RSS

LG MiniBeam PG60G – Projektor Mini

23 Nov

Salah satu kesukaran bagi yang gemar melakukan mesyuarat di luar ataupun ditempat-tempat awam adalah masalah untuk mencari soket elektrik. Beberapa alatan seperti komputer riba mungkin tidak menjadi masalah namun dengan jumlah ahli mesyuarat yang ramai, adakalanya anda perlu menggunakan projektor untuk membentangkan beberapa perkara penting. Di situ projektor dengan kuasa bateri mendapatkan tempat di pasaran pengguna yang memerlukan kemudahan mobiliti seperti ini. Lambakan projektor menggunakan kuasa bateri boleh dilihat di laman lelong.com.my sendiri namun tidak banyak yang mementingkan dari segi kualiti dan spesifikasi. Ada yang hadir dengan resolusi serendah 320 x 240 yang sememangnya tidak mampu memaparkan kandungan dengan jelas pada resolusi seperti ini. Tidak cukup dengan itu, projektor berkuasa bateri seperti di laman tersebut turut mempunyai jangka hayat yang pendek selain menawarkan kadar keterangan dan ratio kontras yang agak rendah. LG MiniBeam PG60G tampil dengan sebuah projektor berspesifikasi menarik disamping menawarkan projektor bersaiz mini yang mudah dibawa oleh pengguna. Dengan kuasa bateri yang dibekalkan, ia mungkin membantu anda dalam mengadakan pembentangan ketika berada di tempat-tempat awam atau di luar rumah. Dengan melihat fungsi dan spesifikasi yang ditawarkan, ia dilihat satu projektor yang memenuhi keperluan pengguna masa kini namun sejauh manakah ia beroperasi? Ikuti ulasan kami di bawah. LG MiniBeam PG60G hadir dengan rekaan bersaiz mini yang mampu menarik perhatian orang ramai apabila melihatnya. Ia hadir dengan lensa yang besar pada bahagian hadapan menjadikan ia sedikit unik daripada kebiasaan projektor di pasaran. Dari segi dimensi, ia hadir dengan dimensi berukuran 60 (L) x 125 (D) x 125 (T) mm yang boleh dikatakan hanya mengambil ruang sebesar tapak tangan.

Bercakap mengenai berat, projektor ini hanya seberat 670 gram (tambahan 420 gram dengan bateri) yang bagi saya tidak membebankan pengguna apabila membawanya di luar. Dari segi rekabentuk, pada bahagian atas menempatkan butang kapasitif berlampu yang membolehkan anda mengawal tetapan pada projektor ini tidak kira di tempat yang terang ataupun gelap. Pada bahagian belakang menempatkan beberapa port sambungan utama dan juga terdapat lubang keselamatan Kensington Lock yang membantu anda mengunci projektor daripada dibawa lari oleh individu yang tidak dikenali. Secara kasar, LG MiniBeam PG60G dilihat menawarkan fungsi yang agak baik secara keseluruhannya. Dari segi jangka hayat, projektor ini mampu bertahan selama 30,000 jam iaitu bersamaan dengan penggunaan 4 jam sehari dalam masa 20 tahun. Dari segi keperluan media, ia turut hadir dengan speaker 3W dengan penataan bunyi Dolby Digital secara terbina sekaligus memudahkan anda menyalurkan bunyi daripada peranti tanpa perlu membawa speaker tambahan. Turut disediakan bersama adalah alat kawalan jauh yang memudahkan anda mengawal beberapa tetapan seperti volume dan mengawal fail media daripada storan USB yang disambungkan pada projektor ini. Dari segi sambungan, saya boleh katakan LG MiniBeam PG60G antara projektor yang mempunyai sambungan yang cemerlang dan terlengkap setakat ini. Ia hadir dengan port HDMI dengan sambungan MHL, sekaligus memudahkan anda menyambung telefon pintar anda ke projektor ini. Sekiranya anda tidak gemar menggunakan wayar, sambungan WiDi tanpa wayar boleh membantu anda menyambungkan ke peranti yang menyokong Miracast atau Intel Wireless Display secara terbina. Satu perkara menarik yang jarang dilihat berbanding projektor lain di pasaran adalah kehadiran port USB yang didatangkan secara terbina. Perkara ini amat memudahkan pengguna apabila ingin membentangkan gambar, video, dan dokumen dengan hanya menggunakan storan USB.

Beberapa sambungan legasi seperti port VGA turut tersedia bagi menyambungkan komputer riba ke projektor ini. Sambungan Audio Video (AV) juga turut hadir untuk menyokong sejumlah peranti yang menggunakan input AV seperti pemain VCD, DVD, dan permainan konsol generasi lama. Sekiranya anda mempunyai speaker tambahan, projektor ini turut menyediakan lubang 3.5 mm earphone jack sebagai output untuk bunyi dan audio. LG MiniBeam PG60G hadir dengan parapan beresolusi WXGA (1280 x 800) yang boleh dikatakan satu resolusi yang agak besar bagi projektor mini yang berkuasa bateri. Dari segi kekuatan kecerahan, ia hadir dengan kecerahan 500 ANSI yang saya kira tidak menjadi masalah apabila diletakkan di dalam ruang yang agak terang. Hasil paparan daripada projektor ini masih boleh dilihat dengan jelas di dalam bilik dengan lampu yang terbuka. Dari segi kualiti gambar yang dipersembahkan, kadar ratio kontras 100,000:1 sememangnya menawan selain mampu memaparkan warna yang terang pada penglihatan mata. Saya boleh katakan kawalan warna projektor LG MiniBeam PG60G ini sangat baik disamping memberikan kejelasan warna yang menarik lebih-lebih lagi ia digunakan di tempat yang gelap. Salah satu aspek yang menjadi tarikan LG MiniBeam PG60G adalah kehadiran bateri yang boleh ditanggalkan yang juga berfungsi sebagai cradle. Apabila bateri ini dipasangkan, ia membolehkan projektor berdiri pada posisi menegak selain menerima tenaga untuk dicaj padanya. Namun bateri sebesar 5200 mAh pada LG MiniBeam PG60G ini dilihat hanya mampu bertahan sehingga 2 jam dan saya kira ini amat singkat apabila ia digunakan untuk tayangan filem di luar rumah. Tapi sekiranya ia digunakan untuk tujuan mesyuarat atau pembentangan, ia suatu jangka masa yang amat memadai bagi penggunaan sesebuah projektor.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s