RSS

Kisah Disebalik Permulaan TheLorry.com

24 Nov

TheLorry merupakan salah satu perkhidmatan tempatan, yang mana membolehkan para pengguna untuk membuat perbandingan harga untuk menyewa lori (bagi tujuan pindah barang dan sebagainya), serta membuat tempahan terus menggunakannya. Perkhidmatan tersebut yang dimulakan oleh Nadhir Ashafiq telah dilancarkan pada 7 September 2014, dan mereka berjaya mendapat 10 pelanggan berbayar dalam tempoh kurang 10 hari. Nadhir pada awalnya bekerja di ABDA Group dan ditugaskan untuk mengetuai sebuah bahagian kurier baru memfokuskan kepada penghantaran dan logistik antarabangsa. Ketika itu, beliau telah membuat beberapa kajian berkaitan dengan logistik, termasuk mengenali beberapa jenama pesaing popular seperti PosLaju, DHL dan juga TNT. Selepas membuat kajian, Nadhir bereksperimen dengan pasaran sewa lori dengan membuat pengiklanan ringkas di internet. Laman yang telah dipilih beliau untuk pengiklanan pada kali pertama adalah Majalah.com, dan beliau menerbitkan iklan perkhidmatan sewa lori 1,3 dan 8 tan padanya. Iklan tersebut telah diterbitkan pada Mac 2013 yang lepas, dan boleh dikatakan setiap hari sejak iklan tersebut diterbitkan di Majalah.com, Nadhir menerima panggilan bertanyakan mengenai perkhidmatan lori sewa yang ditawarkan. Apa pun, bahagian kurier pada syarikat tersebut tidak begitu berjaya, namun pengalaman tersebut memberikan lebih banyak maklumat mengenai permintaan pasaran untuk lori sewa ini. Lanjutan daripada pengiklanan yang ringkas di web, Nadhir telah melihat dan berfikir mengenai impaknya. “Sekiranya pengguna tertarik dengan iklan yang begitu ringkas, kenapa tidak kita buat web yang lebih cantik dan profesional khusus untuk pasaran ini?”.

Idea Nadhir amat ringkas, iaitu untuk mengambil tempahan dan sewa untuk lori menggunakan web sepenuhnya. Mengikut kajian awal yang dilakukan, salah satu syarikat seumpama yang ditemui Nadhir adalah Unpakt yang beroperasi di Amerika Syarikat. Memandangkan idea yang Nadhir fikirkan adalah lebih kurang sama dengan Unpakt, beliau telah mengambil beberapa perkara menarik mengenainya dan merangka web TheLorry. Seperti biasa, ketika membincangkan idea awal untuk sesebuah syarikat, salah satu perkara yang akan timbul adalah perkara mengenai kewangan. Untuknya, Nadhir dan rakan beliau telah mengambil langkah untuk mempersembahkan ia kepada Cradle dan menerima dana awal untuk memulakannya. Mempersembahkan idea mereka kepada Cradle juga bakal memberikan lebih keyakinan terhadap idea mereka selain daripada sokongan dan bantuan lain. Nadhir mendaftarkan diri untuk mempersembahkan idea kepada Cradle, dan seterusnya mendapat peluang untuk mempersembahkan ia pada Jun 2014. Apa pun, penyertaan mereka tidak begitu berjaya. Salah satu sebab yang berkemungkinan menyumbang kepada perkara ini adalah kerana Cradle dilihat telah pun melabur kepada salah satu perkhidmatan lain dengan penawaran lebih kurang sama dinamakan sebagai iKargo. Ini membuatkan penyertaan mereka di Cradle gagal dan tidak dibawa ke pusingan seterusnya. Perkara ini sekaligus memberikan sedikit kesan kepada Nadhir untuk sama ada meneruskan idea tersebut ataupun sebaliknya. Namun, memandangkan idea iKargo dengan idea mereka adalah berbeza, mereka memilih untuk meneruskan pembangunan idea TheLorry. Meneruskan idea mereka, Nadhir seterusnya memilih untuk membangunkan versi prototaip awal, dan pada masa yang sama membuat kajian lanjut mengenai pasaran dan penawaran lori sewa. Mereka memilih untuk membangunkan ia pada harga yang serendah mungkin, dan pada masa yang sama melakukannya dengan pantas.

Untuk membangunkan versi awal, TheLorry menggunakan perkhidmatan Blogspot daripada Google untuk menyediakan halaman awal, dan pada masa yang sama menggunakan JotForm untuk menyediakan borang untuk tempahan pengguna. Pada masa yang sama juga, beliau turut membuat kajian lanjut menggunakan laman-laman seperti Mudah.my dan juga Majalah.com. Mereka bertanya akan beberapa soalan yang sering ditanya pengguna ketika ingin sewa lori, dan turut menemui beberapa penyedia lori sewa dalam membincangkan lebih lanjut mengenai proses dan harga yang dicaj oleh sesuatu syarikat lori sewa. Sebaik sahaja selesai membangunkan versi prototaip pertama, Nadhir mengambil langkah untuk mempromosikan ia menggunakan Google Ads. Memandangkan ramai yang menggunakan Google untuk membuat pencarian untuk beberapa perkara yang dikehendaki, mereka menerima klik yang tinggi ke laman mereka. Namun, ia tidak membawa kepada sebarang hasil akhir, dan tiada siapa yang melanggan menggunakan perkhidmatan mereka. Setelah membuat kajian mengenainya, mereka hadir dengan kesimpulan yang mana prototaip awal mereka itu terlalu sukar dan tidak mesra pengguna. Harga lori sewa hanya boleh didapati pada langkah ketiga, dan perkara ini mungkin tidak disukai pengguna. Mereka mengambil langkah untuk menambah-baiknnya, dan mengalihkan penawaran harga ke halaman utama. Apa pun, prototaip kedua masih tidak begitu berjaya. Ini mungkin kerana pengguna tidak mengemari memasukkan maklumat yang banyak sebelum mendapatkan hasilnya. Untuk mengatasinya, mereka mengurangkan pelbagai proses dan menyediakan hanya tiga soalan yang perlu dijawab – iaitu saiz lori, lokasi pengambilan, dan juga lokasi penghantaran.

Sebaik sahaja perubahan ini dilakukan, TheLorry menyaksikan pelanggan pertama melanggan perkhidmatan mereka, yang mana merupakan pelanggan dari Iran yang ingin berpindah dari sebuah kondominium di Kota Damansara ke kondominium yang lain di lokasi berdekatan. TheLorry menerima pelanggan yang ke sepuluh pada hari ke sepuluh selepas versi akhir dilancarkan secara rasminya. Sebaik sahaja selepas menerima pelanggan ke-10, Nadhir memikirkan untuk terus membesarkannya dengan lebih pantas supaya boleh menjadikannya sebagai salah satu perniagaan berjaya. Seperti biasa, untuk langkah seterusnya mereka memerlukan mentor, panduan lanjut dan juga bantuan kewangan untuknya. Bagi perkara tersebut, mereka telah mendaftarkan diri untuk program Get To Start in 5 Days (GTS5), dan berjaya memenangi hati pengunjung ketika acara tersebut. Sejak daripada itu, mereka telah terus menambah-baik perkhidmatan mereka, disamping pada masa yang sama turut bekerjasama dengan beberapa penyedia lain. Salah satu rakan kerjasama mereka adalah RumahSewa.com, dimana pengguna boleh membuat tempahan lori terus daripada laman tersebut selepas pengguna memilih rumah yang ingin disewa. Satu lagi laman yang mereka turut bekerjasama adalah Jual-Jual, salah satu laman jual-beli di Malaysia. Seperti biasa, ini hanya merupakan permulaan untuk pihak TheLorry, dan pelbagai langkah perlu diteruskan oleh Nadhir untuk terus hadir sebagai laman utama yang dikunjungi rakyat Malaysia untuk menyewa lori. Layari : TheLorry

 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s