RSS

Asus Transformer Book Flip TP300L

25 Nov

Pasaran komputer riba semakin dijamah oleh tablet dan phablet sejak kebelakangan ini. Ini memaksa pengeluar melakukan perubahan drastik pada rekaan dan kegunaan komputer riba yang sedia ada. Rekaan paling kerap kami lihat sejak kebelakangan ini ialah komputer riba hibrid pelbagai fungi. Asus Transformer Book Flip TP300L ialah komputer riba yang anda boleh mengagak fungsi istimewanya hanya dengan melihat pada nama yang diberi. Ia boleh berubah dan berputar mengikut keperluan. Angsel skrin boleh diputarkan 360 darjah dan merubah komputer riba ini menjadi sebuah tablet. Beberapa bulan yang lalu kami ada mengulas Dell Inspiron 11 Series 3000. Komputer riba tersebut juga boleh diubah suai menjadi sebuah tablet apabila diperlukan. Sungguhpun mampu melakukan perkara yang sama ada beberapa perbezaan pada komputer riba Dell dan Asus ini. Pertama sekali ialah dari segi bahan binaan. Bahan binaan penutup hadapan Asus Transformer Book Flip diperbuat daripada aluminium dan bukannya plastik. Sebuah engsel besar digunakan dan bukannya dua engsel kecil. Skrin 13.3″ LED yang digunakan menyokong fungsi sesentuh dan mempunyai resolusi 1366×768 pixel. Pada bahagian tepi skrin terdapat sebuah kamera web Tubuh komputer riba ini juga diperbuat daripada aluminium manakala panel bahagian bawah diperbuat daripada plastik. Pembesar suara stereo terletak pada bahagian bawah. Pada bahagian kanan terdapat dua slot USB 3.0, jack fon kepala, port pengecas dan sebuah slot HDMI bersaiz penuh. Pada bahagian kiri terdapat butang kuasa, butang suara, 1 port USB 2.0 dan pembaca kad SD. Butang home Windows untuk mod tablet juga diletakkan pada bahagian yang sama. Asus memberikan beberapa pilihan pemproses untuk Asus Transformer Book Flip TP300L. Yang kami ulas diperkasakan pemproses Intel Core i3 430OU @ 1.9 GHz , RAM DDR3 4 Gigabyte dan muatan dalaman 500 Gigabyte HDD. Kad grafik ialah terbina dari jenis Intel HD Graphics 4400.  Spesifikasi komputer riba ini jatuh ke dalam kategori kelas permulaan. Terdapat versi Intel Core i5 dan I7 serta pilihan muatan dalaman dari 128 Gigabyte SSD dan 1 Terabyte HDD. Penggunaan di dalam mod tablet adalah sedikit canggung kerana komputer riba ini adalah agak berat (1.7 Kilogram) dan tebal. Ini adalah masalah yang tidak dapat dielakkan oleh majoriti komputer riba hibrid yang wujud di pasaran. Penggunaan sebelah tangan adalah mustahil dan begitu juga dalam posisis berbaring. Di dalam mod tablet Transformer Book Flip berfungsi dengan baik kerana dilengkapi skrin sesentuh yang responsif. Butang home yang diletakkan pada bahagian kiri tubuh komputer riba kami rasakan adalah kurang mesra alam. Kami rasakan lokasi home button pada bahagian bawah skrin seperti yang digunakan pada Inspiron 11 Series 3000 lebih mesra pengguna. Ianya juga lebih menyerupai lokasi butang home yang ada pada peranti Microsoft Surface. Papan kekunci ialah dari jenic chicklet tanpa sokongan pencahayaan bawahan. Permukaan papan kekunci sedikit bergetah dan ini membuatkan proses menaip amat selesa. Ruang antara kekunci juga cukup besar dan mengelakkan anda dari tertekan kekunci yang salah ketika melakukan kerja. Di dalam mod tablet papan kekunci dinyahaktif secara automatik. Trackpad yang dibekalkan berfungsi dengan baik dan memandai untuk kegunaan harian. Ia berfungsi lebih lancar dari yang digunakan pada Dell Inspiron 11 yang kami ulas sebelum ini. Sepanjang tempoh ujian kami tidak sekalipun perlu menyambungkan tetikus kerana puas hati dengan kelancaran trackpad yang digunakan. Model yang kami ulas seperti yang kami nyatakan beberapa perenggan sebelum ini ialah model yang paling asas. Untuk kegunaan biasa seperti menulis kertas kerja dan melayari web ia mampu berfungsi dengan baik. Tetapi sekiranya anda seperti kami yang banyak melakukan suntingan gambar bersaiz besar serta menghasilkan video HD penuh kelemahan Asus Transformer Book Flip mula kelihatan. Kad grafik terbina Intel HD Graphic 4400 tidak mempunyai sokongan CUDA dan pengoptimasian dengan perisan Adobe yang kami kerap gunakan tidak disokong. Memproses video menggunakan Premiere sebagai contoh mengambil masa yang lebih lama dari biasa. Ketiadaan kad grafik juga menjadikan komputer riba ini tidak sesuai untuk sesi permainan komputer. RAM yang hanya sebesar 4 Gigabyte juga adalah terlalu minimum untuk memainkan permainan komputer terkini. Tetapi komputer riba ini bukanlah disasarkan untuk golongan pengguna tegar dan gamer seperti kami. Jelas sekali ianya mensasarkan golongan pelajar dan mereka yang mahukan komputer riba pertama. Dari segi kemampuan audio ianya tidak begitu menyerlah. Pembesar suara stereonya kurang kuat sungguhpun pada tetapan tertinggi. Kualiti bunyi juga kurang memuaskan. Pada penggunaan biasa kami berjaya menggunakan komputer riba ini selama 5-6 jam. Pada penggunaan berat bateri hanya mampu bertahan di antara 2-3 jam. Ini adalah hayat bateri yang biasa kami lihat untuk komputer riba dengan saiz 13″ seperti ini. Membawa palam pengecas sepanjang masa amat kami sarankan. Pengecas komputer riba ini tidak mempunyai power brick seperti kebanyakan pengecas komputer riba dan tidak mengambil ruang yang besar di dalam beg komputer riba anda.

 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s