RSS

Samsung Gear S – Jam Tangan Pintar Dengan Sokongan Kad-SIM

23 Nov

Samsung sedia menawarkan beberapa jam tangan pintar, dan pada Samsung UNPACKED, mereka secara rasminya memperkenalkan satu lagi jam tangan pintar baru daripada mereka yang mana membawakan skrin melengkung, dan turut hadir dengan sokongan kad-SIM bersama-sama dengannya. Dinamakan sebagai Samsung Gear S, ia dilihat Samsung membawa penggunaan jam tangan pintar setapak kehadapan dengan mengintegrasikan sokongan telefoni, disamping turut membolehkan pengguna membalas SMS dan sebagainya menggunakan papan kekunci bersaiz kecil pada peranti tersebut. Daripada pengamatan kami, skrin Samsung Gear S amat terang, memaparkan pelbagai maklumat jelas sekali. Ia boleh dikatakan agak berbeza dengan beberapa peranti lain – dimana pertama kali ketika melihat Gear S, kami ingatkan ianya merupakan sebuah set dummy. Samsung Gear S hadir dengan skrin melengkung bersaiz 2-inci, dilengkapi dengan paparan Super AMOLED. Walaupun rekaan Gear S ini kelihatan menarik, namun dari segi saiz, ia agak besar bagi tangan kami. Perbezaan saiz juga agak terserlah apabila dibandingkan dengan Samsung Gear 2. Perkara ini mungkin kerana penggunaan kad-SIM pada jam tangan pintar ini. Sokongan kad-SIM disediakan pada bahagian belakang jam tangan pintar ini, dimana ia menggunakan sokongan nano-SIM. Sensor untuk denyutan jantung turut disertakan – membolehkan ia digunakan bersama-sama dengan Samsung S-Health. Seperti beberapa jam tangan pintar Samsung sebelum ini, Samsung Gear S menggunakan sistem operasi berasaskan Tizen, dan peranti ini turut boleh beroperasi tanpa perlu ia dihubungkan ke telefon pintar anda. Daripada penggunaan kami, ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah lengah masa. Memandangkan ia menggunakan cara gesture penggunaan yang sama seperti Gear sebelum ini, maka kami tidak menghadapi masalah untuk mengadaptasikan penggunaannya. Untuk pengguna baru pula, ia mungkin mengambil masa sekitar beberapa minit untuk mempelajari cara penggunaan peranti ini. Walaubagaimanapun, Gear S dilihat tidak ingin menggantikan telefon pintar (buat masa ini), dimana pengguna turut boleh menggunakan ia bersama-sama dan menetapkan supaya panggilan di hantar kepadanya daripada telefon pintar anda, dan membuat beberapa perkara lain. Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah pelbagai bilangan aplikasi yang ditawarkan – termasuk HERE Maps yang diumumkan baru-baru ini untuk membolehkan pengguna bernavigasi terus menggunakan jam tangan pintar mereka. Konsep yang dibawakan oleh Gear S agak menarik bagi kami, tetapi saiznya yang agak besar membuatkan ia agak janggal pada tangan, dan mungkin pihak Samsung perlu hadir dengan suatu peranti seumpamanya dengan saiz lebih kecil – selari dengan badan pengguna di Asia. Samsung akan mula menjual Gear S bermula bulan Oktober ini, dan mungkin juga kita akan dapat melihat ia ditawarkan di pasaran tempatan pada waktu yang sama – berkemungkinan bersama-sama pengenalan Galaxy Note 4 kelak.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s