RSS

6 Fungsi Yang Kami Mahukan Di Instagram

23 Nov

Instagram ialah antara aplikasi yang paling popular di peranti pintar dan kami gunakan hampir setiap hari. Sejak diperkenalkan beberapa versi aplikasi ini sudah kami gunakan dan setiap versi membawa pembaharuan yang disukai pengguna. Pada kemasan terakhir pengguna diberi fungsi menyunting gambar secara manual. Aplikasi sekarang jauh lebih baik dari versi-versi sebelum ini tetapi kami ada beberapa lagi fungsi yang kami mahukan di Instagram. Di bawah ialah 6 fungsi yang paling kami harap akan wujud pada kemas kini Instgaram pada masa hadapan.

Sokongan Log Masuk Pelbagai Akaun Serentak
Instagram sekarang bukan sahaja digunakan oleh individu malahan digunakan oleh syarikat – syarikat ternama untuk tujuan penjenamaan. Seperti Facebook dan Twitter, akaun rasmi Instagram kini menjadi sesuatu yang perlu bagi menghampiri pengguna di samping menambah lagi jumlah pengguna produk sesebuah syarikat. Kami juga mempunyai akaun Instagram rasmi di mana kami menunjukkan foto peranti -peranti terkini di pasaran dan yang sedang diuji di makmal. Oleh sebab di atas kami merasakan sokongan log masuk pelbagai akaun adalah sesuatu yang seharusnya ada. Ini menyerupai fungsi Pages yang ada pada Facebook yang memiliki Instagram. Apabila gambar diambil anda akan disuruh memilih ke manakah gambar tersebut akan dipaparkan. Apa yang berlaku sekarang ialah kami terpaksa log keluar akaun peribadi dan kemudian log masuk ke akaun Amanz untuk melakukan perkara yang sama. Jika ia boleh dilakukan di Facebook kami percaya fungsi ini boleh dilakukan di Instagram.

Perkongsian Terhad Kepada Kumpulan Tertentu
Di Facebook pengguna boleh berkongsi gambar dan status kepada kumpulan – kumpulan tertentu. Gambar anak anda sebagai contoh dihadkan kepada individu yang telah dimasukkan ke dalam kumpulan ahli keluarga. Gambar anda bersenda loka di Bali bersama rakan – rakan bujang pula anda mahu hanya dilihat oleh teman tempat kerja.  Fungsi membenarkan gambar hanya dilihat oleh kumpulan – kumpulan tertentu sahaja adalah fungsi yang kami mahukan di Instagram.  Dengan ini tidak akan timbul masalah makcik menegur gambar anak anda separuh bogel di dalam kolam mandi di kongsi kepada umum atapun seperti yang berlaku kepada ramai golongan artis sekarang peminat mengutuk anak artis yang dikatakan tidak bersolat dengan sempurna. Ada di antara anda pastinya berkata “lebih baik jangan berkongsi foto sebegini”. Ini adalah benar tetapi di dunia sekarang perkongsian di media sosial sudah menjadi kebiasaan dan ada baiknya sistem perkongsian berasaskan kumpulan tertentu diwujudkan. Anda boleh menetapkan dimanakah anda mahu meletakkan individu yang mengikuti akaun anda secara manual ataupun diimport dari Facebook.

Sistem Susunan Gambar Di Dalam Album Tertentu
Berapakah jumlah foto yang ada di dalam akuan Instagram anda sekarang? Kami mempunyai 1757 gambar sekarang dan ini kerana ketiadaan sistem susunan sistematik, sukar untuk kami mencari gambar-gambar tertentu. Alangkah baiknya jika anda boleh menyusun gambar -gambar anda ke dalam fail-fail tertentu. Gambar bercuti di dalam fail bercuti dan gambar selfie di kubur di dalam fail bernama “gambar yang kami berdoa tidak akan tertiris ke arena web dan kemudian digelakkan oleh orang ramai”. Sebagai contoh kami mempunyai gambar isteri mengandung dan selepas bersalin. Kami mahu gambar-gambar ini diletakkan di dalam fail khas supaya apabila anak kami besar kelak senang bagi kami menunjukkan rupa ibu mereka ketika mengandung tanpa perlu mentatal ribuan gambar yang tidak berkenaan.

Kawalan Ruangan Komen
“Visit My IG” dan “Tudung Ikan Keli murah murah di instagram saya” adalah dua contoh komen menjengkelkan yang kerap kami lihat di Instagram teman-teman dan artis terkemuka. Mungkin sudah tiba masanya sistem kawalan ruangan komen juga dibenarkan. Kami rasakan fungsi menapis komen sebelum dipaparkan pastinya akan disambut baik individu yang kerap ruangan komen mereka menjadi kawasan menabur iklan tidak diundang dan berbayar. Kadang kala ruangan komen menjadi tempat orang ramai berdebat isu semasa sehingga berlaku pertelagahan. Biasanya apabila ini berlaku gambar yang menyebabkan debat berlaku akan dipadam. Dengan sistem kawalan komen anda kini boleh menutup ruangan komen dan membiarkan gambar kekal pada Instagram anda.

Kolum Berbeza Untuk Komen dan Like
Jika anda mempunyai ribuan pengikut di Instagram perkara yang sukar dilakukan ialah melihat komen -komen yang ditinggalkan. Instagram meletakkan notifikasi pengikut baru, komen baru dan like yang anda terima di dalam ruangan yang sama. Ini mengakibatkan kadang kala komen yang ditinggalkan tidak berjawab dan anda kemudian dikatakan sombong/lupa diri .Kami berharap notifikasi komen, like dan pengikut baru akaun anda dipisahkan. Paling penting sekali ada ruangan khas hanya untuk melihat komen yang ditinggalkan. Kini tidak perlu lagi kami mentatal ribuan notifikasi yang kami terima semata-mata untuk melihat komen yang ditinggalkan. Fungsi ini sangat relevan kepada selebriti Instagram yang mempunyai ribuan pengikut seperti Nisa Kay. Kegagalan menjawab komen dari peminat boleh menyebabkan hati peminat terguris walaupun tidak disengajakan. Pemisahan ruangan komen dapat mengelakkan ini dari berlaku.

Penambahan Maklumat Geolokasi Selepas Gambar Dimuat Naik
Tag geolokasi gambar ialah fungsi yang kami gunakan bagi memudahkan kami mengingati di manakah gambar diambil. Ianya fungsi yang tidak penting bagi kesemua pengguna Instagram tetapi bagi kami lokasi gambar yang diambil adalah penting untuk rujukan di masa hadapan. Mengapa kami mengatakan begini? Pernahkah anda melihat foto lama Bandaraya Kuala Lumpur yang diambil 50 tahun yang lalu. Kami yakin benda pertama yang muncul di dalam kepala anda ialah lokasi gambar ini diambil. Signifikan lokasi gambar hanya akan anda ketahui di masa hadapan apabila ianya berubah dengan arus masa. Tetapi kadang kala kami terlupa untuk meletakkan lokasi gambar diambil atas sebab tergesa-gesa ataupun masalah GPS yang bakal mengesan lokasi ketika gambar ingin dimuat naik (ini berlaku hampir 70% setiap kali gambar ingin dimuat naik). Pada waktu ini gambar yang dimuat naik tanpa maklumat geolokasi tidak boleh disunting untuk meletakkan maklumat geolokasinya kemudian. Kami berharap fungsi penambahan geolokasi pasca dimuat naik akan wujud di masa hadapan. Bagaimana pula dengan anda? Apakah fungsi yang ingin wujud pada aplikasi perkongsian gambar paling popular ini? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s