RSS

9 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

23 Nov

Hari demi hari, pelbagai peranti mudah-alih baru hadir ke pasaran, dan perkara ini membuatkan ramai yang sering berganti dan bertukar peranti mereka kepada peranti baru, sekaligus menjadikan peranti lama terbiar begitu sahaja. Sekiranya peranti anda sebelum ini adalah peranti berasaskan Android, anda boleh melakukan beberapa perkara menarik menggunakannya, dan tidak membiarkan peranti lama terbiar begitu sahaja di rumah anda.

1. Jual
Seperti biasa, salah satu perkara utama yang boleh dilakukan apabila anda mempunyai peranti yang tidak digunakan adalah menjualnya. Untuk pengguna tempatan, anda boleh menjual sesuatu peranti itu di beberapa laman popular, seperti di Lelong, Mudah dan sebagainya. Terdapat beberapa kedai telefon yang turut membeli peranti terpakai daripada pengguna – namun harga yang ditawarkan mereka mungkin tidak begitu tinggi (memandangkan mereka perlu membuat keuntungan melaluinya). Selain menjualnya, anda juga turut boleh memberikan peranti tersebut kepada ahli keluarga terdekat yang mempunyai peranti yang lebih lama daripada peranti terpakai anda.

2. Menggunakannya Untuk Mempelajari Pengodaman Android
Ramai yang tidak begitu gemar mempelajari cara untuk root ataupun flash sesuatu ROM pada peranti utama mereka. Namun, sekiranya anda mempunyai peranti terpakai yang tidak digunakan, anda boleh mempelajari perkara ini dan memberikan kembali nafas baru kepada telefon pintar terpakai anda itu.

3. Menggunakannya Sebagai Modem Hotspot
Sekiranya anda mempunyai SIM tambahan dengan langganan data, anda boleh menggunakan peranti terpakai anda itu untuk digunakan sebagai modem mudah-alih untuk berkongsi akses internet bersama-sama beberapa peranti lain.

4. Mendedikasikan Untuk Tujuan Bacaan
Sekiranya anda mempunyai tablet ataupun phablet terpakai, salah satu perkara yang anda boleh lakukan anda menggunakannya sebagai tablet bacaan tetap. Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan bahan bacaan menarik, termasuk Google Play Books, Pulse, Flipboard, Zinio, dan sebagainya. Anda juga boleh memasang aplikasi daripada penerbit akhbar tempatan seperti Harian Metro, Berita Harian dan sebagainya, dan menggunakan tablet atau phablet anda itu untuk mengakses bahan bacaan berita harian menggunakannya.

5. Menggunakannya Sebagai Bingkai Gambar Atau Jam Digital

Bagi anda yang mempunyai meja komputer atau meja kerja, salah satu perkara menarik yang boleh dilakukan adalah dengan mengubahnya menjadi bingkai gambar digital ataupun mengubahnya untuk memaparkan masa. Antara aplikasi menarik yang membantu untuk perkara ini adalah Dayframe (untuk bingkai gambar digital), ataupun Timely (untuk mengubahnya menjadi jam digital).

6. Alat Kawalan Untuk Televisyen Dan Komputer

Bagi anda yang aktif menggunakan televisyen, salah satu perkara yang anda boleh gunakan peranti Android lama adalah mengubahnya menjadi alat kawalan jauh, dan memainkan media menggunakannya. Untuk memudahkan perkara ini, anda mungkin boleh mendapatkan Chromecast yang dijual sekitar RM150 di Malaysia, dan anda boleh memainkan pelbagai perkara, termasuk dari YouTube dengan mudah menggunakannya. Selain pada televisyen, anda juga turut boleh menggunakan aplikais seperti Gmote untuk mengawal komputer anda, termasuk untuk memainkan muzik pada komputer, mengawal fail PowerPoint, serta menggunakannya sebagai touchpad.

7. Menggunakannya Sebagai Kamera Keselamatan
Telefon pintar Android pada hari ini sering hadir dengan sokongan kamera. Salah satu perkara yang anda boleh lakukan dengan peranti Android lama adalah dengan menggunakannya, dan mengubah ia kepada kamera keselamatan berasaskan web. Untuk mengubah peranti anda sebagai kamera keselamatan, salah satu aplikasi yang memudahkannya adalah IP Webcam. Sebaik sahaja selesai memasangnya pada peranti, anda boleh mengaktifkannya dan melihat perkembangan daripada lensa peranti anda menggunakan pelayar web di komputer anda.

8. Mengubahnya Menjadi Peranti Mesra Kanak-Kanak

Pada hari ini, boleh dikatakan budak-budak kecil sudah mula pandai menggunakan peranti pintar. Daripada membeli peranti baru, anda boleh mengubah peranti Android 2.2 dan terkini kepada peranti mesra kanak-kanak. Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan perkara tersebut, dan salah satunya adalah Zoodles Kid Mode. Ia membolehkan anda menetapkan aplikasi yang boleh diakses, termasuk dengan kandungan yang mesra kanak-kanak dengan mudah.

9. Menggunakannya Sebagai GPS Dalam Kenderaan

Untuk Android, terdapat beberapa aplikasi pemetaan yang hadir dengan sokongan untuk memuat-turun data pemetaan dan menggunakannya secara offline. Perkara ini sekaligus akan membolehkan anda untuk menggunakan telefon pintar Android lama anda sebagai GPS dalam kenderaan, serta menggunakan pengecas dalam kenderaan untuk tujuan pengecasan peranti tersebut. Selain daripada ini, terdapat beberapa kegunaan lain yang turut anda boleh gunakan untuk peranti Android terpakai anda, dan antaranya adalah menyumbangkan tenaga pemprosesannya untuk tujuan sains, menggunakannya sebagai bahan rujukan resipi di dapur, serta beberapa perkara lain. Jika anda turut mempunyai idea menarik untuk menggunakan peranti Android terpakai anda, jangan lupa kongsikannya bersama kami melalui ruangan komen dibawah.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s