RSS

Mi Note, Phablet Paling Cantik Daripada Xiaomi Dengan Bahagian Tepi Melengkung

25 Nov

Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru daripada mereka dibawah kategori phablet. Berbeza dengan keluarga Redmi yang memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi asas-pertengahan, pihak Xiaomi telah mengumumkan phablet pertama dibawah keluarga peranti berspesifikasi tinggi mereka dengan nama Mi Note. Xiaomi Mi Note hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci beresolusi HD penuh, dan dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi terkini termasuk pada bahagian cip pemprosesannya yang menggunakan cip Snapdragon 801, dan juga memori sebanyak 3GB RAM. Peranti ini membawakan ketebalan sekitar 6.955mm, serta dilengkapi dengan sokongan audio berkualiti tinggi Hi-Fi. Bercakap mengenai skrinnya, ia hadir dengan rekaan 2.5D, yang mana melengkung sedikit pada bahagian tepi. Untuk bahagian belakang, Pihak Xiaomi turut menggunakan binaan berasaskan kaca dengan rekaan 3D – yang mana tahap lengkungannya adalah lebih tinggi berbanding dengan pada kaca skrin hadapan. Perkara ini sekaligus menjadikan ia selesa digunakan pada tangan, dan melalui penggunaan kami, ia tidak terasa seperti menggunakan sebuah peranti bersaiz 5.7-inci, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan sebuah iPhone 6 Plus. Dari segi rekaan, pada bahagian kanan peranti terdapatnya butang kuasa untuk kawalan audio, pada bahagian bawah terletaknya ruangan speaker dan juga pengecas. Pihak Xiaomi melengkapkan peranti ini dengan bateri berkapasiti 3000mAh yang turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas. Pada bahagian kiri peranti pula, ia menyertakan ruangan SIM yang perlu dibuka menggunakan pin. Xiaomi Mi NoteRuangan SIM pada peranti Xiaomi ini menyokong dwi-SIM, dimana pengguna boleh menggunakan satu kad SIM berasaskan mikro-SIM, dan satu lagi berasaskan nano-SIM. Kedua-dua SIM juga hadir dengan sokongan 4G LTE, dan juga dual-standby. Tiada sokongan kad mikro-SD yang disertakan pada peranti ini, yang mana mungkin membuatkan anda tidak boleh menyimpan fail media seperti video dan gambar dalam kuantiti yang tinggi. Pada bahagian atas pula ia menyertakan ruangan untuk audio-jack. Untuk rakaman gambar, pihak Xiaomi menyertakan kamera belakang 13-megapixel daripada Sony dengan lensa f/2.0, serta dilengkapi dengan sokongan penstabilan imej optikal. Perkara ini membolehkan anda merakamkan gambar yang jelas walaupun ketika tangan anda bergegar. Melengkapkan kamera belakang juga adalah lampu dwi-LED daripada Philips yang mana menawarkan keupayaan pencahayaan yang lebih semulajadi berbanding kebiasaan. Untuk kamera hadapan pula, pihak Xiaomi menggunakan kamera 4-megapixel dengan sokongan teknologi Ultrapixel yang membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih jelas dan baik berbanding penggunaan kamera biasa. Bagi bahagian perisian, seperti kebanyakkan produk Xiaomi, telefon pintar Mi Note ini turut menggunakan sistem operasi MIUI (berasaskan Android), dimana ia menggunakan MIUI 6. Seperti semua sedia maklum, ia membawakan beberapa kemaskini, termasuk pembaharuan rekabentuk antaramuka berbanding MIUI 5, kebolehan memaparkan aplikasi dalam bentuk tetingkap pada bahagian multi-tasking, dan beberapa perkara baru yang lain. Xiaomi Mi NoteKhusus untuk Mi Note, pihak Xiaomi turut menyertakan sokongan penggunaan sebelah tangan yang mana membolehkan pengguna memilih daripada tiga saiz tetingkap, dan mengendalikannya menggunakan sebelah tangan. Pelbagai peranti sedia menyertakan fungsi ini, dan kami rasakan ia masih kurang digunakan ramai. Namun, sebagai peranti berupa phablet, ada baiknya pihak Xiaomi menyertakannya dan mungkin akan digunakan oleh segelintir kecil pengguna. Disamping itu, pihak Xiaomi turut menyertakan sebuah mod pembacaan khusus pada Mi Note ini, yang mana membolehkan pencahayaan dikawal pada skrin, sekaligus tidak menjadikan mata anda cepat letih ketika digunakan untuk masa yang lama. Ini merupakan sebuah fungsi tambahan yang baik, memandangkan ramai pada masa kini yang menggunakan phablet untuk pembacaan buku digital dan sebagainya. Paparan skrin untuk Mi Note juga dilihat tidak hanya memfokuskan kepada saiz yang besar, tetapi turut pada masa yang sama memuatkan lebih banyak skrin paparan berbanding kebiasaan. Pihak Xiaomi turut mengatakan pengguna boleh mengubah paparan saiz teks dan sebagainya berdasarkan keinginan mereka. Fungsi perisian lain seperti kawalan sekuriti, sokongan MiCloud dan sebagainya turut disertakan pada peranti ini. Pada acara hari ini, pihak Xiaomi turut telah mengumumkan Mi Note Pro, namun tiada sebarang set untuknya yang dipertontonkan, selain tiada tarikh yang diberikan untuknya. Membezakan Mi Note dan juga Mi Note Pro dari segi binaan luar adalah dimana Mi Note Pro hadir dalam warna kerangka emas, dan menggunakan cip Snapdragon 810, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, serta skrin dengan resolusi 2K. Bercakap mengenai pelancarannya di Malaysia, pihak Xiaomi mengatakan ia akan hadir ke Malaysia sekitar suku kedua 2015 ini, dan masih tertakluk kepada pelepasan daripada pihak Sirim.

 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s