RSS

Samsung Galaxy S6

30 Nov

Setelah berbulan-bulan mendengar spekulasi tentang Samsung Galaxy S6, akhirnya peranti ini dilancarkan secara rasmi di MWC 2015. Dengan Galaxy S6 Samsung melakukan rombakan semula ke atas rekaan keluarga Galaxy S dan juga pada antaramuka TouchWiz. Pada awal pembangunan, S6 diberikan nama jolokan Project Zero. Samsung bermula dari awal. Mengenal pasti kelemahan peranti mereka dan memperbaiki fungsi-fungsi yang membuatkan mereka menjadi pengeluar peranti terbesar di dunia. Dengan S6 Samsung menegahkan tiga ciri utama iaitu rekaan, kuasa memproses dan kemampuan kamera. Kita mulakan dengan rekaan. Rekaan S6 unik berbanding rekaan peranti Samsung sebelum ini kerana mempunyai panel belakang dan hadapan yang diperbuat daripada kaca. Bahagian sisi pula dihasilkan dari aluminium bergred industri penerbangan. Sebelum ini kami ada memuji rekaan Galaxy A5 yang kami sangkakan sudah cukup premium tetapi dengan S6 mereka menunjukkan mereka mampu menghasilkan peranti yang lebih cantik. Terdapat empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas. Keseluruhan permukaan kaca adalah sangat selesa dipegang manakala sisi tepi yang bulat pula tida menyakitkan telapak tangan seperti pada Galaxy Alpha. Dari segi rekabentuk ini mengingatkan kami kepada estetik peranti Sony Xperia Z3.  Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa dan slot kad SIM. Pada sebelah kiri terdapat butang suara. Pada bahagian atas terdapat pemancar infra merah dan akhir sekali pembesar suara, slot mini USB dan jack fon kepala diletakkan pada bahagian bawah. Tidak seperti beberapa ura-ura yang didengari S6 tidak mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan ataupun kemampuan kalis air. Apa yang disertakan ialah sokongan pengecasan tanpa wayar terbina. Skrin SAMOLED yang digunakan mengekalkan saiz  5.1″ seperti yang ada pada S5 tetapi kali ini ia mempunyai resolusi QHD. Kepadatan pixel juga meningkat kepada 577 pixel setiap inci berbanding 432 pixel setiap inci sebelum ini. Pemproses Exynos lapan teras terkini digunakan dengan empat teras pada kelajuan 2.1 GHz dan empat lagi teras pada kelajuan 1.5 GHz. Kami difahamkan kesemua S6 di dunia akan menggunakan pemproses 64 Bit ini. Tiada variasi peranti akan menggunakan pemproses dari keluarga Snapdragon. RAM sebesar 3 Gigabyte LPDDDR4 dan pilihan muatan dalaman 32, 64 dan 128 Gigabyte. Tiada sokongan kad MikroSD kali ini tetapi Samsung bekerjasama dengan Microsoft untuk memberikan storan awanan One Drive 100 Gigabyte secara percuma selama 2 tahun. Kamera  utama masih lagi 16 Megapixel tetapi kali ini dilengkapi lensa F 1.9. Kamera hadapan dipertingkat ke 5 Megapixel lensa lebar F 1.9. Kamera utama kini mampu melakukan focus tracking secara aktif. Objek yang diambil akan sentiasa difokus dengan betul ketika kamera digunakan. Kemampuan video 4K masih lagi disokong. Apakah perubahan yang dilakukan pada antaramuka? Sekilas pandang tiada perbezaan boleh dilihat. Rekaan ikon dan elemen antaramuka masih kelihatan serupa. Tetapi perbezaan hanya boleh disedari apabila memasuki aplikasi tertentu. Sebagai contoh apabila membuka aplikasi telefon terdapat animasi seperti yang dilihat pada Android Lollipop stock. Animasi yang sama juga dilihat apabila membuka talam aplikasi, talam notifikasi dan skrin tetapan. Sepanjang tempoh penggunaan kami sedari animasi berjalan dengan cukup lancar sekali dan masalah sela masa yang sangat sinonim dengan TouchWiz tidak lagi kelihatan. Samsung menepati janji mereka untuk memperbaiki TouchWiz yang memang cukup bermasalah. Terdapat juga fungsi kustomasi tema yang lebih mantap kali ini. Pada A5 kami ada merungut hanya dibenarkan memilih empat tema sahaja. Pada S6 kini terdapat pilihan memuat turun tema baru dari theme store. Kamera kini boleh dilancarkan secara automatik dengan menekan butang home sebanyak dua kali. Bercakap tentang kamera, S6 mempunyai kamera 16 Megapixel (F 1.9) dengan kemampuan focus tracking. I boleh mengesan objek yang ingin diambil dan kemudian melakukan pemfokusan aktif pada subjek sepanjang masa. Fungsi kamera lain yang diperlihatkan ialah Virtual Shot yang membolehkan anda mengambil gambar 360 darjah sesebuah objek secara berpusing. Selepas gambar diambil ia boleh diputarkan ke depan dan ke belakang dengan memiringkan peranti. Fungsi Selective Shot, Panorama, gerak perlahan dan Pro turut disertakan. Dengan fungsi Pro anda boleh mengawal parameter kamera secara manual. Fungsi tambahan lain ialah Auto HDR. Sebelum ini anda harus mengaktifkan HDR terlebih dahulu sebelum gambar diambil. Di sini ada beberapa penambahbaikan dan beberapa pengurangan dilakukan Samsung

 
Leave a comment

Posted by on November 30, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s