RSS

Microsoft Surface 3

17 Dec

Jenama Surface telah dibangunkan oleh Microsoft sejak pengenalan Windows 8 lebih kurang tiga tahun yang lepas. Sejak daripada itu, beberapa peranti Surface telah diperkenalkan termasuk dalam variasi menjalankan Windows RT dan juga Windows 8. Kini, pada tahun ini, Microsoft dilihat mengambil langkah menghentikan fokus terhadap Windows RT, dan telah pun memperkenalkan Surface 3 yang menjalankan sistem operasi penuh Windows. Surface 3 ini merupakan kemaskini kepada keluarga Surface sebelum ini, dan memfokuskan kepada mereka yang inginkan peranti berupa tablet ataupun komputer riba untuk kegunaan kasual. Berbeza dengan Surface Pro 3 yang memfokuskan mereka yang inginkan pemprosesan tinggi, Surface 3 hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom x7. Kuasa pemprosesannya boleh dikatakan tidak seperti Surface Pro 3, tetapi untuk mereka yang inginkan sesuatu sekadar untuk melayari web, menikmati media serta membuat tugasan pejabat yang ringkas, maka komputer riba yang turut berfungsi seperti tablet ini amat sesuai. Apatah lagi, dengan penggunaan Windows 8.1 menggantikan Windows RT, ia tidak lagi akan mengelirukan para pengguna. Kini pengguna bukan hanya perlu bergantung kepada aplikasi di Windows Store sahaja seperti sebelum ini, sebaliknya mampu turut menjalankan pelbagai perisian untuk desktop Windows – termasuk Adobe Photoshop. Skrin Surface 3 ini bersaiz 10.8-inci dan hadir dengan resolusi 1920×1280 pixel. Ini membawakan paparan 3:2, sekaligus membolehkan pengguna menikmati lebih banyak kandungan ketika melayari web pada paparan pertama berbanding Surface sebelum ini. Skrin Surface 3 juga turut menyokong input menggunakan Surface Pen, yang mana amat berguna untuk pengguna OneNote. Malah memandangkan Project Spartan kelak akan menyokong input pen untuk pelayaran web, maka sokongan ini amat berguna. Tetapi, berbeza dengan versi Surface Pro, pengguna Surface 3 perlu membelinya secara berasingan. Bercakap mengenai Surface, salah satu perkara yang menarik perhatian adalah kickstand pada bahagian belakang. Untuk Surface 3, kickstand boleh dilaraskan untuk tiga tahap penggunaan, dan disesuaikan untuk digunakan pada riba ketika duduk. Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan lebih kurang menyerupai Surface Pro 3. Ketebalannya juga adalah sama, dan cuma berbeza dari segi saiz. Lagi perbezaan yang hadir adalah dari segi kedudukan butang kawalan fizikal. Butang kawalan audio dan juga butang kuasa kini diposisikan pada bahagian atas Surface 3, dan butang “Windows” diletakkan pada bahagian kanan Surface 3. Microsoft turut mengekalkan sokongan mikro-SD disebalik kickstand, dan ia turut hadir dengan sokongan Display Port. Untuk tujuan pengecasan, pihak Microsoft telah mengubah penggunaan port pengecasan pada Surface 3 untuk menggunakan mikro-USB. Perkara ini sekaligus menyelarikan penggunaan kabel pengecasan menyerupai sejumlah peranti mudah-alih dipasaran hari ini, dan anda tidak perlu membawa pengecas tambahan ketika ingin keluar bercuti atau mengembara. Penggunaan powerbank untuk mengecas juga dilihat berfungsi seperti biasa, tetapi mungkin masa pengecasan adalah sedikit lama berbanding penggunaan kabel kuasa. Untuk masa bertahan bateri, memandangkan ia menggunakan cip Intel Atom x7, Microsoft mengatakan ia mampu bertahan sekitar 9 ke 10 jam. Sokongan lain seperti kamera hadapan untuk panggilan video, kamera belakang untuk rakaman gambar turut disertakan, dan Microsoft turut mengatakan ia menggunakan sokongan audio Dolby Audio untuk kualiti bunyi lebih baik. Seperti penawaran Surface sebelum ini, para pengguna masih perlu mendapatkan papan kekunci secara berasingan. Microsoft mengatakan papan kekunci sebelum ini masih boleh digunakan, selain papan kekunci yang diperkenalkan bersama-sama Surface 3 yang turut hadir dengan sokongan backlit yang memberi pencahayaan ketika digunakan diruangan gelap. Di Malaysia, Surface 3 akan ditawarkan bermula 5 Mei kelak, dimana harga jualan untuk model 64GB dengan 2GB RAM adalah RM1989, dan untuk model 128GB dengan 4GB RAM adalah RM2389. Surface 3 hadir dengan Windows 8.1 yang boleh dinaik-taraf kepada Windows 10 secara percuma kelak, selain turut dilengkapi langganan percuma Office 365 selama setahun.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s