RSS

Acer Aspire V 15 Nitro Black Edition

23 Nov

Kami harus mengaku bahawa kami adalah seorang “gamer” tegar yang kini sudah pencen dari arena bermain permainan komputer. Kali pertama kami berjinak-jinak dengan permainan komputer ialah pada tahun 1986 pada usia 7 tahun dengan konsol Atari 2600 Junior. Sejak dari hari itu kami memiliki sekurang-kurangnya satu konsol dari setiap generasi yang dihasilkan. Kami hanya berjinak-jinak dengan permainan komputer pada platform PC pada tahun 1995. Seperti kebanyakan orang muda kami menghabiskan puluhan jam menembak, membunuh, membina markas dan mengawal watak permainan komputer.Tetapi sejak berkahwin dan kini mempunyai seorang anak, mana untuk permainan komputer ialah sebuah kemewahan yang tidak lagi kami miliki. Jadi apabila kami menerima seunit Acer Aspire V 15 Nitro Black Edition, kami kini mempunyai alasan untuk diberikan kepada orang rumah untuk bermain permainan komputer untuk beberapa minggu lalu. Acer Aspire V15 Nitro Black Edition ialah sebuah komputer riba yang direka khas untuk golongan pencinta permainan komputer. Dari segi spesifikasi ianya dilengkapi pemproses 2.5GHz Intel Core i7-4710HQ , RAM GDDR5 12 Gigabyte, muatan dalaman 1 Terabyte + 8 GB SSD dan kad grafik Nvidia Geforce GTX 860M (2 Gigabyte) . Spesifikasi komputer riba adalah jauh lebih baik dari spesifikasi komputer desktop yang kami gunakan di rumah untuk tujuan bermain permainan komputer. Ia juga dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD HD Penuh, 3 slot USB 3.0, 1 slot LAN, 1 pembaca kad SD dan satu port output HDMI bersaiz penuh. Spesifikasi komputer riba ini memang cukup tinggi tetapi agak aneh skrin yang digunakan tidak menyokong fungsi skrin sesentuh. Secara peribadi kami merasakan sistem operasi Windows 8.1 64 bit yang disertakan dapat digunakan dengan lebih pantas dan mudah sekiranya fungsi skrin sesentuh digunakan. Kami juga sudah terbiasa menggunakan sistem operasi ini dengan sokongan skrin sesentuh. Ketiadaannya sedikit sebanyak membuatkan ianya agak canggung untuk digunakan. Turut tidak disertakan ialah pemacu optik. Pemacu optik mungkin sudah mula dianggap sebagai teknologi kuno tetapi dengan saiz casis yang besar kami merasakan jika ianya disertakan pastinya pakej komputer riba ini terasa lebih lengkap. Dari segi kemasan keseluruhan komputer riba ini diperbuat daripada bahan plastik dengan beberapa bahagian seperti engsel skrin diperbuat daripada bahan saduran logam. Panel penutup mempunyai tekstur kasar manakala pada bahagian bawah pula ianya diselaputi bahan bergetah yang kesat.Papan kekunci penuh dari jenis chicklet disertakan lengkap dengan kekunci bernombor. Papan kekunci ini dilengkapi lampu bewarna merah. Apabila digunakan papan kekunci yang menyala membuatkan Aspire V15 Nitro Black Edition kelihatan agresif. Dari segi kemampuan audio pula komputer riba ini dilengkapi dengan empat pembesar suara dengan Dolby Digital Plus Home Theater. Dari segi audio kami menyedari kualiti bunyi  pembesar suara adalah lebih baik dari sistem pembesar suara komputer riba biasa. Sungguhpun begitu kerana ianya terletak di bahagian bawah komputer, bunyi yang dihasilkan adalah sedikit teredam (muffled). Kami masih menantikan sistem seumpama Boomsound HTC digunapakai pada sebuah komputer riba. Jika HTC One mampu mempunyai sistem audio yang mantap bagi sebuah peranti bersaiz kecil masakan pengeluar komputer riba tidak boleh menggunakan teknologi yang sama untuk komputer riba yang 9 kali ganda lebih besar?  Alasan yang selalu diberikan ialah pengguna komputer riba lebih gemar menggunakan fon kepala dari pembesar suara terbina. Kami tidak merasakan ini adalah alasan yang cukup baik. Sebab utama fon kepala digunakan adalah kerana pembesar suara komputer riba yang majoritinya boleh dikategorikan sebagai sampah. Aspire  V15 Nitro Black Edition ialah komputer riba yang besar dan tebal dengan berat mencecah 2.4 kilogram. Dari segi perbandingan saiz, komputer riba ini besar sedikit dari sebuah MacBook Pro 15″.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s