RSS

Huawei Ascend Mediapad X1

23 Nov

Pasaran tablet sudah mencapai kemuncaknya menurut beberapa pandangan analisis. Jualan tablet masih lagi lebih banyak dari jualan PC namun jumlah jualan sudah semakin menurun. Ini adalah kerana tidak seperti telefon pintar, majoriti pemilik tablet tidak merasakan adalah perlu menukar tablet milik mereka setiap kali model baru memasuki pasaran. Sungguhpun begitu ini tidak menghalang pengeluar dari terus mengeluarkan tablet baru di pasaran. Kami menyedari aliran semasa di kalangan pengguna sekarang ialah membeli tablet bersaiz 7″. Tablet ini dilihat lebih mudah digunakan dengan harga berpatutan yang diletakkan di antara harga sebuah tablet 10″ dan telefon pintar. Huawei Mediapad X1 ialah sebuah lagi tablet 7″ yang memasuki pasaran tempatan. Ianya mempunyai fungsi telefoni dan menyokong rangkaian LTE terkini. Skrin sebesar 7″ tablet ini adalah dari keluarga LCD IPS dan mempunyai resolusi 1200 x 1920 pixel. Ia diperkasakan pemproses 1.6 GHz empat teras Hisilicon Kirin 910 dengan RAM sebesar 2 Gigabyte. Muatan dalaman pula ialah 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Kamera utama adalah sebesar 13 Megapixel (dengan flash) manakala kamera hadapan pula ialah sebesar 5 Megapixel. Kedua – dua kamera mengambil video pada resolusi HD Penuh 30 frame setiap saat. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh. Ini sekaligus meletakkan Mediapad X1 sebagai tablet yang mempunyai kamera utama terbesar yang pernah kami ulas. Kebanyakan tablet mempunyai kamera utama dengan saiz sensor kurang dari 10 Megapixel. Tiada butang fizikal ataupun kapasitif pada bahagian hadapan peranti. Kesemua butang navigasi adalah dari jenis paparan atas skrin.

Butang home dihimpit butang back pada bahagian kiri manakala butang multi tasking terletak di bahagian kanan. Kemasan logam digunakan pada bahagian tepi peranti dengan butang kawalan suara dan kuasa terletak pada bahagian kanan peranti. Pada bahagian yang sama terletak slot untuk kad MikroSD dan MikroSIM. Kedua- dua slot ini adalah dari jenis yang perlu dicucuk menggunakan jarum sebelum ianya boleh dibuka. Panel belakang diperbuat daripada logam dengan dua jalur pada bahagian atas serta bawah diperbuat daripada plastik. Pada bahagian bawah belakang juga terdapat sebuah pembesar suara mono. Secara keseluruhan binaan peranti ini adalah baik dan ianya selesa dipegang. Dari segi spesifikasi Mediapad X1 tidak banyak berbeza dari Huawei Ascend P7 yang kamu ulas minggu lalu. Perbezaan utama ialah pemproses Mediapad ialah 1.6 GHz empat teras berbanding 1.8 GHz empat teras. Resolusi skrin Mediapad juga lebih besar dengan 1200 x 1950 pixel berbanding 1080  x 1920 pixel. Kerana saiz skrin yang lebih besar muka hadapan peranti boleh diletakkan 5 ikon secara mendatar berbanding 4 sahaja pada Ascend P7. Tidak seperti Ascend P7, Mediapad masih menggunakan antaramuka Emotion Engine versi lama iaitu versi 2.0. Maka tiada sokongan pintasan pantas melancarkan aplikasi kamera dengan memutarkan peranti dan menekan butang suara untuk mengambil gambar dengan pantas. Versi Android yang digunakan juga masih 4.2.2 Jelly Bean. Seperti peranti – peranti Huawei yang lain, terdapat aplikasi tema yang memudahkan anda melakukan kustomasi rupa antaramuka. Anda juga boleh melakukan kustomasi animasi apabila tatalan dilakukan dari skrin ke skrin.

Sungguhpun ia sebuah tablet, Mediapad X1 tidak dilengkapi dengan sebarang aplikasi khas tablet. Tiada sokongan melancarkan 2 aplikasi sekaligus seperti yang ada pada tablet Samsung. Jika ada kekurangan dari sudut perisian inilah yang paling nyata. Antaramuka Emotion Engine juga tidak mempunyai talam aplikasi. Kami lebih menyukai antaramuka yang mempunyai talam aplikasi kerana ianya pada pendapat kami kelihatan lebih kemas. Tablet ini mampu melakukan panggilan telefon dan menerima SMS. Kualiti panggilan adalah jelas walaupun adakah canggung untuk digunakan kerana saiz tablet yang besar. Setiap kali kami menjawab panggilan telefon orang ramai akan melihat kami dengan wajah yang aneh. Jika anda mahu memiliki Mediapad kami sarankan anda turut membeli kit bebas tangan Blueetooth. Sensor kamera sebesar 13 Megapixel digunakan pada bahagian belakang dengan flash dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Saiz kamera utama ini sama dengan yang ada pada Huawei Ascend P7 yang pada hemat kami mengambil gambar dengan kualiti yang amat baik. Aneh sekali kualiti gambar pada Mediapad X1 adalah sedikit mengecewakan. Sungguhpun mempunyai saiz sensor terbesar untuk tablet yang pernah kami uji, gambar yang diambil mempunyai masalah noise yang ketara. Ini dapat dilihat dengan jelas di dalam situasi pencahayaan yang rendah. Masalah dedahan berlebihan juga berlaku apabila gambar diambil di kawasan yang terang. Merujuk pada gambar – gambar di bawah anda boleh melihat warna putih yang terlalu terang pada gambar konsol Dreamcast yang kami ambil. Begitu juga pada gambar kawasan letak kereta.

Kualiti gambar walau bagaimanapun masih lebih baik jika dibandingkan dengan gambar diambil menggunakan Galaxy Tab 4 ataupun mana-mana tablet lain di pasaran. Pemproses 1.6 GHz empat teras Hisilicon Kirin 910 digunakan pada Mediapad X1. Dari markah penanda aras di bawah jelas kelihatan ianya mampu mengalahkan markah yang dicatatkan Samsung Galaxy Tab 4 yang kami ulas sebelum ini. Sungguhpun begitu ia masih belum dapat mengalahkan Galaxy Note 10.1 dan Galaxy Note Pro 12.2. Sepanjang tempoh penggunaan peranti berfungsi dengan baik tetapi mempunyai masalah sela masa apabila terlalu banyak aplikasi dilancarkan serentak. Ini adalah sedikit mengecewakan keran telefon pintar Huawei P7 yang kami ulas sebelum ini menggunakan cip pemproses yang sama tetapi tidak mempunyai masalah ini. Mungkin ini adalah kerana resolusi skrin pada Mediapad adalah lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak kuasa pemproses. Mediapad X1 dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh . Dalam penggunaan paling ringan ia bertahan melebihi 36 jam. Pada penggunaan sederhana pula ia mencatatkan hayat 23 Jam 10 minit manakala pada penggunaan paling berat ia bertahan selama 10 jam 52 minit. Jelas sekali hayat peranti ini adalah sangat memuaskan. Harus diingatkan purata hayat kebanyakan peranti yang kami ulas apabila digunakan dengan berat ialah sekitar 9 jam. Jadi tidak perlu risau sekiranya peranti ini dibawa keluar. Anda tidak memerlukan sebuah power bank apabila memilikinya.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s