RSS

ZTE Blade S6

25 Nov

ZTE mungkin bukanlah satu jenama yang popular namun ia bukan menjadi penghalang jenama ini bersaing dengan jenama lain. Tahun lepas mereka telah hadir dengan 5 pilihan telefon pintar dan pada CES yang lalu, peranti Star 2 mereka menerima maklumbalas yang baik. Pada hari ini, selain mengumumkan perancangan ZTE untuk memberikan lebih fokus untuk pasaran Malaysia, mereka turut melancarkan peranti baru mereka, iaitu ZTE Blade S6. Peranti unibody ini membawakan rekaan saling tak tumpah bagaikan iPhone 6. Ia mempunyai bucu yang tidak tajam, dan melengkung jadi memegangnya agak selesa. Ianya agak nipis, setebal 7.7mm. Saya katakan ianya hampir bagaikan iPhone 6 kerana apabila melihatnya dan memegangnya, ia bagaikan mempunyai ‘design language’ Apple kecuali pada bahagian kamera yang tidak tertimbul. Logo ZTE yang telah diperbaharui diletakkan pada belakangnya juga berkilat. Pada bahagian kanan peranti terdapat butang kuasa dan juga butang kawalan tahap bunyi. Manakala pada sebelah kiri pula terdapat ruangan untuk dua kad nano-SIM yang dimuatkan serentak dan juga slot untuk kad Mikro-SD. Kedua-dua slot untuk kad-SIM ini menyokong rangkaian 4G LTE. Pihak ZTE tidak menyatakan berapakah had storan untuk kad mikro-SD, berbeza dengan pengeluar lain yang biasanya menyatakan had tersebut. Kebiasaannya, untuk peranti berspesifikasi pertengahan, ia selalunya sekitar 32GB atau 64GB sahaja. Pada bahagian atas, terdapat ruangan jack headphone dan pada bahagian bawah terdapat slot mikro-USB untuk tujuan pengecasan dan sambungan ke komputer. Dari segi paparan, ia mempunyai skrin HD 5-inci. Dari percubaan kami, ia memperlihatkan skrin paparan yang baik, dan tidak menunjukkan sebarang kualiti yang rendah. ZTE Blade S6 juga merupakan peranti pertama ZTE yang menyertakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop melalui cip Snapdragon 615 lapan teras 64-bit (MSM8939), selain turut dilengkapi dengan memori 2GB RAM dan juga GPU Adreno 405. Seperti semua sedia maklum, Android 5.0 Lollipop sedia dioptimasikan untuk cip 64-bit dalam penawaran prestasi penggunaan yang baik, selain masa bertahan bateri yang lebih lama. Dari segi kekuasaan kamera, peranti ini menyertakan sensor 13 MP IMX214 yang dihasilkan Sony. Seperti model-model sebelum ini, mereka turut hadir dengan fungsi sokongan professional pada kamera mereka seperti penunjuk aras kestabilan, fungsi White Balance dan juga Light Metering. Bercakap mengenai fungsi audionya, ZTE Blade 6 turut menyertakan cip pemprosesan khusus untuk menjana kualiti audio Hi-Fi – dan hanya boleh dilancarkan apabila pengguna menggunakan fon kepala sahaja. Pembesar suara terbina diletakkan pada belakang sebelah kanan, seolah-olah Mono dan bukan Stereo. Kebanyakkan pengeluar peranti pada hari ini mempunyai antaramuka khusus mereka untuk telefon keluaran mereka. Tidak ketinggalan adalah ZTE. Blade S6 ini hadir dengan antaamuka yang dinamakan sebagai MiFavor 3.0. Saya menghadapi masalah dalam merakamkan skrin kerana selepas mencuba untuk melakukannya, pegawai teknikal menyatakan kepada saya yang telefon ini tidak mempunyai fungsi tersebut. Mungkin ia terhad pada demo set dan harapnya fungsi tersebut akan wujud pada produk yang bakal menemui pengguna. Rekaan MiFavor dilihat membawakan rekaan Flat UI dan salah satu perkara yang menarik dari MiFavor ini adalah fungsi Smart Sense mereka. Fungsi Smart Sense adalah fungsi yang membolehkan pengguna mengaktifkan beberapa fungsi dari mod standby dengan menggerakkan dan juga menghayunkan telefon tersebut. Pengguna boleh mengaktifkan lampu suluh dengan cara menggoyangkannya dan jika ingin merakam gambar, pengguna juga boleh menaikkan telefon tersebut pada mod lanskap secara menegak dan fungsi tersebut akan diaktifkan. Beberapa ayunan untuk pengaktifan dilihat logik seperti mengangkat telefon tersebut secara menegak akan mengaktifkan mod cermin jadi memudahkan pengguna untuk mengambil gambar selfie, namun ayunan dan gerakan untuk memainkan muzik dilihat agak pelik dan tidak begitu praktikal. Satu lagi fungsi yang turut hadir pada Blade S6 ini adalah Aliveshare. Fungsi ini membolehkan pengguna Blade S6 berkongsi fail dan gambar tanpa perlu berhubung dengan internet dan juga tanpa perlu berhubung pada rangkaian WiFi yang sama. ZTE Blade S6 ini juga akan mula dilancarkan di beberapa negara terpilih pada 10 Februari dan menariknya Malaysia antara negara pertama yang bakal menerima peranti ini. Dari segi harga, peranti ini dijual di pasaran antarabangsa pada harga USD 249.99 (~ RM905) dan pastinya peranti ini bakal menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan peranti spesifikasi pertengahan, dengan rekaan seumpama iPhone dan menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

 
Leave a comment

Posted by on November 25, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s