RSS

Asus Padfone S

23 Nov

Asus Padfone merupakan salah satu keluarga peranti daripada pihak Asus, yang mana memfokuskan kepada peranti berbentuk hibrid – membolehkan telefon pintar digabungkan dengan sebuah dock untuk menggunakannya sebagai tablet. Terkini, mereka telah hadir dengan Padfone S yang mana membawakan kemaskini dari segi spesifikasi dan fungsi yang disertakan. Di Malaysia, Asus Padfone S akan ditawarkan secara berasingan antara telefon dan juga dock Padfone Station-nya. Apa yang menariknya mengenai Padfone S adalah dimana dengan persaingan sengit dengan pelbagai pengeluar peranti lain, pihak Asus turut mengambil langkah drastik dan akan menawarkan telefon pintar Padfone S pada harga RM899, sementara Padfone Station akan dijual berasingan pada harga RM499. Asus Padfone S membawakan skrin bersaiz 5-inci, dan membawakan bingkai bahagian tepi dengan rekaan seumpama logam, sementara kerangka dibina berasaskan kepada plastik. Ruangan kad-SIM dan mikro-SD terletak pada bahagian belakang disebalik kerangka belakang. Berbeza dengan beberapa peranti lain, untuk membuka kerangka belakang ia kelihatan agak sukar dan ketat. Perkara ini mungkin bukan sesuatu masalah besar memandangkan tidak semua membuka kerangka belakang setiap masa. Pada bahagian hadapan pihak Asus menyertakan kamera 2-megapixel untuk rakaman gambar selfie dan panggilan video, sementara pada bahagian belakang ia menyertakan sensor 13-megapixel dengan sokongan teknologi PixelMaster. Untuk pemprosesan, pihak Asus menyertakan Snapdragon 801 2.3Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE, serta bateri berkapasiti 2300mAh. Untuk bahagian Padfone Station pula, pihak Asus akan menjualnya secara berasingan di Malaysia pada harga sekitar RM499. Ia akan hadir dengan skrin 9-inci, menyertakan bateri tambahan pada kapasiti 4990mAh, serta dilengkapi dengan dwi-speaker pada bahagian hadapan. Asus Padfone S ini dilengkapi dengan kuasa pemprosesan yang tinggi, dan pihak Asus turut melengkapkan ia dengan antaramuka ZenUI daripada mereka yang menyertakan beberapa fungsi tambahan untuk peranti berasaskan Android 4.4 KitKat ini. Dari segi antaramuka, walaupun ia tidak membawakan perubahan drastik berbanding antaramuka asas Android, namun pihak Asus dilihat menyertakan beberapa perubahan elemen, termasuk rekaan ikon dan pelbagai elemen dengan rekaan yang mendatar. Pihak Asus turut sama melengkapkan ia dengan beberapa fungsi tambahan, lebih kurang beberapa peranti berspesifikasi tinggi lain di pasaran. Salah satunya adalah sokongan dinamakan sebagai Smart Saving Mode yang mana membolehkan pengguna menggunakan mod pengoptimasian bateri untuk membolehkan pengguna menggunakan peranti bagi tempoh yang lebih lama. Disamping itu, Asus turut menyertakan fungsi kawalan kebenaran pada peranti, dimana pengguna boleh mengakses apakah kebenaran yang diperlukan oleh setiap aplikasi, dan seterusnya menetapkan kebenaran mengikut kehendak pengguna. Perkara lain yang turut disertakan adalah aplikasi To-Do Task, dan juga Party Link. Beberapa elemen seumpama Material Design dilihat diintegrasikan pada beberapa aplikasi, termasuk salah satunya pada aplikasi permesejan. Pada bahagian kamera pula, pihak Asus membawakan beberapa fungsi, termasuk untuk selfie, kebolehan membuat animasi GIF, merakamkan gambar pada keadaan cahaya rendah, rakaman HDR, dan pelbagai mod lain. Secara kasar, boleh dikatakan peranti ini agak berbaloi untuk dimiliki pada harga yang ditawarkan oleh Asus Malaysia. Padfone S dilihat menyertakan spesifikasi yang tinggi, selain mana menggunakan Android 4.4 dan ZenUI yang tidak menggunakan pemprosesan yang agak tinggi. Perkara ini sekaligus akan memudahkan pengguna menjalankan aplikasi seperti permainan dan sebagainya dengan lebih efektif menggunakan peranti ini. Langkah pihak Asus menawarkan telefon pintar dan Padfone Station secara berasingan juga boleh dikatakan mungkin akan menarik lebih ramai pengguna untuk mendapatkan peranti ini. Apatah lagi perbezaan harga jikalau dibandingkan dengan peranti Padfone sebelum ini yang dijual pada harga melangkaui RM2,000. Apa pun, inii hanya sekadar pandang pertama secara ringkas sahaja, dan mungkin kami akan membawakan ulasan penuh sebaik sahaja peranti ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Asus Malaysia bakal menawarkan peranti ini di Malaysia bermula pertengahan Oktober ini.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s