pihak Sony menyertakan sokongan dinamakan sebagai “Potrait Retouch” dalam membolehkan gambar yang dirakamkan cantik, selain turut membolehkan beberapa efek disertakan pada gambar.

Untuk tujuan rakaman selfie, pengguna boleh menggunakan beberapa kaedah – dan salah satunya adalah dengan tap pada bahagian belakang untuk merakamkan gambar. Pilihan ini perlu diaktifkan dulu pada bahagian kamera. Selain fungsi ini, pengguna turut boleh tap pada skrin, ataupun turut menggunakan butang rakaman fizikal pada bahagian kanan peranti. Sokongan rakaman lain turut disediakan – termasuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan kamera belakang dengan arahan suara. Selain daripada kamera hadapan dengan LED Flash, pihak Sony turut menyertakan pelbagai pengoptimasian perisian popular bersama-sama Xperia C3 – termasuk sokongan DualShock 3 untuk memainkan game, penggunaan tema khusus daripada Sony untuk peranti Android, sokongan Answering Machine, Battery Saver Mode, dan sebagainya. Apa pun, salah satu perkara yang akan menjadi titik tolak untuk penjualan peranti ini kelak adalah harganya. Buat masa ini, di Malaysia pihak Acer telah mula menawarkan Liquid E3 yang hadir dengan LED Flash pada bahagian hadapan pada harga RM799, selain kebanyakkan peranti yang hadir dengan sokongan Beauty Mode untuk menjadikan rakaman kamera hadapan lebih cantik. Buat masa ini, pihak Sony Mobile Malaysia tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan bilakah ia akan dijual di Malaysia. Mungkin kita boleh melihatnya dijual di pasaran tempatan sekitar sebulan dua lagi. Jadi, adakah anda mungkin mendapatkan peranti dengan sokongan LED Flash pada bahagian hadapan ini? Apa kata anda dengan telefon yang memfokuskan kepada rakaman selfie seperti Xperia C3 ini?

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s