RSS

Lihat Fail Jenis Apakah Yang Memenuhi Dropbox Dan Google Drive

23 Nov

Dua perkhidmatan storan awan yang popular adalah Dropbox dan juga Google Drive, dan boleh dikatakan ramai yang menggunakannya. Seperti biasa, menggunakan perkhidmatan tersebut, pengguna boleh memuat-naik pelbagai jenis fail untuk disimpan sebagai salinan pendua ataupun untuk dikongsi bersama-sama rakan anda yang lain. Kini, sebagai pelengkap untuknya, salah satu aplikasi baru yang hadir adalah Unclouded. Unclouded merupakan aplikasi khusus untuk Android, dimana ia memerlukan anda menghubungkan akaun Dropbox dan Google Drive terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. Selesai sahaja menghubungkannya, ia akan mengambil masa beberapa minit untuk sync akan data dan senarai fail di storan awan kepada peranti anda. Sebaik sahaja selesai, anda boleh melihat jenis fail (video, gambar, dokumen, dan sebagainya) yang manakah yang memenuhi storan anda, dan menguruskannya dengan lebih efektif.

unclouded-03

Bagi kami, salah satu fungsi menarik pada aplikasi ini adalah kemudahan untuk melihat fail yang dimuat-naik lebih daripada sekali ataupun ter-duplicate pada storan awan sekaligus memakan ruangan tambahan. Pengguna turut boleh membuat carian fail dan dokumen pada storan awan, serta mengaksesnya menggunakan perkhidmatan ini. Beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan memadam dan sebagainya turut boleh didapati pada aplikasi ini – tetapi pengguna perlu membuat pembelian dalam-aplikasi untuk fungsi tersebut. Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Unclouded ini secara percuma dari Google Play Store hari ini. Muat-Turun Unclouded untuk Android

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s