RSS

Bagaimana Memastikan Sistem Komputer Anda Bebas Adware Superfish

27 Nov

Penemuan adware Superfish pada komputer riba Lenovo amat mengejutkan ramai pengguna, apatah lagi dengan ia yang boleh beroperasi dengan memintas hubungan internet anda sekaligus membuatkan pelbagai data yang dihantar dan diterima terancam dengan akses pihak ketiga. Bercakap mengenainya, Lenovo telah mengatakan mereka telah berhenti menyertakannya pada komputer riba mereka sejak daripada bulan Januari lepas. Ini membuatkan sejumlah komputer riba mereka yang masih dijual di pasaran terancam dengan masalah ini. Untuk mengatasinya, komuniti di internet telah mula berkongsi beberapa kaedah dalam memastikan komputer riba anda bebas daripadanya dan tidak terancam daripada adware Superfish ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyemak sama ada sistem komputer anda terancam dengannya ataupun sebaliknya. Untuk tujuan ini, salah seorang pembangun telah menyediakan sebuah web khusus untuknya. Pengguna hanya perlu melayari laman yang dinamakan Superfish CA Test ini, dan melihat sendiri sama ada komputer anda terancam ataupun sebaliknya. Anda perlulah menggunakan pelayar web Internet Explorer atau Chrome untuk mengujinya. Layari : Superfish CA Test. Jika komputer anda terancam, ia akan memaparkan mesej YES pada halaman tersebut, sekaligus memerlukan anda untuk membuangnya secara manual. Jika tidak, maka sistem komputer anda boleh dikatakan bebas daripada ancaman Superfish ini. Bagi membuang Superfish daripada komputer anda, anda terlebih dahulu perlu membuang perisian Superfish yang terpasang pada komputer anda. Untuk melakukannya, anda hanya perlu klik pada butang Start dan ke bahagian Search (atau menekan butang Windows + Q pada Windows 8), dan taip “Uninstall A Program”. Selepas membuka program berkenaan, klik-kanan pada Superfish Inc Visual Discovery dan pilih Uninstall. Ia akan mengambil seketika, dan perisian tersebut akan dibuang daripada komputer anda. Untuk membenarkan sambungan internet “yang-dipercayai”, pelayar web menggunakan sijil-sijil daripada pihak tertentu. Memandangkan Superfish hadir terpasang pada komputer riba, maka ia terpasang pada peringkat root, dan memerlukan anda membuangnya daripada komputer anda. Untuk melakukannya, seperti tadi, buka menu Start dan pada bahagian carian, tapi certmgr.msc (gunakan butang Windows + Q pada papan kekunci jika gunakan Windows 8 untuk mengakses bahagian carian). Sebaik sahaja tetingkap khusus dibuka, klik pada “Trusted Root Certification Authorites”, dan seterusnya buka “Certificates”. Cari sebarang sijil yang menggunakan nama Superfish Inc, dan jika menjumpainya, maka klik-kanan dan pilih Delete. Sebaik sahaja selesai, mulakan semula komputer anda, dan semak semula menggunakan langkah pertama sama ada sistem komputer anda bebas daripadanya ataupun sebaliknya. Jika ia masih gagal, ataupun anda masih was-was berkenaan keselamatan sistem komputer anda, langkah akhir yang boleh dilakukan adalah dengan membuat pemasangan semula sistem operasi Windows pada komputer anda, sekaligus membuang pelbagai jenis perisian yang tidak diingini daripada hadir bersama.

 
Leave a comment

Posted by on November 27, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s