RSS

6 Perkara Yang Kita Suka Tetapi Ditamatkan Pada Tahun 2014

25 Nov

Arena teknologi bergerak amat pantas, membuatkan beberapa perkara ditamatkan oleh pembangun atau pengeluarnya. Tahun 2014 turut tidak ketinggalan untuk memperlihatkan beberapa produk dan perkhidmatan kegemaran ramai yang ditamatkan perkhidmatannya. Dengan tahun 2014 yang semakin menghampiri penamatnya, berikut merupakan antara perkhidmatan yang mungkin kami sukakan tetapi ditamatkan pada tahun 2014 ini. Salah satu sistem operasi yang digunakan ramai ketika mengakses internet buat pertama kalinya, iaitu Windows XP telah pun ditamatkan sokongannya pada tahun ini. Perkara ini merupakan salah satu perkara yang sedia dijangka, apatah lagi dengan Microsoft yang telah mengeluarkan Vista, Windows 7, Windows 8, dan juga Windows 8.1 selepas sistem operasi Windows XP ini. Walaupun syarikat Nokia masih kekal beroperasi dan hadir dengan beberapa produk baru seperti tablet, selain turut memfokuskan kepada aplikasi HERE Maps, jenama ini mungkin dirindui ramai untuk seketika sebelum ia kembali semula. Pada tahun ini, pengambil-alihan bahagian peranti Nokia telah selesai sepenuhnya menjadi milik Microsoft, dan lanjutan daripadanya sejumlah perkara telah berubah dan ditamatkan. Antara yang ditamatkan adalah termasuk Nokia X, Nokia Store, dan juga peranti Lumia baru yang tidak menggunakan jenama Nokia lagi – sebaliknya menggantikan ia kepada Microsoft Lumia. Salah satu perkhidmatan terawal yang menawarkan kebolehan untuk hoskan gambar sebelum dikongsikan melalui Twitter. Dengan pihak Twitter yang sedia menawarkan sendiri perkhidmatan secara terbina, selain beberapa perkara berkaitan organisasi Twitpic dan Twitter, syarikat tersebut telah mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan memindahkan data kepada Twitter. iPod Classic boleh dikatakan salah satu pemain muzik daripada Apple yang diminati ramai. Apple telah sekian lama tidak mengemaskininya, dan pada tahun ini ia dilihat mereka telah tidak lagi menjual iPod Classic kepada umum. Di Malaysia sendiri boleh dikatakan ia agak sukar untuk diperolehi, tetapi masih terdapat beberapa kedai yang menjualnya. Mungkin anda yang meminati produk Apple atau pemain muzik, boleh mendapatkannya dan menyimpannya sebagai koleksi anda. Bump merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan kita menghantar gambar atau dokumen dari satu peranti ke peranti yang lain, termasuk daripada telefon pintar ke komputer dan sebaliknya. Ia telah diambil-alih oleh Google pada tahun 2013, dan pada tahun ini mereka telah menamatkannya – membuatkan pengguna terpaksa mencari alternatif lain untuk memindahkan fail dari peranti ke peranti lain. Walaupun tidak begitu ramai yang menggunakan enjin carian Yahoo!, tetapi boleh dikatakan sejumlah pengguna masih bergantung kepadanya sebagai halaman utama web, ataupun untuk mengikuti berita dan sebagainya. Menutup tahun 2014, pihak Yahoo! telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sejumlah perkhidmatan media untuk pasaran Malaysia, termasuk Yahoo! News dan beberapa yang lain.

 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s