RSS

Adobe Memperkenalkan Sejumlah Aplikasi Baru Untuk iOS

23 Nov

Adobe sedia mempunyai beberapa aplikasi mudah-alih untuk platform iOS, dan kini dengan fokus terhadap Creative Cloud, pihak Adobe hari ini memperkenalkan beberapa aplikasi baru untuk pengguna peranti mudah-alih. Melalui pengumuman yang dilakukan oleh pihak Adobe hari ini, sehingga 9 aplikasi diumumkan – yang mana meliputi aplikasi baru dan juga kemaskini untuk aplikasi sedia ada. Kesemuanya hadir untuk pengguna iOS, dan Adobe masih belum berkongsi akan bilakah kemaskini dan penawaran sama akan hadir ke Android. Antara aplikasi baru yang diperkenalkan oleh Adobe untuk iOS hari ini adalah Adobe Premiere Clip, Adobe Brush CC, Adobe Shape CC, Adobe Illustrator Draw, dan Adobe Color CC. Adobe Premiere Clip merupakan salah satu aplikasi daripada Adobe yang memfokuskan kepada penyuntingan video terus pada peranti mudah-alih, membolehkan anda merakamkan video dan membuat penyuntingan terus menggunakannya. Adobe Brush CC pula merupakan aplikasi mudah-alih daripada Adobe, dalam memudahkan pengguna membuat brush kreatif daripada sebarang gambar yang digemari – seterusnya menggunakan ia pada perisian seperti Photoshop, Illustrator dan juga Sketch. Adobe Shape CC pula membawakan fungsi lebih kurang seperti Brush CC, tetapi ia lebih memfokuskan kepada menggunakan peranti mudah-alih dalam membuat bentuk yang digemari, membuat vector, dan seterusnya mengakses ia menggunakan Photoshop CC, Illustrator CC dan sebagainya. Adobe Illustrator Draw turut sama memfokuskan kepada vector, dimana menggunakannya pengguna boleh melukis menggunakan peranti mudah-alih, dan turut menggunakan lukisan tersebut pada perisian Illustrator CC di desktop. Memandangkan ia memfokuskan kepada lukisan, maka ia hanya boleh digunakan pada iPad sahaja buat masa ini. Adobe Color CC pula merupakan penjenamaan semula kepada aplikasi Adobe Kuler, dimana ia membolehkan anda bermain-main dengan warna – dan pengguna boleh merakamkan sebarang gambar, dan memilih warna daripadanya untuk digunakan pada hasil mereka kelak. Selain daripada itu, pihak Adobe turut menjenamakan semula aplikasi Adobe Ideas kepada Adobe Illustrator Draw, sementara Photoshop Mix kini menyokong iPhone, Photoshop Sketch dengan sokongan integrasi Photoshop CC, Lightroom Mobile kini menyokong komentar pada gambar, dan Illustrator Line yang kini menyokong kebolehan sync kepada perisian Illustrator di desktop.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s