RSS

4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Chromecast

17 Dec

Beberapa minggu lalu Maxis telah mula menawarkan Google Chromecast iaitu peranti penstriman media dan juga kandungan interaktif. Peranti ini membolehkan anda melakukan penstriman media dan juga kandungan interaktif dengan mudah terus dari aplikasi Chrome anda pada komputer dan juga telefon pintar. Menariknya proses penetapan peranti ini adalah cukup mudah. Apa yang anda perlukan adalah TV dengan satu slot HDMI, dan sekiranya TV anda mempunyai slot USB, slot tersebut boleh digunakan untuk menghidupkan peranti tersebut. Sekiranya tiada slot USB tersedia, terdapat palam adapter USB yang disediakan bersama-sama peranti ini. Hanya perlu menurut proses penetapan pada skrin, dimana anda akan memasukkan kata laluan untuk menggunakan sambungan WiFi dirumah atau dipejabat anda. Setelah tetapan dilakukan, Chromecast perlu sentiasa berhubung dengan WiFi Hotspot dirumah anda dan peranti yang akan mengawalnya juga perlu berhubung dengan WiFi Hotspot yang sama. Jika sebelum ini anda perlu menghubungkan komputer atau laptop anda kepada kabel HDMI di TV anda, kini anda tidak perlu susah-payah membeli dan mencabut dan mencucuk kabel HDMI setiap kali anda ingin menonton rancangan kegemaran anda mahupun aplikasi yang anda ingin paparkan di TV. Menariknya pelbagai perkara boleh dilakukan dengan Chromecast dan lima perkara berikut merupakan kesukaan kami. Sebab-musabab peranti ini dinamakan Chromecast adalah kebolehannya untuk menstrimkan kandungan di Chrome secara terus kepada TV. Kandungan tidak terhad kepada video YouTube, malahan segala jenis kandungan di laman web boleh dipaparkan di TV. Jadi sekiranya anda pengguna tegar Google Docs dan sentiasa menyiapkan slides menggunakannya, anda boleh memaparkannya secara terus di TV atau di projektor. Kebaikannya adalah anda juga boleh menstrim dari telefon Android anda. Cuma pastikan anda berhubung dengan rangkaian WiFi yang sama. Musim raya (puasa pun belum) akan datang sudah pasti ramai sahabat handai akan berkunjung ke rumah. Sekiranya anda hanya mempunyai satu atau dua photo album, sudah tentu album tersebut boleh lusuh direbut-rebut. Anda boleh menggunakan aplikasi PhotoCast untuk iOS dan Android untuk memaparkan gambar perkahwinan anda, gambar anda melancong berbulan madu, dan mungkin sekiranya ada rakan-rakan gamer yang hadir, anda boleh berkongsi gambar kemenangan anda usai membunuh semua musuh pada permainan Counter-strike. Menariknya mengenai aplikasi ini, ia juga boleh memaparkan lokasi gambar tersebut dirakam dan mempunyai pelbagai tema untuk dipilih semasa memainkan ‘slideshow’ gambar tersebut. Sekiranya anda gemar menonton video pada laptop anda, berkemungkinan anda tidak puas melihatnya kerana laptop mempunyai skrin yang kecil. Anda juga boleh menyambungkan kabel HDMI kepada laptop namun proses ini mungkin sesuatu yang renyah kerana perlu meletakkan komputer berhampiran TV. Chrome berupaya menyokong aplikasi dan salah satunya adalah VideoStream for Chromecast. Apabila melancarkan aplikasi ini menerusi Google App Launcher, anda hanya perlu memilih video anda dan juga memilih sarikata untuk video tersebut. Aplikasi Musixmatch merupakan aplikasi pemain lagu beserta lirik untuk iOS dan Android namun versi Android semestinya mempunyai kelebihan untuk melakukan penstriman pada Chromecast. Menggunakan aplikasi ini, ia akan memaparkan lirik lagu dari muzik yang anda sedang strim kepada TV melalui Chromecast. Meskipun tiada label berwarna mengikut tona muzik seperti yang biasa ditemui di mesin karaoke, paparan lirik pada TV semasa mendengar lagu membolehkan anda berlatih menyanyi bagi menyertai program realiti berasaskan nyanyian atau membolehkan anda menghafal lirik bagi memenangi pertandingan Jangan Lupa Lirik. Berikut hanyalah secebis dari kebolehan Chromecast yang telah kami cuba. Sekiranya ada lagi yang kami temui, kami akan kongsikan dengan anda pada artikel akan datang. Peranti ini boleh diperolehi di cawangan Maxis berhampiran pada harga RM 170 sahaja dan khusus untuk pelanggan Maxis ONE boleh memilikinya pada harga RM150. Anda juga boleh membeli peranti ini di halaman rasmi mereka.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s