RSS

5 Perkara Yang Baru Kami Ketahui Mengenai Asus Zenfone 2

17 Dec

Peranti Asus Zenfone 2 telah dilancarkan pada minggu lalu dan pada minggu ini, penjualannya dimulakan secara berperingkat keseluruh Malaysia. Kami difahamkan peranti ini juga akan mula dijual di kedai atas talian Asus dalam tempoh 2 hingga 3 minggu lagi. Kami telah mencuba telefon ini di Barcelona dan melakukan pandang pertama untuknya namun kami sedar terdapat beberapa fungsi khusus yang kami terlepas pandang pada masa tersebut, namun berjaya mencubanya sewaktu di Jakarta dan minggu lalu di Kuala Lumpur. Bermula tahun lalu satu-persatu peranti telefon pintar mula menyertakan fungsi pengecasan pantas. Fungsi ini direka supaya memberikan lebih masa beroperasi bagi pengguna. Bagi Zenfone 2, hanya spesifikasi tertinggi mempunyai fungsi BoostMaster ini. Dalam masa 39 minit, mereka mengatakan kuasa bateri dapat dicaj sehingga 60% dan lebih pantas berbanding telefon pintar lain. Jika dilihat dari gambar diatas, telefon yang dipamerkan ini telah dicaj sehingga penuh dalam masa yang singkat. Sehingga kini anda sudah tentu kerap mendengar mengenai keupayaan kamera Pixelmaster untuk merakam gambar dalam keadaan yang kurang cahaya. Untuk Zenfone 2, kamera Pixelmaster 2.0 kini boleh melakukan mod manual. Pengguna boleh memanipulasi kadar ISO, nilai White Balance, kelajuan Shutter, dan apabila mod manual diaktifkan, ia juga mempunyai paparan yang menunjukkan kecondongan telefon anda. Ia paparan yang seakan sama pada telefon ZTE dan juga pada kamera Sony Alpha. Menyeretkan Butang Kamera Untuk Menetapkan Tempoh Masa Merakam Selfie. Kebiasaannya pengguna perlu menekan butang kamera untuk merakam selfie namun jika berhasrat ingin menetapkan tempoh kiraan untuk merakam selfie, pengguna perlu masuk ke menu tetapan dan sekiranya ingin mengubah tempoh masa ini, pengguna perlu masuk sekali lagi ke menu tetapan. Perkara ini mungkin sekali melecehkan pengguna. Untuk Zenfone 2, pengguna hanya merlu menyeret butang kamera sewaktu mod selfie dan tempohnya akan ditunjukkan di sebelah hujung atas kanan. Pertama kali saya mencuba telefon yang menekankan kepada Gesture adalah Oppo N1. Pada Oppo N1, gesture yang boleh dilakukan termasuklah menghidupkan lampu dan mengendalikan lagu. Pada ZTE Blade S6 pula terdapat fungsi sekiranya anda menggerakkan telefon tersebut pada beberapa aksi, ia akan melancarkan fungsi tertentu seperti menghidupkan kamera dan menghidupkan lampu. Pada ZenUI 2.0, terdapat beberapa gesture yang boleh dilakukan dengan cara menuliskan huruf pada paparan skrin sewaktu mod standby antaranya melancarkan camera dengan menulis huruf C, membuka emel dengan menulis huruf E kecil, melancarkan pelayar internet dengan menulis huruf W. Fungsi ini baru sahaja kami cuba minggu lepas. Satu lagi fungsi adalah untuk pengoperasian sebelah tangan. Sekiranya anda mempunyai tangan yang kecil dan mempunyai masalah untuk menggunakannya dengan sebelah tangan, hanya perlu menekan butang Home untuk mengaktifkannya. Namun fungsi ini perlu dipilih terlebih dahulu pada menu Settings. Sewaktu mencuba telefon ini di Barcelona, hanya satu penutup ditunjukkan. Jika ada sekalipun, tentu kami terlepas pandang kerana ruang pameran Asus di Barcelona tidak sebesar ruang pameran pelancarannya di Jakarta dan juga di Kuala Lumpur. Terdapat dua jenus penutup belakang Zenfone 2 iaitu Transfusion & Illusion. Penutup Transfusion merupakan penutup dengan kemasan Brushed Aluminium dan tampak cantik namun penutup belakang Illusion adalah jauh lebih menarik. Seperti gambar diatas, ia hadir dengan rekaan bercorak poligon, dan juga terdapat variasi lain termasuk kemasan seakan-akan kayu, Sekiranya anda inginkan kelainan, sudah tentu penutup belakang Illusion lebih menarik dari Transfusion. Telefon Zenfone 2 ini telah hadir ke pasaran tempatan pada minggu lepas dan esok, 16 Mei 2015 pihak Asus Malaysia akan memulakan penjualannya di kedai atas talian mereka tepat pada jam 12 tengahari.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s