RSS

Star21- Gelang Tangan Pintar

15 Dec

Terdapat pelbagai peranti boleh-pakai yang telah dicipta kebelakangan ini. Kebanyakan jenama popular telah hadir dengan gelang tangan dan juga jam tangan pintar. Apa yang membezakannya antara keduanya adalah gelang tangan pintar tampak lebih kemas dan sesuai untuk lelaki dan perempuan berbanding jam tangan pintar yang kebanyakannya besar, dan lebih sesuai dipakai oleh lelaki. Pada Mobile World Congress baru-baru ini kami berkesempatan untuk mencuba satu lagi gelang tangan pintar iaitu Star 21 dari Oaxis. Jika gelang tangan pintar yang lain mempunyai paparan OLED, gelang tangan Star 21 membawakan paparan minimalis, dan mempunyai 21 lampu LED yang menunjukkan status peranti ini. Terdapat butang tertimbul dibawahnya untuk pengguna melihat maklumat tertentu. Paparan jam ditunjukkan dengan kedudukan LED juga seperti jam tangan analog, dimana lampu LED yang cerah menunjukkan waktu jam, manakala lampu LED yang berkelip menunjukkan minit, namun tidak persis kerana lampu minit terhad kepada 12 posisi, dan tidak boleh menunjukkan minit dengan tepat. Mod kedua ialah perkiraan jumlah langkah yang menunjukkan bentuk ’S’, dan setiap lampu LED yang cerah menunjukkan 10% dari jumlah sasaran yang telah ditetapkan. Sekiranya anda menyasarkan 10,000 langkah setiap hari dan terdapat dua lampu LED yang menyala, ia bermaksud anda baru melepasi lebih dari 2,000 langkah pada hari tersebut. Mod ketiga pula adalah mod kalori, dimana dengan setiap langkah atau larian yang dilakukan, ia akan menunjukkan 5 lampu LED menegak, dan setiap lampu LED yang terang menunjukkan 20% kalori dibakar dari jumlah sasaran telah dicapai. Untuk merekodkan aktiviti tidur, pengguna perlu menekan butang dengan lama, sehingga paparan LED tersebut menunjukkan huruf ‘Z’. Dari segi rekabentuk, gelang tangan ini dilihat cantik dan berbeza dari gelang tangan lain di pasaran. Sekiranya Fitbit Flex dan Mi Band membawakan rekaan yang minimalis, Star 21 lebih praktikal kerana berupaya melihat waktu meskipun tidak persis. Gelang tangan ini dihubungkan dengan aplikasi LifeBalanz pada telefon pintar untuk memantau jumlah langkah, kalori, serta kualiti tidur selepas digunakan. Oleh kerana aplikasi ini mengambil nama dari konsep 21 hari untuk mengubah tabiat, ia juga mempunyai gamification, dan memberikan peringatan kepada pemakai untuk melakukan aktiviti kecergasan seharian. Antara spesifikasi teknikal peranti ini termasuklah baterinya yang mampu bertahan sehingga 15 hari pada sekali pengecasan, ketahanan kalis air IPX6 dan boleh menyimpan rekod selama 7 hari. Pengecasan boleh dilakukan melalui USB pada bahagian bawah peranti ini dan memerlukan masa selama satu jam setengah untuk mengecasnya.  Gelang tangan pintar ini hadir dengan 5 pilihan warna iaitu hitam, biru gelap, biru muda, merah dan juga hijau. Ia dijual pada harga 129 USD (~RM 480) dan boleh diperoleh di halaman mereka. Mungkin sedikit mahal jika dibandingkan Acer Liquid Leap+ namun jika anda mementingkan gaya, gelang tangan ini mungkin sesuai untuk anda. Kami difahamkan syarikat yang berpangkalan di Singapura ini juga mempunyai cawangan dan pasukan pembangun yang berasal di Malaysia, jadi sekiranya ada sebarang pertanyaan maklumbalas, anda juga boleh menghubungi mereka secara terus.

 
Leave a comment

Posted by on December 15, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s