RSS

Bagaimana Mendapatkan Kembali Fail Yang Terpadam Tanpa Sengaja Pada Kad-SD Atau Storan USB?

23 Nov

Salah satu perkara yang menjadi igauan ramai yang menggunakan storan berasaskan USB ataupun kad-SD adalah apabila peranti tersebut menghadapi masalah ketika digunakan, dan secara tiba-tiba meminta pengguna untuk format ia sebelum dapat terus menggunakannya. Dengan membuat perkara berkenaan, kebanyakkan fail yang tersimpan akan terpadam – sekaligus membuatkan ramai yang hilang akan hasil kerja mereka, terutamanya dokumen dan juga gambar yang dirakamkan. Untuk mengatasi perkara tersebut, dan membolehkan pengguna mendapatkan kembali fail yang tersimpan didalam sesuatu kad-SD atau sebarang storan, terdapat beberapa perisian yang membantu. Salah satu yang popular adalah Recuva. Recuva dibangunkan oleh Piriform, yang mana turut membangunkan salah satu perisian popular untuk Windows – iaitu CCleaner. Untuk mula mendapatkan kembali fail dalam sesuatu storan selepas di format, anda hanya perlu menghubungkan ia ke komputer, dan seterusnya memulakan perisian Recuva pada komputer berkenaan. Sebelum memulakan proses, pengguna akan ditanya berkenaan beberapa perkara. Perkara pertama yang akan ditanya adalah berkenaan jenis fail yang ingin diselamatkan kembali. Ia dibahagikan kepada beberapa perkara,termasuk dokumen, gambar, lagu, video dan sebagainya. Selesai membuat tetapan berkenaan, pengguna akan diminta untuk memilih lokasi sesuatu fail berkenaan disimpan. Memandangkan proses mendapatkan semula fail ini agak lama, maka anda dinasihatkan untuk memilih suatu lokasi spesifik, sekaligus menjadikan proses recovery ini lebih pantas. Dan akhir sekali, sebelum memulakan proses, pengguna akan diminta untuk memilih mod biasa, ataupun Deep Scan. Daripada percubaan kami, penggunaan mod biasa sering kali gagal dan tidak mendatangkan hasil yang diinginkan – sebaliknya selalu berjaya dengan penggunaan Deep Scan. Proses pengimbasan akan dilakukan untuk fail-fail yang terpadam. Ia akan mengambil masa yang agak lama, bergantung kepada saiz storan yang diimbas dan jumlah fail yang ingin didapatkan kembali. Dan selesai sahaja pengimbasan, pengguna akan dipaparkan dengan sebuah tetingkap khusus untuk mereka melihat gambar thumbnail sesuatu dokumen atau gambar yang ingin didapatkan kembali, dan memilih fungsi Recover untuk mendapatkannya kembali. Daripada percubaan penuh kami, selalunya kebanyakkan gambar atau dokumen berjaya didapatkan kembali, dan terdapat sesetengahnya tidak berjaya didapatkan. Bagi anda yang menghadapi masalah USB atau kad-SD yang membuatkan anda perlu format kembali – ataupun sekiranya terpadam sesuatu dokumen secara tidak sengaja, mungkin perisian ini boleh digunakan, sekaligus membolehkan anda mendapatkan kembali dokumen atau fail anda. Muat-Turun Recuva untuk Windows

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s