RSS

Muzium Telekomunikasi, Eco Mobius, Zandra

27 Nov

ZTE mungkin bukan satu jenama yang popular dikalangan pengguna umum. Bagi mereka yang bergiat dalam industri telekomunikasi, sudah pastinya tahu akan kemajuan teknologi telekomunikasi dimiliki oleh ZTE dan mengetahui apakah yang disediakannya. Mereka juga kini dilihat ingin memasuki pasaran pengguna umum dan salah satunya melalui penjualan telefon pintar. Beberapa minggu lepas sehari selepas acara pelancaran ZTE Blade S6, pihak ZTE telah membawa delegasi media melawat muzium teknologi dan pusat ujian peranti di Shenzhen, China. ZTE bukan satu nama asing didalam industri telekomunikasi. Mereka merupakan penyedia infrastruktur rangkaian telekomunikasi, dan popular dikalangan industri berkaitannya. Malahan, ZTE turut berinovasi dalam penghasilan paten teknologi baru, dan telah memohon lebih dari 50,000 paten dengan 17,000 daripadanya berjaya diperoleh. Sekiranya kita biasa mendengar gergasi telekomunikasi seperti CISCO dan AT&T, di Asia ZTE dan Huawei merupakan gergasi industri ini. Lokasinya yang dekat juga dengan negara Malaysia membuatkan jenama-jenama ini dipilih untuk membangunkan rangkaian telekomunikasi negara. Sekiranya anda pengguna TM UniFi, anda sudah pasti biasa dengan nama Huawei namun ZTE juga merupakan antara salah satu penyedia infrastruktur untuk U Mobile. Secara kasarnya ZTE memperoleh keuntungan besar hasil dari pembangunan rangkaian telekomunikasi dan kini mereka ingin meluaskan pegangan pasaran mereka terhadap peranti. ZTE juga telah menghasilkan telefon sejak tahun 1998 namun mereka hanya memasarkannya disekitar China, dan merupakan salah satu faktor kenapa jenama ZTE tidak popular dikalangan pengguna umum diluar negara China. Kampus ZTE yang terletak di Shenzhen merupakan ibu pejabat utama dan mereka mempunyai lebih dari 10 cawangan, dimana terdapat cawangan khusus untuk sesuatu perkara seperti pusat ujian, pusat kajian, pusat pemasaran dan inovasi. Mereka juga mempunyai Universiti serta pusat pembangunan Internet of Things di Nanjing, China.  Selain dari perkongsian berkenaan produk yang telah dibangunkan ZTE di muzium telekomunikasi mereka, satu perkara yang menarik diperlihatkan adalah Project Eco-Mobius, iaitu projek telefon modular mereka. Ia masih diperingkat percubaan, dan membawakan bentuk yang menarik. Bagi anda yang tidak mengetahui apakah itu telefon modular, telefon modular adalah konsep yang membolehkan pengguna membeli sesuatu telefon yang boleh ditukar-ganti komponennya dengan yang lain. Seperti contoh sekiranya pengguna tidak memerlukan kamera, ruangan cip tersebut boleh ditukar dengan slot bateri tambahan. Sehingga kini projek ini masih dalam pembangunan dan tiada sebarang maklumat diperoleh. Selain dari itu, terdapat juga perkara lain pada muzium ini termasuklah sistem konsol mereka yang tersendiri. Ia hadir dengan pad kawalan permainan namun saya tidak dapat mencubanya kerana kekangan masa. Solusi rumah pintar mereka juga dipertunjukkan dan mengintegrasikan kawalan kamera litar tertutup serta sensor terbina yang dinamakan Zandra. Sepertimana pengeluar lain, ZTE juga mempunyai perancangan untuk membina bandar pintar dan peranti boleh pakai malahan peranti boleh pakai yang dihasilkan mereka bakal menemui pengguna seawal suku pertama tahun ini. Selesai dibawa melawat ke muzium teknologi ZTE, kami dibawa melawat ke kilang penghasilan peranti mereka dan pusat ujikaji peranti mereka. Kilang penghasilan peranti terletak didalam bangunan yang serupa dimana kami dibawa melihat-lihat dari atas kereta namun perjalanan tersebut terlalu cepat, hanya sekitar 2-3 minit mengelilingi kawasan tersebut. Rakaman tidak dibenarkan di kawasan ini. Selesai dari lawatan ke tapak penghasilan peranti, kami dibawa ke bangunan berlainan menaiki bas sejauh 2-3 kilometer untuk melihat kawasan ujikaji peranti. Disini terdapat pelbagai ujian dilakukan terhadap peranti ZTE. Antaranya termasuklah ujian hempasan, ujian ketahanan debu, ketahanan kabel audio mereka dan bermacam lagi namun tiada rakaman dibenarkan. Malah sebagai langkah berjaga-jaga delegasi media dikehendaki memakai jaket makmal dan sarung kasut, bagi mencegah dari penyebaran sebarang bahan dari luar kilang. Lawatan kami berakhir di pusat pengujian peranti ZTE. Ini merupakan kali pertama saya mengunjungi kilang pembuatan dan pengujian peranti telefon pintar dan meskipun hanya sebentar sahaja melalui kawasan tersebut, pengalaman tersebut mengujakan saya. Sekiranya pada lima tahun lepas kita dapat melihat kebangkitan era telefon pintar oleh jenama-jenama yang masyhur seperti Apple, Samsung, Sony, HTC dan lain lagi, mungkin selepas ini era telefon pintar berasal dari China seperti Huawei, Xiaomi, Oppo, serta ZTE dan persaingan sengit sebegini semestinya menguntungkan pengguna bagi melestarikan teknologi dalam kehidupan seharian.

 
Leave a comment

Posted by on November 27, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s