RSS

6 Fungsi Pada Facebook Yang Mungkin Tidak Digunakan Anda

23 Nov

Facebook sedia popular sebagai laman sosial terkemuka dunia, dan digunakan ramai untuk tujuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga menggunakannya. Menariknya, Facebook turut mempunyai beberapa fungsi menarik pada laman tersebut yang tidak begitu digunakan ramai, malah ada beberapa pengguna yang tidak mengetahui akan kewujudan fungsi berkenaan. Antaranya adalah termasuk;
Fungsi Panggilan Video Di Facebook

Facebook Video Call
Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan panggilan video pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan video dikalangan rakan-rakan mereka. Perkara ini juga akan memudahkan anda untuk kekal berinteraksi dengan mereka yang tersayang sekiranya anda berada di luar negara, selain turut menggunakannya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kerja dan sebagainya. Fungsi ini mungkin agak kurang popular memandangkan ia memerlukan sebuah pemalam khas tambahan dipasang sebelum dapat menggunakannya. Sokongan ini dibawakan oleh Facebook hasil bekerjasama dengan pihak Skype. Untuk menggunakannya, pada tetingkap Chat anda, anda hanya perlu klik pada butang Video Call yang terletak pada bahagian atas tetingkap berkenaan.

Fungsi Panggilan Suara Pada Android dan iOS
Bagi anda yang sedia mempunyai aplikasi Facebook Messenger terpasang pada pada peranti mudah-alih, salah satu sokongan yang hadir terbina adalah sokongan membuat panggilan suara – lebih kurang sama seperti membuat panggilan telefon. Kami sendiri pernah mencuba membuat panggilan menggunakan sokongan ini beberapa kali, dan ia berfungsi dengan lancar dan hanya mengalami lengah masa beberapa kali sahaja sepanjang ujian kami. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuka aplikasi Facebook Messenger, kemudian klik pada nama rakan anda yang ingin dipanggil dan klik pada butang telefon yang diperlihatkan bersebelahan dengan nama rakan anda.

Daftar Masuk Menggunakan Nama Pengguna
Pada halaman masuk Facebook, salah satu perkara yang diperlihatkan adalah kebolehan log masuk menggunakan emel atau nombor telefon. Namun, salah satu perkara yang mungkin tidak diketahui anda adalah dimana anda turut boleh log masuk menggunakan nama pengguna anda. Jadi, apakah nama pengguna anda di Facebook? Perkara ini boleh diketahui dengan mudah melalui URL unik anda. Sebagai contoh, http://www.facebook.com/zuck, nama penggunanya adalah Zuck.

Menggunakan “Save” Untuk Mengakses Pada Masa Akan Datang
Pada pelayar web, salah satu fungsi popular adalah Bookmark. Fungsi yang lebih kurang sama turut telah diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini dengan fungsi yang dinamakan sebagai Facebook Save. Menggunakan Facebook Save, ia membolehkan pengguna menyimpan sesuatu pautan, status, gambar, video dan sebagainya yang dikongsikan di Facebook untuk diakses pada masa akan datang. Sebuah menu khas dinamakan Save turut disediakan pada aplikasi mudah-alih dan juga pada menu di desktop. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu klik pada butang anak-panah di sesuatu perkongsian, dan memilih Save melaluinya.

Mengikuti Rakan-Rakan Dengan Lebih Baik Menggunakan List
Dengan perkembangan harian Facebook, ia mungkin menyukarkan anda mengikuti rakan-rakan terdekat, ataupun sejumlah Facebook Page dengan efektif. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu fungsi yang hadir adalah Facebook List. Facebook List membolehkan anda memilih Page yang ingin disertakan ataupun rakan-rakan yang ingin anda ikuti dengan lebih dekat. Sebaik sahaja selesai, sebuah menu khas akan diperlihatkan pada menu bahagian kiri di laman Facebook, dan anda boleh klik padanya untuk melihat perkembangan semasa daripada mereka dengan mudah.
Menghantar Dan Menerima Fail Melalui Facebook Chat

Facebook Chat
Pada Facebook Chat, selain membolehkan anda menghantar gambar dan video, ia juga turut menyokong untuk anda menghantar sebarang jenis fail dengan mudah, sekaligus membolehkan rakan-rakan anda menerimanya. Perkara ini sekaligus memudahkan proses anda daripada perlu membuka emel untuk membuat Attachment, memandangkan pada hari ini lebih ramai yang aktif maka ia akan memudahkan proses anda ingin menghantar fail dokumen dan sebagainya dengan pantas berbanding kebiasaan. Jadi, itu adalah antara fungsi menarik pada Facebook yang mungkin tidak digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia. Jika anda mempunyai sebarang fungsi tambahan yang ingin dikongsikan, jangan lupa berkongsi melalui ruangan komen dibawah.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s