RSS

Inbox – Google Cuba Memudahkan Pengurusan Emel

23 Nov

Google telah memulakan perkhidmatan emel mereka sendiri dibawah domain GMail pada 1 April 2004. Ketika pengenalannya, ia menerima permintaan yang tinggi, memandangkan ia membawakan ruangan storan bersaiz lebih besar, kawalan spam, disamping antaramuka yang lebih kemas berbanding beberapa perkhidmatan emel yang lain pada ketika itu. GMail sejak daripada itu telah melalui pelbagai evolusi, dimana selepas keluar daripada fasa beta pada tahun 2009, pada tahun lepas, pihak Google turut telah memperkenalkan sokongan menyusun emel mengikut kategori – sekaligus memudahkan pengurusan emel pengguna. Pengenalan fungsi tersebut membawa kepada pelbagai maklumbalas berbeza daripada pengguna. Ada yang menyukainya, dan ada yang tidak begitu menyukai fungsi tersebut. Memandangkan pihak Google menyertakan sokongan untuk mematikan fungsi tersebut, ia tidak memberikan kesan yang serius kepada ramai pengguna. Pada tahun 2012, mereka telah mengambil-alih syarikat pembangun aplikasi emel Sparrow yang popular pada peranti iOS, dan pembangun produk daripada mereka disatukan dengan pasukan GMail. Kini, pasukan GMail hadir dengan sebuah perkhidmatan baru yang turut ingin memberikan nafas baru dalam pengurusan emel, dinamakan Inbox. Google menggunakan slogan “The Inbox That Works For You” untuk perkhidmatan ini, dimana ia menyertakan beberapa fungsi tambahan selain daripada hanya memberikan akses kepada emel. Inbox merupakan aplikasi yang dibangunkan secara berasingan dengan GMail. Kami tidak mengetahui mengapa pihak Google tidak mengintegrasikannya terus. Berkemungkinan ingin melihat terlebih dahulu apakah maklumbalas pengguna sebelum memperkenalkan ia secara meluas. Inbox dilihat memfokuskan kepada pengguna peranti mudah-alih terlebih dahulu. Ini kerana untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat-turun aplikasi Android atau iPhone untuk mengaktifkan akaun Inbox, dan baru dapat menggunakan ia pada versi web. Untuk versi web juga, ia hanya terhad untuk penggunaan pada pelayar web Chrome, dan tidak boleh digunakan pada pelayar web lain. Inbox juga merupakan perkhidmatan pertama daripada Google yang menggunakan antaramuka Material Design secara menyeluruh berbanding beberapa perkhidmatan yang lain. Penggunaan antaramuka ini memberikan penggunaan yang selari pada pelbagai peranti – termasuk telefon, tablet dan web. Namun, pada web bahagian menunya tersembunyi, dan anda perlu klik pada butang menu pada bahagian kiri untuk melihat keseluruhannya. Jadi, semestinya ramai yang masih tertanya-tanya apakah itu Inbox dan perbezaan ia berbanding dengan perkhidmatan emel yang lain. Inbox memfokuskan kepada kemudahan pengguna membaca sesuatu emel – dimana Google memaparkan kandungan daripada emel tersebut dalam kaedah yang mudah dibaca, disamping mengumpulkan semua emel daripada sesuatu kategori pada satu – memudahkan anda memadam atau mengarkibkan ia. Google InboxSebagai contoh, sekiranya anda menerima komen atau emel dengan pautan YouTube, ia akan memaparkan sebuah thumbnail untuk video berkenaan yang mana pengguna boleh terus memainkannya. Sekiranya anda menerima sejumlah emel notifikasi daripada Google+ atau Facebook, ia pula akan disatukan dan anda boleh memadam atau mengarkibkan dengan mudah. Perkara sama juga untuk temujanji (kalendar), tiket kapal terbang, fail dokumen, PDF dan sebagainya yang mana diperlihatkan dalam bentuk thumbnail tersendiri. Selain pengurusan emel seperti memadam dan sebagainya, pihak Google turut melengkapkan ia dengan sokongan untuk Snooze. Sebagai contoh, sekiranya anda menerima suatu emel dan anda ingin membacanya dan respon untuknya dalam beberapa jam selepas itu, anda boleh menetapkan masa dan tarikh untuk ia keluar kembali untuk anda membacanya. Inbox juga turut hadir dengan sokongan Reminder, membolehkan anda menambah peringatan pada aplikasi tersebut, dan seterusnya ia akan memaparkan mesej peringatan yang disimpan pada Inbox. Setelah menggunakan Inbox ini untuk lebih kurang hampir dua hari, pihak Google dilihat memfokuskan penawarannya untuk pengguna peranti mudah-alih, dan tidak begitu untuk web. Ini kerana beberapa fungsi dilihat lebih mesra pengguna dan tidak boleh dilakukan pada web. Sebagai contoh notifikasi untuk bundle boleh dimatikan pada aplikasi tetapi tidak pada web. Inbox juga tidak memaparkan kesemua emel pada klien mereka, dan hanya segelintir sahaja – berbeza dengan GMail. Satu lagi kekurangan yang kami nampak adalah dari segi penggunaan bahasa, dimana bahasa Malaysia pada perkhidmatan tersebut masih tidak dioptimasikan sepenuhnya, dan terdapat beberapa perkataan yang digunakan kami rasakan kurang relevan. Disamping itu, had untuk mengaktifkan ia pada peranti Android dan iOS terlebih dahulu mungkin mengehadkan penggunaan perkhidmatan, apatah lagi dengan had untuk menggunakan ia pada pelayar web Chrome sahaja. Untuk Inbox ini, Google menggunakan cara pemasaran sama seperti GMail pada tahun 2004 yang lepas, dimana berasaskan kepada jemputan. Setiap pengguna Inbox diberikan tiga jemputan dan mereka boleh menjemput rakan mereka lain yang menggunakan perkhidmatan GMail. Inbox masih tidak menyokong akaun Google Apps lagi buat masa ini, dan mungkin ia akan diperluaskan pada suatu masa kelak. Untuk Inbox, pihak Google menjadikan penawaran jemputan lebih terhad, dimana setiap pengguna hanya diberikan sebanyak 3 jemputan sahaja untuk diberikan kepada yang lain. Untuk menghantar jemputan Inbox kepada pengguna lain, anda hanya perlu klik pada butang Compose (pada aplikasi mudah-alih atau web), dan kemudian memilih “Invite to Inbox”. Selain itu, pihak Google turut menyediakan laman rasmi Google Inbox, dimana anda boleh menghantar emel meminta jemputan daripada mereka. Daripada percubaan kami, ia mengambil sekitar lebih kurang 36 jam sebelum Google menghantar ia kepada pengguna – dan mungkin perkara ini berbeza kepada yang lain.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s