RSS

Gionee Elife S7- Telefon Dwi-SIM Ternipis Di Dunia

30 Nov

Mobile World Congress merupakan acara yang menyatukan pelbagai penggiat industri telekomunikasi untuk berhimpun, bertukar pandangan serta mempamerkan produk keluaran mereka. Salah satu jenama dari China yang tidak pernah didengar sebelum ini iaitu Gionee telahpun mengumumkan produk telefon pintar terbaru mereka dan salah satunya adalah Elife S7. Menariknya telefon ini juga merupakan telefon paling nipis di dunia dan hadir dalam rekaan yang kukuh dan mereka turut mengatakan tidak akan bengkok seperti iPhone 6. Mereka mengatakan dengan rekaan badan yang mempunyai celahan U pada bahagian tepinya dapat menambahkan kekukuhan badan telefon pintar ini, selain berfungsi untuk menambahkan cengkaman kepada telefon pintar ini. Seperti biasa dengan rekaan yang nipis dan ringan pengguna biasanya risau akan cengkaman dan takut telefon pintar terlepas dari pegangan tangan namun selepas memegangnya kami rasakan cengkaman yang diberikan agak bagus. Telefon yang buat masa ini ternipis di dunia ini mempunyai ketebalan 5.5mm. Dari segi spesifikasi ia membawakan paparan skrin bersaiz 5.2-inci 1920 x 1080 Super AMOLED, cip pemprosesan MediaTek 1.7GHz lapan-teras 64-bit, memori sebanyak 2GB RAM dan kapasiti storan sebesar 16 dan pengguna tidak boleh menambah kapasiti storan kerana tiada slot mikro-SD. Ia juga beroperasi menggunakan Android Lollipop. Dari segi kapasiti bateri, ia mempunyai bateri berkapasiti 2,750 mAh. Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 13 MP dari Sony dan kamera hadapan 8MP serta mempunyai slot dwi-sim. Telefon ini juga mempunyai badan berkilat dibelakang dan Corning Gorilla Glass 3 telah digunakan untuk bahagian belakang dan hadapan telefon ini. Dari segi kelajuan, telefon pintar ini agak responsif dan tiada sebarang petanda lengah masa yang kelihatan. Paparannya juga cantik dan kemasan badannya juga tampak premium dan tidak nampak murah. Apa yang paling mengagumkan adalah kenipisan telefon pintar ini. Antara fungsi yang disertakan pada telefon ini adalah fungsi Fake Call yang mana sesuai sekiranya anda ingin lari daripada sesuatu perkara. Gionee Elife S7 diumumkan untuk dijual pada harga EUR 399 (~RM 1594) untuk pasaran Eropah. Gionee juga pada acara pengumumannya terdahulu turut menyatakan yang mereka akan menghadirkan telefon ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Dengan penawaran Gionee untuk pasaran tempatan nampaknya kita bakal dapat melihat banyak tawaran telefon pintar yang tersedia dari pengeluar-pengeluar dari China.

 
Leave a comment

Posted by on November 30, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s