RSS

MaGIC Selepas Setahun Ditubuhkan

17 Dec

Secara sedar atau tidak, telah setahun berlalu sejak pelancaran Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia iaitu MaGIC telah dilancarkan. Dalam tempoh setahun ini pelbagai perkara yang telah berlaku dalam dunia startup dan pada hari ini, Cheryl Yeoh, CEO MaGIC telah berkongsi info berkenaan apa yang telah dilakukan mereka pada bermula April 2014 sehingga hari ini. Sehingga kini, pelbagai perkara yang telah berlaku di kompleks mereka di Cyberjaya dan juga di peringkat Asia Tenggara. Malah pada awal penubuhannya sebanyak 9 program telah dianjurkan. Mereka juga telah mengadakan diskusi bersama-sama komuniti startup IT tempatan dan mengambil tahu maklumbalas mereka berkenaan industri ini. Salah satunya adalah isu berkenaan status MSC yang memerlukan syarikat startup untuk berada di Cyberjaya untuk memperoleh faedah khusus untuknya. Kini, MDeC juga bekerjasama dengan MaGIC untuk mewujudkan status MSC Malaysia for Startups, membolehkan startup untuk memilih mana-mana lokasi dan menikmati potongan cukai (statutory income) sebanyak 70% selama 5 tahun beroperasi serta boleh mempunyai sehingga 20 pekerja dari luar negara untuk posisi penting. Selain itu pelbagai seminar bercorak teknikal juga telah diadakan mereka terutamanya melalui MaGIC Academy. Kelas teknikal sebegini diadakan secara percuma namun terdapat beberapa sesi menghendaki pembayaran, berkemungkinan kerana ianya lebih sukar dikendalikan dan memerlukan masa yang panjang untuk mempelajarinya. Terdapat juga koleksi video tutorial dan perkongsian dari personaliti teknikal yang boleh ditonton secara percuma tanpa memerlukan sebarang pendaftaran. Seminar memfokuskan usahawan kreatif iaitu GREAT juga telah diadakan pada tahun lepas. Salah satu program yang dijalankan termasuklah MaGIC e@Stanford, dimana seramai 50 usahawan telah dibawa untuk belajar di Universiti Stanford serta budaya startup di Silicon Valley. Mereka juga telah menjalankan program Stanford Go2Market, dimana mereka telah membawa 5 tenaga pengajar dari Universiti Stanford untuk mengajar selama seminggu berkenaan idea pemasaran startup kepada peserta. MaGIC juga telah membawa startup tempatan ke Asia Tenggara menerusi acara seperti StartupAsia Jakarta dan StartupAsia Singapore anjuran Tech In Asia. Bercakap mengenai inisiatif khusus untuk Bumiputera, MaGIC telah bekerjasama dengan Teraju dan INSKEN (Institut Keushawanan Negara) bagi menguruskannya dan mencari bakat potensi usahawan di kalangan Bumiputera. Cheryl turut berkongsi sedikit berkenaan perancangannya untuk tahun seterusnya, dimana salah satunya adalah berkenaan MaGIC Accelerator Program yang ingin membantu startup di rantau ASEAN untuk mengembangkan serta menembusi pasaran negara-negara ahli ASEAN serta pasaran global. Selain itu, program e@Stanford akan diadakan buat kali kedua namun berkemungkinan dengan bilangan peserta yang kurang berbanding tahun lepas. Keputusan ini dibuat berdasarkan maklumbalas peserta e@Stanford yang terdahulu. Sepanjang tahun lepas juga telah menyaksikan kerjasama dengan nama-nama besar dalam dunia startup seperti 500 Startups, StartupChile dan juga CrunchBase. Dengan 500 Startups, mereka mengadakan projek Cerebro yang akan dilancarkan pada bulan Oktober ini dimana selama dua bulan pengasas syarikat akan bekerjasama untuk membangunkan projek mereka manakala melalui kerjasama dengan CrunchBase, maklumat mengenai startup di Malaysia akan dikongsi bersamanya. Dengan pelbagai perkara telah dilakukan mereka, banyak lagi perkara akan dilancarkan pada tahun mendatang dan sokongan dari segenap lapisan bukan setakat dari kerajaan, malahan pembangun tempatan diperlukan dalam menyemarakkan industri startup di negara ini.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s