RSS

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai TMgo

23 Nov

TMgo merupakan salah satu perkhidmatan yang sedia dinantikan ramai, apatah lagi ia memperlihatkan perubahan pihak Telekom Malaysia dalam beralih dari penyedia jalur-lebar berwayar kepada penyedia jalur-lebar tanpa-wayar dan hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Berbeza dengan penyedia mudah-alih yang lain, perkhidmatan 4G LTE daripada Telekom Malaysia ini dilihat merupakan sebahagian daripada pembaharuan rangkaian CDMA milik TM sebelum ini, serta merupakan salah satu evolusi TM ke arah penyepaduan sebenar (True Convergence). Melalui laman rasmi TMgo yang telah diterbitkan TM hari ini, mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil. Dengan pengenalan pelbagai produk baru, salah satu perkara yang akan menjadi tumpuan adalah harga tawarannya. Untuk TMgo, ia hadir dalam bentuk prabayar, dimana pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna akan diperlukan untuk menambah-nilai berdasarkan kuota data yang diperlukan dan bergantung kepada tempoh masa yang diinginkan. Sebelum dapat menggunakan TMgo, pengguna akan diperlukan membeli pakej permulaannya yang hadir dengan modem mudah-alih. Dua modem ditawarkan, iaitu 4G Mobile Adapter – yang mana membawakan sambungan USB untuk digunakan, dan juga 4G Mobile Router yang mana merupakan MiFi yang boleh digunakan oleh sehingga lima pengguna pada sesuatu masa. TMgo 4G Mobile Adapter ditawarkan pada harga pengenalan RM115, yang mana hadir dengan kad-SIM, modem mudah-alih yang dihubungkan melalui USB, kuota percuma sebanyak 2GB, dan kuota bonus sebanyak 500MB selama 6 bulan. TMgo 4G Mobile Router pula hadir dengan pakej yang sama, tetapi digantikan dengan modem MiFi, serta ditawarkan pada harga pengenalan RM315. Bercakap mengenai modem, TMgo hanya menyokong model D-Link DWR-922 (FWT), dan juga D-Link DWR-930 (MiFi) sahaja buat masa ini, dan tidak menjamin keserasian peranti lain dengan rangkaian 4G LTE TMgo buat masa ini. Memandangkan mereka menggunakan gelombang yang berbeza, maka untuk mengakses pada telefon pintar atau tablet – pengguna perlu menggunakannya melalui MiFi mereka. TMgo 4G LTE menggunakan spektrum 850Mhz untuk beroperasi. Untuk tambah nilai, pihak Telekom Malaysia menawarkan 1GB pada harga RM10, 3.5GB pada harga RM30 dan 6GB pada harga RM50. Tambah nilai boleh dibeli melalui cawangan TMpoint, dan juga semua rangkaian e-Pay seluruh negara. Memandangkan pihak Telekom Malaysia ingin menyasarkan pengguna dikawasan yang kurang menerima liputan jalur-lebar berkelajuan tinggi terlebih dahulu, maka beberapa kawasan terhad sahaja menerima perkhidmatan ini buat masa ini. Melalui gambar peta yang diterbitkan pihak Telekom Malaysia, zon liputan ini meliputi beberapa daerah di Kedah dan Melaka buat masa ini. Di Kedah, antara lokasi yang menerima perkhidmatan TMgo ini adalah Pendang, Tokai, Alor Setar, dan beberapa lokasi berdekatan yang lain. Beberapa lokasi sekitar Melaka juga turut diliputi dengan rangkaian 4G LTE daripada TMgo ini. Menariknya, beberapa lokasi di Lembah Klang turut mempunyai akses untuknya, dan antaranya adalah di Putrajaya, serta kawasan berdekatan Bangsar. Ini merupakan antara info awal yang telah diterbitkan oleh pihak Telekom Malaysia pada halaman rasmi TMgo. Kami akan membawakan liputan lanjutan daripada pelancaran rasmi TMgo di Kedah, disamping akan turut memperlihatkan beberapa ujian awal menggunakan rangkaian TMgo ini kelak pada petang hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s