RSS

Astro Hadir Dengan Perkhidmatan Memfokuskan Radio, Podcast Dan Audio Dinamakan Raku

23 Nov

Perkhidmatan penstriman audio seperti Spotify, Deezer dan Rdio mempunyai peminatnya tersendiri di pasaran tempatan. Bercakap mengenai perkhidmatan tempatan sendiri, kita ada WowLoud dan TonTon Music daripada pihak Media Prima. Menyertai arena sama dengan sedikit perbezaan kini adalah Astro dengan Raku. Raku merupakan perkhidmatan memfokuskan kepada radio, dimna mereka melengkapkan aplikasi tersebut dengan pelbagai saluran radio dibawah Astro. Disamping itu, Raku turut dilengkapi dengan sokongan Radio Digital dan juga “Radio On Demand”. Perkhidmatan ini hanya khusus untuk pengguna Malaysia sahaja, dan sekiranya anda berada di luar Malaysia, tidak boleh mendengar sebarang siaran. Pihak Astro turut bekerjasama dengan beberapa pihak dalam menjayakannya, termasuk salah satunya adalah 7Digital. Perkara ini mungkin lebih memfokuskan kepada sokongan “Discover” yang ditawarkan pada perkhidmatan tersebut. Disamping perkhidmatan Radio, salah satu perkara menarik pada Raku adalah podcast yang mana merupakan koleksi audio dengan fokus terhadap beberapa perbincangan. Astro mengatakan mereka membawakan penawaran daripada podcast tempatan dan antarabangsa pada Raku. Untuk menggunakan perkhidmatan Raku ini, ia adalah percuma. Pihak Astro memaparkan sokongan menggunakannya dengan akaun Astro atau Facebook Connect. Kami telah mencubanya dengan akaun Facebook, dan ia dilihat boleh berfungsi dengan lancar. Rekabentuk web dan perkhidmatan Raku ini amat kemas bagi kami, namun disebabkan ia tidak ditawarkan untuk pengguna luar Malaysia, maka ia suatu yang mendukacitakan – memandangkan pengguna tempatan yang berada di luar negara tidak boleh menikmatinya. Ia tidak diketahui sama ada pihak Astro akan menambah penawaran lagu dan album seperti Spotify dan lain-lain pada perkhidmatan ini ataupun sebaliknya. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan ini di web, atau mencuba aplikasi Android atau iOS mereka. Layari : Raku

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s