RSS

Honor 6 Plus

17 Dec

Pada hari ini Huawei dibawah jenama khususnya iaitu Honor yang hanya dijual melalui VMall, telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Honor 6 Plus. Seperti namanya, ia merupakan Honor 6 dengan kemaskini terhadap spesifikasi dan rekaan, dan merupakan peranti flagship terkini dari Honor untuk tahun ini. Sebagai sebuah peranti flagship, Honor 6 Plus dilengkapi dengan pelbagai komponen dengan spesifikasi tertinggi. Bermula dari cip pemprosesan, telefon ini menggunakan cip Kirin 925 lapan teras 1.8GHz dengan memori 3GB RAM. Akan tetapi perkara yang paling menarik adalah dari segi kekuasaan kameranya, yang menyertakan dua lensa 8-MP dengan beberapa kebolehan menarik. Kameranya meskipun mempunyai dua lensa 8-MP, ia berupaya merakam gambar sehingga menyamai resolusi 13-MP. Dengan fungsi SmartImage 2.5, ia juga berkebolehan untuk memfokus dengan pantas. Sekiranya anda penggemar fotografi, kameranya mempunyai nilai f/0.95- f/2.6 wide aperture, sekaligus memudahkan anda untuk merakam gambar-gambar dengan efek ‘bokeh’. Terdapat pelbagai juga efek lain seperti selfie panorama dan efek Beauty. Dari segi rekabentuk dan paparan, ia tidaklah mempunyai bentuk yang terlalu besar, dan mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci HD penuh 1920×1080 pixel dan dilindungi Corning Gorilla Glass 3. Ia mempunyai rekabentuk yang sedikit tebal, mungkin ingin membezakannya dengan keluarga utama Huawei seperti Ascend. Sekiranya jenama-jenama lain hadir dengan fungsi pengecasan pantas sahaja, Honor 6 Plus selain hadir dengan fungsi pengecasan pantas, peranti ini turut menekankan pengoptimasian penggunaan tenaga, sekaligus menjimatkan tenaga sehingga 30%. Telefon ini mempunyai kapasiti bateri yang sebesar 3600 mAh dan didatangkan dengan fungsi penjimatan tenaga SmartPower 2.5. Meskipun telefon ini didatangkan dengan Android 4.4 KitKat, dengan paparan antaramuka yang dibangunkan oleh Honor sendiri iaitu EmotionUI 3.0, ia turut membawa kelainan dan kekemasan padanya. Dari segi storan, telefon ini hadir dengan kapasiti tersedia yang agak besar, iaitu sebesar 32GB dan boleh ditambah melalui slot kad Mikro-SD sehingga 128GB. Namun sekiranya anda menambah kapasiti storan menggunakan kad Mikro-SD, anda tidak akan dapat menggunakan kad SIM kedua pada dulang tersebut yang menggunakan Nano-SIM. Telefon ini juga turut menyokong 4G LTE. Dari percubaan singkat, tiada lengah masa pada peranti ini dan ia beroperasi dengan agak lancar. Efek-efek semasa mengambil gambar juga agak baik. Dari segi kemasan dan badan, ia mungkin sedikit berat tetapi tidak memberikan perasaan pipih atau ‘filmsy’ seperti peranti lain yang mengetengahkan rekaan ternipis sebagai keunikan peranti mereka. Dari segi harga, boleh dikatakan telefon pintar Honor 6 Plus ini mempunyai harga yang menarik jika dibandingkan menerusi spesifikasinya dan fungsi-fungsi yang dibawakan olehnya. Telefon ini akan dijual di Malaysia bermula esok – 29 April 2015 pada harga RM1399 melalui laman rasmi mereka, VMall.MY.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s